Viral - Makcik Kiah Penjual Goreng Pisang Yang PM Sebut

27 March 2020

Siapa Makcik Kiah Ni?


Kenali Makcik Kiah Penjual Goreng Pisang yang viral selepas di Umumkan oleh Perdana Menteri Malaysia kita dengan contoh mudah senang kira berapa kita akan dapat daripada semua pemberian bantuan yang telah diumumkan dalam Teks Ucapan Perutusan Khas Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) petang tadi.

Makcik Kiah Viral
Gambar Hanya HIASAN. Aku bukanlah Makcik Kiah Yang Di Cari. Hahahaha.

MAKCIK KIAH VIRAL


Daripada semua bantuan kerajaan ini, saya nak beri satu contoh mudah supaya saudara-saudari senang kira. Contohnya, Makcik Kiah penjual goreng pisang yang duduk di PPR Desa Tun Razak, yang suaminya adalah pesara kerajaan dan sekarang ini bawa Grab. Anak Makcik Kiah adalah peminjam PTPTN. Pendapatan isirumah Makcik Kiah di bawah RM4000 sebulan. Dengar baik-baik. Saya nak bantu buat pengiraan berapa keluarga Makcik Kiah akan dapat.

Keluarga Makcik Kiah akan dapat Bayaran Prihatin Nasional sebanyak RM1600, baki BSH sebanyak RM600, bantuan pesara sebanyak RM500 dan bantuan tunai e-hailing sebanyak RM500. Kalau suami Makcik Kiah berkhidmat dengan RELA, dia akan dapat RM 200 sebulan sehingga wabak berakhir. Keseluruhan pemberian tunai yang keluarga Makcik Kiah akan dapat ialah sekurang-kurangnya RM3400.

Selain itu, keluarga Makcik Kiah juga akan dapat penjimatan sewa PPR selama 6 bulan sebanyak RM744, penjimatan penangguhan pinjaman kenderaan selama 6 bulan sebanyak RM1800, penjimatan bayaran bil elektrik selama 6 bulan sebanyak RM120.

Anak Makcik Kiah juga akan dapat penjimatan daripada penangguhan bayaran balik PTPTN selama 6 bulan sebanyak RM1200.

Kalau Makcik Kiah ada buat pinjaman kredit mikro untuk perniagaan goreng pisang dengan bayaran balik pinjaman sebanyak RM100 sebulan, Makcik Kiah akan dapat penjimatan sebanyak RM600.

Keseluruhan penjimatan ialah sebanyak RM4,464.

Jadi, keseluruhan nilai manfaat yang akan diterima oleh keluarga Makcik Kiah termasuk pemberian tunai dan penjimatan ialah sebanyak RM7,864. Jadi Makcik Kiah pun dah boleh tersenyum sikit dengar kiraan yang saya buat.

Teks Ucapan Perutusan Khas Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN)

 


DAFTAR ONLINE BANTUAN PRIHATIN? TIADA BSH TIDAK DAPAT BANTUAN PRIHATIN?


Ada soalan macam tu yang aku dapat. Dimana nak daftar untuk dapatkan bantuan bujang RM800 tu. No, aku pun tak pasti dimana nak daftar. Tapi mungkin pembayaran akan terus di buat ke akaun masing-masing rasanya. Memandangkan PM sendiri ada nyatakan, tiada golongan yang akan tercicir.

PENJAWAT AWAM DAPAT RM500 BANTUAN PRIHATIN


Alhamdulillah. Syukur. Penjawat Awam juga mendapat bantuan Prihatin ini. Jangan pandang enteng pada kakitangan kerajaan, kerana kita tidak tahu mungkin ada di kalangan penjawat awam yang mengalami musibah atau mungki ada keluarga yang ramai. Patut bersyukur. Ya, itu sahaja yang mampu aku cakap. Alhamdulillah.

Terima kasih PM untuk bantuan PRIHATIN ini dan contoh mudah Makcik Kiah Jual Pisang Goreng dapat bantuan.

Lots of Love here.
YatieOwner
The PT (P/O) N22 With Love.

21 comments

  1. Makcik Kiah tengah duduk santai kat rumah makan pisang barangkali hehehehe..
    Syukur alhamdulilah atas apa yang kerajaan beri, duduk aje la rumah kann...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. kan. kalau tak dengar kata lagi marhaban ni, tak tahu lah ;(

      say no to pelanjutan!

      Delete
  2. Makcik Kiah ni glamour sekarang ni sebab nama kena seru dengan PM. Apa pun terima kasih PM di atas pakej rangsangan ekonomi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua makcik kiah tiba-tiba tampil ke hadapan. haha. yup, sangat thankfully :)

      Delete
  3. Viral makcik kiah ni semalam. Ingatkan rekaan semata-mata, rupanya makcik kiah ni memang wujud. Next level betul PM kita sekarang. Pakej rangsangan ekonomi pulak sangat bermanfaat untuk semua rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. contoh mudah yang memang sangat santai. pandai PM kita. disebalik pengumuman pakej rangsangan ekonomi kemarin, pasti ada seribu kerisauan PM.

      moga rakyat Malaysia lebih ambik tahu, prihatin dengan situasi negara kini ;(

      Delete
  4. credit to officers yg buat kan teks utk PM.
    lecturer UIA.
    semua ni saya harap dpt la menutup mulut rakyat yg mengeluh ketika PKP ni. tiada yg ditinggalkan dlm pengumuman ni :) terbaik.
    yes. semua terjejas. terutama pendapatan. tak dpt berniaga. tak dpt keluar bekerja.
    tapi, kerajaan kena utamakan keselamatan dan kekang penularan covid19 kan.
    so, akur la dgn PKP ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat akur. kita tak tahu lagi nak cakap macam mana lagi, IF rakyat Malaysia kita tidak lagi dengar kata. duduk rumah sahaja seperti yang PM, Agong kita nak.

      ;(

      Delete
  5. Glamour betul makcik kiah sekarang, memang trending haha makcik kiah ni langkah bijak PM, dalam memberi pemahaman pada rakyat

    ReplyDelete
    Replies
    1. glamour lah sekejap makcik kiah. yup, pemahaman contoh mudah dari PM untuk makcik kiah dan untuk semua penerima.

      thanks to PM

      Delete
  6. Hehehe....... jadik famous character Mak Cik Kiah tu. Ramai artist buat illustration Mak Cik Kiah. Sampai foreigners pun tertanya2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. seriuslah? haha. penangan makcik kiah. moga makcik kiah kita sihat walafiat. tersedak makcik kiah, hari-hari kena sebut nama dia. haha.

      Delete
  7. Alahmdulillah. Seharusnya bersyukur dgn pakej ransangan ekonomi yang diumumkan. Ini masih ada lagi yg mengeluh dan degil. Harap semuanya cepat pulih.

    ReplyDelete
  8. hai cik kiah...ni bukan makcik kiah ni..ni cik kiah ni

    ReplyDelete
  9. Makcik Kiah tengah buat kira2 tak habis ni, banyak sangat masyukk..hehehe. Alhamdulillah..sekurangnya yang terkesan tu legalah sikit kan

    ReplyDelete
  10. Makin glamor nama makcik kiah ni hehehehe kita dengar pun senang faham masa PM umumkan PRIHATIN hari tu hehehehe tapi lagi untung orang goment hehehehe office tutup tapi duit dapat lagi hehehe..

    ReplyDelete
  11. Kalau masih tak faham lagi berapa yang akan dapat. Tak dapat la kerajaan nak nolongnya. Cuma, bila diterangkan sebegini, ada pihak lain pula nak manfaat begini. Sebab RM 8k tu bukannya sikit kan. Golongan B40 amat beruntung. Malah yang memandu grab dan pelajar ipt pun untung. Cuma jangan ingat ia mudah utk dapat. Sediakan dokumen siap-siap agar memudahkan kerajaan menyediakan semua manfaat ni. Dah cukup dah zaman beratur ambil kertas BR1M tu. Tahun 2020 dan seterusnya harus telus bab bab kewangan negara. Rakyat bagi dokumen sah, kerajaan mudah sediakan keperluan.

    ReplyDelete
  12. Semoga memudahkan orang lain untuk faham proses dan kira2 yang dibuat. Semoga cik kiah, cik jemah dan sebagainya boleh faham dengan jelas. Ssemoga PM diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik untuk meneruskan pimpinan Beliau.

    ReplyDelete
  13. the way pm explain sangat mudah difahami...and i love the name of mak cik kiah..sangat epik and klasik hehehe

    ReplyDelete
  14. makcik kiah hanya dapat rm800++ je sebenarnya. yang lain2 tu makcik kiah kena bayar juga cuma ditangguhkan sahaja

    ReplyDelete
  15. If you are looking for the Finance Accounting Assignments help then in this case you can opt for our Finance Accounting Assignments help.we provide the best Online Assignment Help.We also provide Forensic Accounting Homework Help for students across the globe. for more information contact us +16692714848.

    ReplyDelete

Hallo kamu ;)

For coming and comment, thank u ya ♥ ;)

Thanks for Droping By! ;)

© Yatie Owner