18 July 2014

Permohonan Cuti Tahunan Cuti Hari Raya Aidilfitri 2014

Hi korang.

da mohon cuti raya ke belom? :D kang lambat-lambat mohon cuti, tak beraya pula korang. PG tak lama bercuti raya kali ni. 3 hari sahaja. memandangkan tahun ni tak balik umah abah mak mentua kat ipoh. so save cuti sikit :) open house pun weekend on minggu pertama sambutan hari raya baru buat. so, balik kerja dulu pun tak pa. lagipun, jarak nak balik umah mama dengan nak pegi tempat kerja, tak pun sampai sejam. ulang alik pun boleh :D


Toodles.

15 July 2014

Soal Jawap : Font Blog

hi korang.

entry ni PG buat untuk menjawap pertanyaan dari blogger cik nadya. cik nadya asking about PG punya font blog. i think dekat font entry kot. cik nadya, kalau PG tak menjawap soalan cik nadya, please, ask me back ya :D


font : arial
size : 12

Toodles.

14 July 2014

Majlis Berbuka Puasa Dewan Bandaraya Kota Kinabalu

Hi korang.

ni minggu lepas punya cerita, menghadiri majlis berbuka puasa dewan bandaraya kota kinabalu bersama YB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan warga kerja dbkk 2014 di magelan grand ballroom, sutera harbour resort. majlis yang sangat simple. what i love is, gabungan warna biru dan putih kat situ. bukan rasa macam nak pergi majlis berbuka, tapi da rasa macam pegi kenduri orang nak menikah pula :D

aku ambik gambar sikit sahaja. memandangkan jiran belah meja aku da tengok aku pelik semacam je, asyik nak selfie je. ahaha. ar itu yang penting. budak kecik tu pun mak dia angkut sekali pegi majlis :D



Hehe. Budak kecik tu suka sangat makan manis, that why gigi da jadi lagu tu :D

Toodles.

08 July 2014

Review Wayang Transformers: Age of Extinction

Hi Korang.

masih cerita dating dengan suami. hehe. jangan ada yang ambik hati pula tau. :) lepas pegi watsons terus pegi tengok wayang Transformers: Age of Extinction ni. totally i wanna say is, aku mengantuk! bukan sebab citer ni tak best. tapi disebabkan wayang ni ambik masa hampir 2 jam T_T da la puasa. budak couple depan aku boleh je depa makan dengan suka hati. heee tak hormat orang langsung! huhu.

 
ok, citer ni biasalah. sambungan dari episod yang lalu, Transformers: Dark of The Moons. aku memang simpan koleksi citer ni. so kalau rasa nak tengok ulang tayang 2 3 5 kali pun boleh sahajalah ;)

episod kali menyaksikan pertarungan sesama robot paling hebat di abad ini. seperti biasa, dua musuh tradisi, autobots dan juga deceptions. selepas mereka menghilangkan diri dari bumi, seperti dalam episod lalu, kali ini mereka ditemui semula oleh manusia secara tidak sengaja.

kali ini juga pelakon hebat, ensem macho man lakonan Mark Wahlberg menjadi hero utama citer ni.  memegang watak jurutera yang gemar mereka cipta objek dari bahan terbuang dan tidak sangka, Cade Yeager (Mark Wahlberg) telah menemui Optimus Prime di sebuah pawagam lama.


 
Optimus Prime. 
bermula dengan penemuan Optimus Prime, segalanya bermula. apakah yang terjadi dengan optimus prime sehingga ditemui di sebuah panggung wayang lama? hurm. korang kenalah tengok sendiri. sebab wayang ni panjang dan korang akan di sajikan dengan action yang super best! tengok sekarang tau ;)

Toodles!
Safi Balqis White Trilogy

Safi Balqis White Trilogy

Hi Korang

ni cerita ahad lepas, keluar dating dengan suami. awal pagi lagi keluar pegi UTC. suami tak sihat. kejap je kat UTC, sebab limit 15 orang sahaja kalau nak buat tampal gigi, cabut or etc. so, keluar dari UTC terus cari watsons pegi beli benda alah kat bawah ni :)

sebenarnya aku bukan pengguna safi balqis pun. sebelum ni aku pakai Nutox. kalau tak tahu Nutox, sila ingat si cantik manis fazura. sebab fazura kini menjadi duta Nutox. hehe. aku kalau beli produk kecantikan sebenarnya, duta sesuatu produk tangga ke-2 untuk aku decide nak beli ke tak. first thing is, sesuai ke tidak produk tu kat kulit wajah sendiri. kang main beli je, sekali tengok tak sesuai pula. silap-silap hari bulan, keluar pula jerawat. tak mau kan jadi macam tu? T_T

so, safi balqis white trilogy is my first time percubaan. da 3 hari pakai ni, setakat ni ok sahaja. muka pun tak gatal-gatal lagi. that mean, this produk dengan aku kira sesuailah juga. but. who knows kan? hehe. so, ok. later aku review lagi pasal ni k :)

MAAF YE. GAMBAR I DA PADAM :)

Krim Pelembap Siang SPF20PA++ SAFI BALQIS White Trilogy mencerah dengan efektif dan memastikan kulit dilindungi dari sinaran UV. Ia juga memberi kelembapan dan keselesaan agar kulit terasa lembut, halus dan bermaya sepanjang hari.

SAFI BALQIS White Trilogy dengan formulasi Arbutin, Nano BioWhite dan Kiwi bertindak menerusi 3 lapisan kulit* untuk 10 aksi pada kulit wajah**:

  • Memudarkan pigmentasi
  • Menyamaratakan tona kulit
  • Melindungi dari sinaran UV
  • Mencerahkan kulit
  • Melindungi dari radikal bebas
  • Menghidratkan kulit
  • Mengekalkan lembapan
  • Melembutkan kulit
  • Menghaluskan kulit
  • Melicinkan kulit

Hasilnya: Kulit menjadi halus, mulus dan cerah sempurna.

*Pada lapisan epidermis.
**Dengan penggunaan berterusan bersama rangkaian produk SAFI BALQIS White Trilogy.

MAAF YE. GAMBAR I DA PADAM :)

Skrub Buih Pembersih Kawalan Minyak & Jerawat SAFI BALQIS White Trilogy bertindak mengawal minyak dan jerawat serta membersih secara mendalam sambil mengeluarkan kotoran dan sel-sel kulit mati dengan manik-manik mikro dan seterusnya mencerah kulit dengan sempurna dan selamat.

SAFI BALQIS White Trilogy dengan formulasi Arbutin, Nano BioWhite dan Kiwi bertindak menerusi 3 lapisan kulit* untuk 10 aksi pada kulit wajah**:

  • Membersih dengan mendalam
  • Mengawal lebihan minyak
  • Mengawal jerawat
  • Menanggalkan sel kulit mati
  • Melindungi dari sinar UV
  • Mencerahkan kulit
  • Menyamaratakan tona kulit
  • Mengekalkan lembapan
  • Melembutkan kulit
  • Menghaluskan kulit

Hasilnya: Kulit menjadi halus, mulus dan cerah sempurna.
* Pada lapisan epidermis.
** Dengan penggunaan berterusan bersama rangkaian produk SAFI BALQIS White Trilogy.

MAAF YE. GAMBAR I DA PADAM :)

SAFI BALQIS WHITE TRILOGY
Pencerahan kulit yang efektif bukan sekadar pada lapisan luar malah meliputi lapisan dalam kulit wajah.

Sistem White Trilogy diuji secara saintifik untuk mencerah menerusi 3 lapisan kulit* untuk hasil pencerahan yang sempurna dan selamat dalam**:

3 Minit - Bertindak pada lapisan luar kulit untuk memulakan proses pencerahan secara semula jadi
3 Hari - Mula mengurangkan pembentukan melanin pada lapisan dalam kulit
3 Minggu - Kulit menjadi cerah sempurna hasil pencerahan jauh ke dalam lapisan kulit

BAGAIMANA TINDAKANNYA?
SAFI BALQIS White Trilogy bertindak mencerah wajah secara menyeluruh menerusi 3 lapisan epidermis kulit dengan 3 bahan utama:

Arbutin
Arbutin berkesan merangsang sel-sel kulit, memulihkannya agar tidak kelihatan kusam dan tidak bermaya seterusnya memastikan proses pencerahan berlaku dengan sempurna.

Nano BioWhite
Partikel nano bertindak meresap jauh ke dalam lapisan kulit untuk menghalang pembentukan melanin punca tompok hitam dan kulit kusam.

Ekstrak Kiwi
Kiwi bertindak sebagai antioksida dan mengelupas kulit dengan lembut untuk menghasilkan sel-sel kulit baharu. Kandungan semula jadi pada Kiwi yang kaya dengan Vitamin C (2 kali lebih tinggi daripada lemon) membantu memastikan proses pencerahan berlaku secara lembut dan selamat.

Hasilnya: Kulit menjadi halus, mulus dan cerah sempurna.
* Pada lapisan epidermis.
** Dengan penggunaan berterusan bersama rangkaian produk SAFI BALQIS White Trilogy.

Sumber: Safi

Toodles!

05 July 2014

Raya Mega Sale with Watsons!

Hi fellow.

Watson, jenama rangkaian runcit produk kesihatan dan kecantikan memang menjadi tempat kegemaran aku untuk membeli belah barang keperluan peribadi.

Bukan setakat itu, as a member watsons, waktu sale memang akan aku sentiasa nanti-nantikan. Bukan sahaja harga yang jauh lebih murah, tapi juga banyak point yang boleh didapati. Masa dapat point tu memang best! Contoh jika barang yang kita beli dalam lima poloh inggit, kita boleh dapat dalam pengurangan harga tau. Memang fav aku la ;) kengkawan aku sampai nak jadi member. Sobsob~ sedangkan depa boleh je guna kad member aku! Bestnya, aku dapat point. Hehe.

Watsons Raya Mega Sale!

Sebut pasal watsons, watsons ada buat jualan mega sempena raya tau. Korang akan dapat potongan sebanyak 50%, bermula 24 jun 2014 sehingga 06 Ogos 2014 ini. Wow! Ok, lets check this out here ok ;) (watsons).

Temui Artis!

Bukan takat membeli belah dan mendapat diskaun yang super B! Korang juga berpeluang bertemu dengan para pelakon Drama baru keluaran TV3 dengan kerjasama Watsons, bertajuk Raya Ni Mesti Kahwin, lakonan Nina Iskandar, Amar Asyraf, Shah Iskandar, Azlee Khairi dan ramai lagi.


Jom membeli belah kat watsons sekarang ;)
Toodles.

Asus Fonepad 7 Dual Sim (ME175CG) Spesifikasi

Hi.

Sekarang ni aku pakai Asus Fonepad 7 ni pula. Bukan apa, senang nak update blog dimana-mana sahaja. Tapi sebagai pengguna tegar smartphone dengan pengunaan kamera 100% memang suka bergambar, asus fonepad 7 bukan pilihan utama. ;D apa pun, mari aku kongsikan sedikit info mengenai Asus Fonepad 7.


Asus Fonepad 7 Dual Sim (ME175CG) Spesifikasi

Operating System
AndroidTM 4.3 
Display
7" LED Backlight WXGA (1280x800) Screen
IPS Panel
10 finger multi-touch support 
CPU
Intel® Atom™ Z2520 Dual-Core, 1.2 GHz 
Memory
1GB 
Storage
8GB
16GB One Year ASUS Webstorage Space *2 
Network Standard
HSPA+ UL:5.76 Mbps/DL:42 Mbps
3G : WCDMA : 850/900/1800/1900
2G : EDGE/GSM : 850/900/1800/1900, 
Wireless Data Network
WLAN802.11 b/g/n
Bluetooth V4.0 
Camera
1.2 MP Front Camera ( 720p Video Recording )
5 MP Rear Camera ( 1080p Video Recording ) 
Audio
High Quality Speaker 
Interface
1 x Micro USB (USB OTG support)
1 x 2-in-1 Audio Jack (Headphone / Mic-in)
1 x MicroSD,supports up to 64GB of additional storage
2 x Micro SIM Card Slot(Dual SIM Sku)*1*4 
Sensor
G-Sensor, E-compass, Proximity 
Battery
10 hours; 15Wh Li-polymer Battery *3 
Standby Time
720 hours(3G) 
Navigation
GPS, GLONASS & AGPS 
Color
Gary/
White 
Dimensions
199.5 x 120.8 x 11.35 mm (WxDxH) 
Weight
340 g

Toodles! ;)

04 July 2014

Kisah Penghijrahan Pengislaman Felixia Yeap (Rania)

Hi.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Syukur alhamdulillah aku ucapkan buat blogger terkenal Felixia Yeap, atau nama islamnya kini Rania.

Peluk Agama Islam pada 03 Julai 2014

Rania telah memeluk Agama Islam pada 03 Julai 2014 bersamaan 05 Ramadhan 1435H, yang juga jatuh pada tarikh hari lahir beliau sendiri. Menganggap hari keislamannya, hari penghijrahannya, rania yakin itu adalah hari kelahiran semula dirinya.
3 Julai 2014, bersamaan dengan 5 Ramadhan 1435. 
Saya yang telah Islam di hati (tanpa disedari), kini akan mengucapkan 2 kalimah syahadah saya di depan keluarga terdekat saya, dan juga para kenalan yang telah seringkali menyokong dan memberi galakkan pada saya supaya terus istiqamah. 
Tidak ada sebarang media yang akan hadir. 
Hari ini bukan hanya saja Hari Lahir saya...tetapi juga Hari Kelahiran Semula saya.

Hari saya kembali akhirnya selepas 28 tahun mencari jalan pulang. Kredit: Felixia Yeap Blog

 Toodles!

02 July 2014

Bantuan Khas RM500 Sempena Aidilfitri untuk Penjawat Awam dan RM250 untuk Pesara 2014

Hi.

Bantuan Khas RM500 Sempena Aidilfitri untuk Penjawat Awam dan RM250 untuk Pesara. Terima kasihlah PM! ;)


Toodles!