COVID19 - Pekeliling Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2020

13 April 2020

Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2020 untuk Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan


Assalamualaikum fellas. Syukur Alhamdulillah, berhubung dengan pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN oleh YAB Perdana Menteri pada 27 Mac 2020 lalu, Bantuan PRIHATIN Bantuan Khas Kewangan Tahun 2020 juga diberikan untuk pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana. Alhamdulillah.

bantuan khas bkk

Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2020 melibatkan;-


Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan di Gred 56 dan ke bawah : bayaran sebanyak RM500 dan

Pesara Kerajaan yang memilih skim pencen : banyaran sebanyak RM500.

Pegawai Yang Layak Menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2020


  • Pegawai lantikan tetap, sementara dan contract of service 
  • Pegawai yang bercuti bergaji penuh 
  • Pegawai yang bercuti separuh gaji 
  • Pegawai yang bercuti tanpa gaji 

dan 



Pegawai Yang Tidak Layak Menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2020


  • Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku, dipinjam/tukar sementara dan penemapatan khas ke Gred Jawatan Utama/Gred Khas 
  • Pegawai yang dikenakan hukuma TATATERTIB dalam tempoh 01 Januari 2020 hingga 23 April 2020 
  • Pegawai yang di TAMATKAN PERKHIDMATAN demi kepentingan awam dalam tempoh 01 Januari 2020 hingga 23 April 2020 dan 
  • Pegawai yang meletak jawatan dalam tempoh 01 Januari 2020 hingga 23 April 2020 

Pegawai Yang Ditangguhkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2020


  • Pegawai yang ditahan kerja, 
  • Pegawai yang digantung kerja atau surat pertuduhan telah dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib 
  • Pegawai hanya layak diberi Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2020 sekiranya Pihak Berkuasa Tatatertib mendapati pegawai tersebut tidak bersalah.

Pekerja Sambilan Harian (PSH) Layak atau Tidak Menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2020


Pekerja Sambilan atau Gaji Harian adalah layak menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2020 dimana PSH yang masih berkhidmat pada 23 April 2020 dengan syarat tempoh kontraknya telah berkuatkuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut.

Pesara Kerajaan Layak atau Tidak Menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2020?


Pesara Kerajaan adalah LAYAK menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2020, NAMUN hanya diberikan kepada Pesara Kerajaan yang memilih SKIM PENCEN dan penerima pencen terbitan pada atau sebelum 23 April 2020 di bawah undang-undang pencen akan dibayar sebanyak RM500 oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.

Pesara Kerajaan Lantikan Semula secara CONTRACT OF SERVICE dan masih berkhidmat pada 23 April 2020 juga layak diberikan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2020 sebanyak RM500. NAMUN, pembayaran sebanyak RM250.00 akan dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan bakinya sebanyak RM250.00 akan dibayar oleh jabatan dimana pegawai sedang berkhidmat. 

Pegawai Meninggal Dunia Dalam Perkhidmatan Adakah Layak Menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2020


LAYAK. Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang meninggal dunia pada 23 April 2020 layak diberi Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2020 sebanyak RM500. 

Pembayaran kepada mana-mana penerima pencen terbitan yang layak di bawah undang-undang pencen sebanyak RM500.00 akan dibayar oleh jabatan terakhir pegawai berkhidmat.

Tarikh Pembayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2020


Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2020 akan dibayar pada 23 April 2020 bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan.

Bagi Pegawai Perkhidmatan Negeri Sabah pula, terutamanya Pegawai Perkhidmatan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, kita masih menanti Pekeliling Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2020 untuk Kerajaan Negeri Sabah. Mohon bersabar ya Para Penjawat Awam Negeri Sabah.

Semoga bermanfaat.

Lots of love here!
YatieOwner
The Pembantu Tadbir (P/O) N22 with Love.

25 comments

  1. i didn't check mine yet. takut

    ReplyDelete
  2. Huntungla pegawai awam dan pesara
    Masa PKP gaji jalan dapat BKK lagi.

    ReplyDelete
  3. oh ada Bantuan Khas Kewangan utk penjawat awam yg gred 56 ke bawah ...smoga digunakan bantuan ini sebaiknya

    ReplyDelete
  4. Alhamdulilah, ada juga bahagian khas untuk mereka ya..sekurangnya meringankan beban sepanjang PKP ni...alhamdulilah..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah untuk penjawat awan dan pesara. Boleh menampung mana yang patut untuk keperluan hidup.

    Yang kontrak pun dapat.

    Terima kasih kerajaan baru. Prihatin pada rakyat.

    #done follow sini 543

    ReplyDelete
  6. Untung siapa kerja government ye. Mcm2 benefit tapi tu la susah nak masuk asyik guna cable dlm air je 😂 xpe la rezeki masing2. Nnt kita bgtau mertua iols dia boleh dpt bantuan extra.

    ReplyDelete
  7. macam-macam yang diperuntukkan untuk rakyat malaysia. dari yang bekerja swasta, kerajaan dan bekerja sendirian malah tidak bekerja. semoga kita tolong balik kerajaan dengan stay at home. hampuskan wabak covid19

    ReplyDelete
  8. untungnya penjawat awam dan pesara banyak bantuan. rezeki masing2 syukur seadanya

    ReplyDelete
  9. Untung kerja awam.. yang tak kerja awam macam saya kena cari rezeki extra.. hee.. apa pun harap ada rezeki lebih boleh bantu bantu orang lain yang memerlukan..

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah... Beruntungan penjawat awam dan pesara kerajaan. Semoga inisiatif macam ni cukuplah meringankan beban sepanjang PKP ni. Sama-samalah kita doa pandemik ni segera tamat! Amin..

    ReplyDelete
  11. moga sedikit sebanyak dapat membantu penjawat awam yang benar-benar memerlukan bantuan sekarang ini..

    ReplyDelete
  12. Siapa yang masih ragu2 mengenai banyuan prihatin ni elok lah baca entri ni ya...

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillahz terima kasih atas info. Semiga bantuan yabg diberikan sedikit sebanyak dapat mengurangkan kesusahan rakyat.

    ReplyDelete
  14. ha ha ha ha i am one yg dpt ni :)
    dpp la extra rm1000 - asben pun dpt juga.
    straight away masuk tabung simpanan.
    at first nak guna utk raya. melihatkan PKP yg bakal dilanjutkan dan kita wajib social distancing for another few months, tak jadik lah guna utk raya.
    savings is very the important.

    ReplyDelete
  15. Semua yg layak dapat bantuan ni. Sekurang2 nya dpt membantu. Kesian yg mana tak bekerja,syarikat tutup. Semoga dipermudahkan semuanya.

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah..sekurangnya dgn bantuan yg diberi dptlah ringankan sedikit beban mereka yg memerlukan.

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah seperti tahun yang lepas, tahun ni ada rezeki terima bantuan RM500. Boleh buat tambah belanja.

    ReplyDelete
  18. alhamdulillah mudah2an bantuan ni dapat meringankan perbelanjaan harian. saya tengok sekrang ni barang groceries ada byk yang tak terkawal harganya

    ReplyDelete
  19. Thanks for sharing these info and details, its very helpful.

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah..
    Ramai juga yang dapat bantuan ni kan..
    Dalam keadaan macam ni. Memang mengharap bantuan bantuan yang ada..
    Sedikit sebanyak dapat meringankan beban.

    ReplyDelete
  21. We Fullassignment.com is among the best companies on the Programming Database and IT Assignments Help writing market. We offer top-notch essays, Online Programming Assignment Help research papers, thesis and other types of works that can be assigned to you at a high school or college. We also provide HTML Markup Language Help from our experts. for more information contact us +16692714848.

    ReplyDelete

Hallo kamu ;)

For coming and comment, thank u ya ♥ ;)

Thanks for Droping By! ;)

© Yatie Owner