Nikmati Kelebihan Pelan Data Internet Yoodo.

in , , by YatieOwner, Saturday, October 29, 2022
Assalamualaikum fellas! Last 2020 i berkesempatan join Yoodo featuring Sabahan Bloggers meeting. Alhamdulillah, tahun ini, minggu lalu, dijemput untuk sekali lagi join Sabahan Bloggers zoom meeting bersama pihak Yoodo. Apakah terkini atau apakah kelebihan internet pelan data internet Yoodo kali ini? I kongsi.

Kelebihan Pelan Data Internet Yoodo



Seperti yang diketahui, Yoodo memberikan perkhidmatan pelan data internet mudah alih ubah suai sepenuhnya. 100% digital, pertama di Malaysia oleh Celcom, 4G LTE network. Menarik dan limited time offer adalah Yoodo menawarkan Plan 20GB dengan bayaran RM20. (Credit: Mrspip Blog)

Yoodo Menawarkan Pelan Data Internet Terbaik


Perkongsian oleh pihak Yoodo antaranya adalah:-

  • Yoodo menawarkan 2 juta pilihan plan kombinasi yang kita boleh pilih sendiri.
  • Hanya bayar untuk apa yang kita perlukan. Contoh, i melanggan plan 20GB dengan harga RM20 sebulan, dan i add-on aplikasi facebook 20GB (RM3/bulan) dan Whatsapp 20GB (RM3/bulan). Total i bayar RM26 untuk 60GB/bulan. Sekiranya itu yang i perlu, ia masih dalam harga yang cukup murah dan berbaloi.
  • Beli 10 add-on percuma 1 extra add-on. Meaning, korang akan dapat GB berganda-ganda, dengan harga yang sangat berbaloi.
  • Kehabisan data plan? Booster Plan untuk data/panggilan/sms disediakan. Jangan risau tiba-tiba tengah 'kering' kan?. Yoodo ada jalan penyelesaiannya.
  • Roam Like Home - Roam Like Home adalah plan internet yang korang boleh langgan terus dalam aplikasi Yoodo. Bagi kaki travel luar negara, RLH Yoodo ini amat sesuai untuk anda. Comparing kena sewa pocket wifi ke atau perlu tukar SIMKAD baru maybe?. IDK, i tak pernah ke luar negara lagi. 
  • Yoodo coming to Kota Kinabalu dan Kuching. 
  • Yoodo rock with Anugerah Lagu Indie Tour Kota Kinabalu juga Kuching. KK i tak berkesempatan untuk pergi, evendo dekat ja dengan rumah bah.

Bagaimana Mendapatkan SIMKAD Yoodo?


Untuk mendapatkan SIMKAD Yoodo, korang boleh dapatkan di 4 lokasi utama Yoodo seperti berikut bagi Semenanjung Malaysia:-

  • 50 cawangan Blue Cube di seluruh Malaysia
  • EasyParcel PgeonPoint di seluruh Semenanjung Malaysia
  • BH Petromart di seluruh Semenanjung Malaysia
  • Petronas Mesra di seluruh Semenanjung Malaysia

Yoodo Sabah dan Sarawak-
Bagi Sabah dan Sarawak pula, boleh dapatkan SIMKAD Yoodo di Kota Kinabalu dan Kuching.

eSIM SIMKAD Fizikal Yoodo Tanpa SIMKAD


Apa itu eSIM?
Sebuah embedded SIM (eSIM) adalah cip tersedia yang berfungsi sama seperti SIM fizikal. Pengaktifan adalah lebih mudah dan boleh digunakan beserta dengan SIM fizikal anda. Walaupun anda hanya boleh menggunakan satu pelan eSIM pada satu-satu masa, anda boleh menyimpan beberapa nombor dan pelan pada satu cip. Sumber: eSIM Yoodo
Yang ini menarik perhatian i. Bermaksud, i tidak perlu beli SIMKAD Fizikal. I cuma perlu mendaftar dan langgan plan untuk aktifkan eSIM i. Namun, eSIM ini masih tertakluk pada telefon pintar terpilih Android dan IOS.


ESports, Music & Intertainment dan K-POP Yoodo


Selain plan data internet, Yoodo juga menyokong ESports, Music & Intertainment dan K-POP. Ada program ESports Tournement. Kalau tengok previous tournaments since 2018 hingga kini. Ada Yoodo x VIU 'She Was Pretty' Premiere, Keeping Malaysians Entertained dengan pelbagai contest dan sudah semestinya menawarkan hadiah yang cukup menarik.




Kempen Menarik di Yoodo


Sesi briefing tidak habis tanpa kempen Yoodo. Jangan lupa dapatkan plan internet korang 20GB, RM20. Juga ada, Kempen Ajak-Ajak Menang Refferal Campaign yang akan berakhir pada 31 Oktober 2022 ini, dengan hadiah yang cukup menarik iaitu percutian Seoul, Bangkok dan juga Malaysia Glamping. Wow!


Selain itu, kempen Wheel-Yoo-Win Campaign pun ada, yang akan berakhir pada 22 December 2022. Hadiah pun menarik.



Ganjaran Unique Referral Code


I like to share juga, Yoodo memberikan ganjaran pada korang yang menjemput rakan-rakan korang untuk join Yoodo, menggunakan unique referral code korang sebanyak RM20 in free Yoodo credits. Tidak cukup itu, malah rakan korang juga akan diberikan 7GB data percuma.



So korang, tunggu apa lagi? Banyak pula kelebihan Plan Internet Yoodo ni kan? Untuk lanjut mengenai Yoodo, korang boleh sahaja melayari laman web Yoodo disini.

Buat Yoodo, terima kasih sudi menjemput US Sabahan Blogger untuk Kempen Yoodo kali ini ya.

Love, 
YatieOwner.
SHARE 0 comments

Add your comment

For coming and comment, thank u ♥ ;)

© Yatie Owner · THEME BY WATDESIGNEXPRESS