25 September 2016

Tester Kit Minyak Wangi De'Xandra

Assalamualaikum.

Tester Minyak Wangi De'Xandra. Hi awak! Kemarin lepas i ada kongsi Minyak Wangi De'Xandra i yang ke-3 kan. Ok. Awak-awak patut cuba. Then kat sini, i nak kongsi dengan korang, botol-botol kecik itu adalah tester minyak wangi de'xandra ni. Dan juga, kepada yang dekat-dekat dengan PG juga tu kan, atau kawan sepejabat PG tu duduk dekat kinarut, kota kinabalu, sabah. Then, bolehlah jumpa PG atau kawan PG tu. Cuba sendiri wangian tester kit de'xandra ni. Dan kalau berkenan, bolehlah tempah. Hehe. Dan dan, i rasa, those yang berminat untuk menjadi agen untuk wangian de'xandra ni juga, bolehlah cuba bertanya-tanya dekat kawan PG tu. Jangan risau, dia tak makan orang. Hehehe.



Selamat mencuba!:)

xoxo.

23 September 2016

De'Xandra Perfume Botol Ke-3

Assalamualaikum. Hi.

Minyak Wangi De'Xandra | Tak jawap dosa :D. Hi awak-awak. I lama da nak kongsi artikel ni. Da sebulan dua artikel ni duduk dekat draft. Kesian dia. Hehe. By the way, ini adalah botol minyak wangi ke-3 yang i beli, tak silap i. Wangian original minyak wangi ni. Sangat harum dan PG memang syorkan awak-awak kalau nak beli, cari wangian De'xandra ni juga. Those sapa duduk dekat area Kota Kinabalu, Sabah, boleh contact PG untuk wangian tester tu. Cium bau je la then kalau nak dapatkan wangian tu, inshaAllah kalau ada stok, then awak dapat hari tu juga. Hehe. Tak pun esok lusa ke macam tu kan. PG tak jual tau. Kawan sepejabat PG yang jual :)


then. Ya. its me :D

Dengan pengalaman jualan perfumes ini, kami hanya membawa masuk perfumes-perfumes yang sangat TERKENAL & LARIS di Malaysia untuk memudahkan pengguna memilih. - GITU :D

xoxo.

22 September 2016

Plaza Shell @ Bangunan Hap Seng Kota Kinabalu, Sabah

Bangunan Hap Seng Kota Kinabalu, Sabah | Awal pagi i candid kat belakang bangunan Hap Seng ni. Da macam ala-ala korea punya bangunan kan? Hehe. By the way, bangunan yang dikendalikan oleh Hap Seng Consolidated Berhad ini menempatkan Plaza Shell kat sini. Macam mana i nak cakap ye. Plaza Shell kat bangunan Hap Seng Kota Kinabalu, Sabah. Senang kan? atau kalau nak cari bangunan Hap Seng Kota Kinabalu, cari kat Plaza Shell. Atau mana yang lebih better? Hahaha. Bingung i seketika :)

Plaza Shell @ Bangunan Hap Seng Kota Kinabalu, Sabah

view belakang bangunan hap seng kota kinabalu, sabah

Memetik petikan daripada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman:
"Bangunan yang dikendalikan oleh Hap Seng Consolidated Berhad itu memperlihatkan satu lagi struktur bangunan yang mempunyai reka bentuk dan seni bina moden. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman berkata ia merupakan satu kebanggaan apabila melihat bangunan tersebut didirikan disebuah tapak yang sebelumnya hanya sebuah perkampungan air dengan rumah-rumah yang dibina di atas tiang. “Hal ini menunjukkan bandaraya ini melalui kepesatan pembangunan dan transformasi kemajuan dari semasa ke semasa terutamanya sejak dekad kebelakangan ini,”katanya.
Sumber: sayangsabah
Jom breakfast!
xoxo.

14 September 2016

Sesi Penjagaan Rambut Dengan Dove | Dove Hair Care Range

Sesi Penjagaan Rambut Dengan Dove | Dove Hair Care Range

Dove Hair Care Range | I jenis manusia suka tukar-tukar shampoo. Bukan takat shampoo. Pencuci muka ke, makeup ke, tuala wanita pun i jenis suka nak tukar-tukar bila masa tengok ada retis-retis dekat tv tu tepek muka depa lawa-lawa dengan satu-satu produk. Macam Nora Danish kan duta Safi Rania Gold tu. I pun terjebak sama pakai that produk. Konon-konon nak muka i nanti sehalus mulus tulus Nora. Tak de hal. Biar i perasan sorang-sorang. Korang jangan terjebak. Hehe. Tapi officemate i da terjebak dengan i tau. Muhahaha.

Then beralih kepada penjagaan rambut pula. I rasa nak terjebak dekat DOVE ni pula. Dulu i kejap je pakai dove. Macam yang i kata, i jenis tukar-tukar pakai. Tak stick pada yang satu. Konon-konon nak tengok mana sesi penjagaan yang terbaik untuk rambut i la kononnya. Tak de hal kan. Ikut suka hati je.

Then apa jadi dekat rambut i?

Sampai sekarang i masih ada masalah dengan rambut yang kerap gugur. Kalau i sikat pakai jejari je pun, ada lah lebih daripada 20 helai rambut akan ikut sama kat jejari runcing i tu. Awak-awak rasa kalau dalam seminggu berapa helai rambut i akan gugur? T_T Nangis i kejap tepi meja office ni.

Sebut shampoo. Selalunya i akan pilih yang jenis ada sebut kelemumur kat situ. Tu je la. Conditioner pula i jenis tak kisah. Tak tahu la boleh campur-campur ke tak, atau kena juga yang sama dengan kelemumur tu. Korang rasa? I kena pakai yang berkaitan ke apa? Sebab sumpah, sampai sekarang i tak tahu ;)

Terima kasih Nuffnang!
Terima kasih DOVE!

xoxo.
My Cerita Hari Raya Aidiladha

My Cerita Hari Raya Aidiladha

Assalamualaikum.

Selamat Hari Raya Aidiladha awak-awak sekalian alam. How raya's awak-awak? Dapat daging korban tak? erk. Sure dapatkan? Suami i kata jiran depa kat ipoh siap bagi depa 3 kilo daging kambing. terbaik. Jangan sebut kambing depan i. I terliuq cepat. Hehe.
Ok. Cerita Hari Raya Aidiladha i simple sahaja. Lagi pun kat Kota Kinabalu, Sabah, sesetengah tempat atau mungkin i tak tahu, Hari Raya Aidiladha tak berapa nak disambut such like masak-masak Hari Raya Aidilfitri. Suami i pun kata macam tu. 'Sabah tak berapa nak sambut Hari Raya Korban kan yang?' Kalau kat Semenanjung Malaysia, Hari Raya Aidiladha ni la akan disambut lagi meriah daripada Hari Raya Aidilfiti. So, i just like 'Oh ok yg'. Then, tak pe. Kita sambut sahaja as usual.

GAMBAR TELAH DIPADAM :)

Nenek belong's. Later i talk pasal ni :)

Dan selalunya, Hari Raya Aidiladha, kita family pakcik buang tak plan apa-apa pun. But this year pula, i punya sister yang kedua plan kumpul ramai-ramai kat rumah mama kat kampung. So, i ikut sahaja. Lagipun i tak de suami kat sini. So i bila-bila masa sahaja free. Hehe.

So, he were go. My cerita Hari Raya. Maaflah tak sempat nak ambik gambar potong-potong ayam, sayur-sayuran, bawang-bawangan kat dapur sebab i sibuk nak cari line Digi kat kawasan rumah mama. Teruk giler line Digi kat kampung. Kampung's kan? What the fishcake there. Hehe. Then i tinggal nak membantu popet popet there sahaja kata lapar nak makan. Then oh lupa. Ada bakar ikan uji rashid kat situ, aka ikan merah. Do no la kenapa tipikal panggil ikan uji rashid. Mungkin sebab mata ikan merah itu besar like penyanyi uji rashid? oh no! Tak tahu. Dan gelaran tu kekal. Nak pergi buat aktiviti ke apa ke, 'jangan lupa beli ikan uji rashid. Boleh bakar-bakar'. Gitu. Sabah macam tu la. I bagitau je. Esok lusa kot-kot awak-awak mai Kota Kinabalu, Sabah kan. Tak la awak-awak sekalian alam rasa pelik :D

Then makan-makan. After that, pergi ziarah nenek nudar kat tepokon. Setahun rasanya tak ziarah nenek. Maaflah nenek. Syukur alhamdulillah, nenek nampak sihat kat situ sedikit. Berbanding dengan sebelum ini, nenek pucat dan takut juga if anything hapend kan. Then chit chat dengan nenek. Nenek masih ingat nama-nama anak menantu dan cucu dan cicit. Terima kasih nenek.

GAMBAR TELAH DIPADAM :)
Semua hantu wefie. Pantang nampak kamera :D

GAMBAR TELAH DIPADAM :)
Nenek and me :)


Kakak Nurul was busy candid while Nenek chit chat wit me, asking mana i punya suami :D

After that, rumah babu kasiah i. Ni babu kasiah da whatsapp seminggu sebelum Hari Raya Aidiladha, pesan datang rumah. Sebab masa Hari Raya Aidilfitri hari tu, kitaorang datang rumah babu, but babu kasiah not there. So kali ni, kena wajib datanglah. Dan, ada laksa wei! I suker giler laksa since ter makan laksa kak dayang, officemate i make it. Giler sedap. Before this i tak reti nak makan. Macam geli gitu. Tapi-tapi. Lepas tu i da buat makan tau. Siap tambah dua mangkuk. Pergh. Jangan cakap. Boleh meleleh.
GAMBAR TELAH DIPADAM :)

My kakak ipar. Hello hi SIL! At babu kasiah house.

Ok. tu je kot nak cakap pasal Hari Raya Aidiladha i. Dari rumah babu kasiah dan terus balik inanam. Esok abang syafik, abang nong da bekerja. I masih bercuti kemarin. Namun. I sakit T_T. Syukur alhamdulillah. 

Selamat Hari Raya Aidiladha again!
xoxo.

05 September 2016

Good Luck UPSR Candidates!

holla fellas. PG nak ucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR buat adik-adik blogger PG yang mendudukinya bermula hari ini. Juga buat anak buah PG cheche tu. Beberapa hari ni nampak sangat effort dia kat situ, belajar last-last minute. Banyak tanya juga kat PG. Tapi tau-tau je lah, PG da lama melepasi UPSR ni. Mana yang PG tahu, english maths few thing, PG sharelah juga. As long PG jawap pertanyaan dia. Sekurang-kurangnya dia tahu kita support dia belajar dan bakal menduduki peperiksaan yang besar macam ni. Kan? Ar korang tu kalau ada adik-adik yang duduk UPSR tahun ni, anak ke apa ke kan, please support them. Tak tahu nak jawap persoalan pada soalan mereka pun tak pe. But as long awak support adik, anak, for sure depa akan lebih bersemangat nak hadapi UPSR ni :)





Good Luck UPSR Candidates!
Good Luck UPSR Candidates! 
good luck cheche [kanan]. good luck jiran [kiri]

babu yang nebes :D

xoxo.

01 September 2016

Risiko Edit Entri Blog Yang Lama

Risiko Edit Entri Blog Yang Lama

hello fellas. PG was thinking nak edit few entri lama dalam blog ni tau. sebab ada few macam entri gedik. haha. entri menyampah. hurm. entri syok sendiri. oh man! entri pasar ikan. entri. entri dan entri la. dan PG ada juga google risiko if kita edit entri lama. dan. what i found is. not risiko. but more to kenapa perlu edit entri blog yang lama. dan ya. that was good info. sharing info. usefully untuk PG dan untuk korang juga tau. mana yang suka copy and paste gambar maybe? macam PG. hahaha.

GAMBAR TELAH DIPADAM :)
pakcik google pinjam gambar awak sat ye.

Sebab Kenapa Perlu Edit Enti Blog Yang Lama:

Kesilapan Ketika Menaip.

PG setuju bab ni, sebab PG pun kadang ada kalanya nak cepat je menaip kan, then tak sedar if ada kesalahan pada perkataan yang PG taip. kadang bila da post entri, baru sedar ada kesilapan dekat situ. if sedar on the spot dan ubah terus, thank god. but if kesilapan perkatan pada entri yang da berbulan-bulan macam mana? dan kat sinilah pentingnya kita perlu edit entri blog yang lama. remember. manusia. tak lari daripada membuat kesilapan. begitu juga dengan menaip. kebaikan dan kelebihannya disitu adalah, para pembaca akan lebih suka dengan hasil penulisan kita ;)

Imej atau Gambar.

Pemahaman PG tentang ini adalah, sangat penting untuk kita menggunakan imej atau gambar pada setiap entri blog kita. dan gambar kenalah bertepatan ataupun berkaitan dengan tajuk entri tersebut. contohnya, tajuk entri tentang para pelajar akademik fantasia 2016. dan gambar kenalah gambar para pelajar atau para peserta akademik fantasia pada tahun 2016 tersebut. kelebihan dan kebaikan disitu, para pembaca akan lebih suka dan selesa berada dalam blog kita.

Selain itu juga. pada para blogger, mengubah saiz imej atau gambar sebenarnya memberi kesan terhadap masa loading blog kita tau. maksudnya. lagi kecil saiz imej atau gambar, lagi better loading blog kita. lagi lajulah :D

Kedudukan Carian Enjin  di Google. 

Bab-bab carian enjin digoogle, PG memang angkat tangan bukan tanda lari. sebab PG memang tak tahu apa perkaitannya. jadi. PG copy and paste sahaja penjelasan daripada calrasepatrcik mengenainya ye ;)
Walaupun ada entri kita sudah berada di kedudukan nombor satu carian enjin. Kita harus memastikan ianya kekal berada di kedudukan teratas carian enjin dengan mengeditnya untuk menambah nilai kekuatan entri tersebut agar dapat menurunkan kadar bounce rate dan memberikan kesan yang baik kepada entri yang lain. 
ok. semoga dengan perkongsian PG ini, bermanfaat untuk kita para blogger ye
xoxo