Safi Balqis White Trilogy

| on
Tuesday, July 08, 2014
Hi.

Safi Balqis White Trilogy. I jenis tak fix pakai sesuatu produk penjagaan muka tau. Ada je artis promo dekat iklan tv tu, i akan cuba guna juga. Nampak sangat i nak cantik seperti retis kan. Hehe. So, kali ni i pilih safi balqis white trilogy for my first time percubaan. Da 3 hari pakai ni, setakat ni ok sahaja. muka pun tak gatal-gatal lagi. That mean, this produk dengan i kira sesuailah juga. But. who knows kan? hehe. so, ok. later i review lagi pasal ni k :) i Share tentang produk ni dahulu.

Safi Balqis White Trilogy
Picture Credit: Google

Krim Pelembap Siang SPF20PA++ SAFI BALQIS White Trilogy mencerah dengan efektif dan memastikan kulit dilindungi dari sinaran UV. Ia juga memberi kelembapan dan keselesaan agar kulit terasa lembut, halus dan bermaya sepanjang hari.

SAFI BALQIS White Trilogy dengan formulasi Arbutin, Nano BioWhite dan Kiwi bertindak menerusi 3 lapisan kulit* untuk 10 aksi pada kulit wajah**:

  • Memudarkan pigmentasi
  • Menyamaratakan tona kulit
  • Melindungi dari sinaran UV
  • Mencerahkan kulit
  • Melindungi dari radikal bebas
  • Menghidratkan kulit
  • Mengekalkan lembapan
  • Melembutkan kulit
  • Menghaluskan kulit
  • Melicinkan kulit

Hasilnya: Kulit menjadi halus, mulus dan cerah sempurna.

*Pada lapisan epidermis.
**Dengan penggunaan berterusan bersama rangkaian produk SAFI BALQIS White Trilogy.

Maaf ye, gambar i da padam :)

Skrub Buih Pembersih Kawalan Minyak & Jerawat SAFI BALQIS White Trilogy bertindak mengawal minyak dan jerawat serta membersih secara mendalam sambil mengeluarkan kotoran dan sel-sel kulit mati dengan manik-manik mikro dan seterusnya mencerah kulit dengan sempurna dan selamat.

SAFI BALQIS White Trilogy dengan formulasi Arbutin, Nano BioWhite dan Kiwi bertindak menerusi 3 lapisan kulit* untuk 10 aksi pada kulit wajah**:

  • Membersih dengan mendalam
  • Mengawal lebihan minyak
  • Mengawal jerawat
  • Menanggalkan sel kulit mati
  • Melindungi dari sinar UV
  • Mencerahkan kulit
  • Menyamaratakan tona kulit
  • Mengekalkan lembapan
  • Melembutkan kulit
  • Menghaluskan kulit

Hasilnya: Kulit menjadi halus, mulus dan cerah sempurna.
* Pada lapisan epidermis.
** Dengan penggunaan berterusan bersama rangkaian produk SAFI BALQIS White Trilogy.

Maaf ye, gambar i da padam :)

SAFI BALQIS WHITE TRILOGY
Pencerahan kulit yang efektif bukan sekadar pada lapisan luar malah meliputi lapisan dalam kulit wajah.

Sistem White Trilogy diuji secara saintifik untuk mencerah menerusi 3 lapisan kulit* untuk hasil pencerahan yang sempurna dan selamat dalam**:

3 Minit - Bertindak pada lapisan luar kulit untuk memulakan proses pencerahan secara semula jadi
3 Hari - Mula mengurangkan pembentukan melanin pada lapisan dalam kulit
3 Minggu - Kulit menjadi cerah sempurna hasil pencerahan jauh ke dalam lapisan kulit

BAGAIMANA TINDAKANNYA?
SAFI BALQIS White Trilogy bertindak mencerah wajah secara menyeluruh menerusi 3 lapisan epidermis kulit dengan 3 bahan utama:

Arbutin
Arbutin berkesan merangsang sel-sel kulit, memulihkannya agar tidak kelihatan kusam dan tidak bermaya seterusnya memastikan proses pencerahan berlaku dengan sempurna.

Nano BioWhite
Partikel nano bertindak meresap jauh ke dalam lapisan kulit untuk menghalang pembentukan melanin punca tompok hitam dan kulit kusam.

Ekstrak Kiwi
Kiwi bertindak sebagai antioksida dan mengelupas kulit dengan lembut untuk menghasilkan sel-sel kulit baharu. Kandungan semula jadi pada Kiwi yang kaya dengan Vitamin C (2 kali lebih tinggi daripada lemon) membantu memastikan proses pencerahan berlaku secara lembut dan selamat.

Hasilnya: Kulit menjadi halus, mulus dan cerah sempurna.
* Pada lapisan epidermis.
** Dengan penggunaan berterusan bersama rangkaian produk SAFI BALQIS White Trilogy.

Sumber: Safi

Toodles!
2 comments on "Safi Balqis White Trilogy"
  1. selamat berpuasa..kaksura pon pakai Nutox..dulu2 pernah jugak pakai safi..tapi buat masa ni setia ngan Nutox..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa juga kak sura ;)
      Alamak, baru PG nak balas komen kak sura :3 *maap ya ;)
      PG da makin setia dengan safi. Rasa segar selepas menggunakannya.
      Hihi. Nak kena buat testimoni ni :D

      Delete

terima kasih komen ❤

Custom Post Signature

Custom Post  Signature