Cara Mohon Kerja Di Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK)

22 March 2020

Cara Mohon Kerja Di Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK). 


Assalamualaikum fellas. Aku sebenarnya sering kali di tanya macam mana nak mohon kerja di DBKK.

Berkesempatan cuti-cuti ni, rajin kemaskini blog semula, topik permohonan kerja ini akan aku kongsi sebaik mana mungkin untuk kamu semua yang ingin tahu bagaimana cara untuk mohon kerja di DBKK. Aku kongsi.

Cara Mohon Kerja Di Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK)
Pakcik Google Pinjam Gambar.

Cara Mohon Kerja di DBKK


1. Isi Borang Permohonan Kerja.


Isi borang permohonan kerja dan isi SEMUA column yang telah disediakan tanpa meninggalkan satu ruangan. Jika tidak berkaitan atau pun tiada, tulis sahaja TIADA.

2. Isi Maklumat Peribadi.


Penting untuk mengisi maklumat peribadi kamu dengan betul. Isi dengan jelas, nyata dan mudah di fahami.

1. Nama yang jelas, seperti dalam Kad Pengenalan.
2. Alamat yang betul (Agar surat balasan permohonan selamat sampai ke tangan pemohon)
3. No. telefon yang aktif dan boleh dihubungi.

dan lain-lain maklumat seperti yang tertera dalam borang permohonan.

3. Isi Maklumat Kelayakan Akademik.


Setiap column yang ada seperti yang aku cakap tadi, hendaklah di ISI. Begitu juga dengan maklumat kelayakan akademik. 

Isi kan semua kelayakan akademik yang kamu ada, seperti PMR, SPM, Diploma, Ijazah, gred, tahun keputusan diperolehi juga nama sekolah/ipt etc.

Contoh;-

SPM, Lulus, 2000

dan

Apa sahaja sijil kelayakan yang kamu perolehi (Ada).

4. Isi Maklumat Pengalaman Kerja.


Satu kelebihan jika kamu mempunyai pengalaman kerja. Jika ada 10 pengalaman kerja, tak perlu letak semua. Letak sahaja pengalaman kerja yang terkini. Mungkin dalam 2 atau 3 sahaja sudah memadai.

5. Isi Maklumat Penglibatan Luar/Sukan?.


Ini juga satu kelebihan jika kamu pernah terlibat dengan mana-mana aktiviti/program. Mungkin dalam bidang sukan? - Bahagian ini akan aku kemaskini semula ya.

Siapa Yang Layak Memohon?


Bumiputera Sabah, Malaysia adalah layak mohon.

Bagaimana Hendak Tahu Jawatan Apa yang Kosong?


Bagi aku yang sering kali di tanya. Aku akan selalu nyatakan untuk letak sahaja jawatan Pembantu Awam Gred H11 atau Pembantu Tadbir (P/O) Gred N19. 

TETAPI, perlu aku faham kan disini, aku juga sendiri tidak tahu bila samada, ada atau tidak kekosongan jawatan di DBKK. 

Hanya atasan sahaja yang tahu dan apabila ada keluarnya IKLAN JAWATAN KOSONG di DBKK. - Ok, iklan jawatan kosong akan aku kongsikan jika ada iklan keluar ya. Mohon update lah dengan blog ni ;) 

Bagaimana Hendak Tahu Jawapan Permohonan Jawatan?


Surat balasan permohonan jawatan akan di balas ke alamat lengkap yang telah kamu nyatakan dalam borang permohonan itu tadi. Pastikan alamat yang diberikan betul dan sampai ke tangan. 

Borang Permohonan Kerja DBKK


Borang permohonan kerja DBKK boleh didapati di dan alamatkan atau serahan tangan ke;-

Pengarah,
Jabatan Pembangunan Sumber Manusia,
Tingkat 7, Bangunan Centre Point,
No. 1 Jalan Bandaran,
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu,
88675 KOTA KINABALU, SABAH

**Paling senang cari, di bawah boling dan panggung wayang growball tingkat 8.

Ok, Alhamdulillah. Selesai mengenai cara mohon kerja di DBKK daripada aku. Sekiranya kamu ada soalan untuk ditanya, ya boleh aja tinggalkan komen. InshaAllah aku akan cuba balas segera mana mungkin. InshaAllah.

Lots of Love here!

YatieOwner
The PT (P/O) N22 with Love.

46 comments

  1. elok laaa ni pada adik-adik yang tengah cari kerja tu kann...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Moga bermanfaat, moga dapat info yang betul untuk cara mohon kerja di DBKK. Kita ada prosidur. ;)

      Delete
  2. ray pun tengah usaha utk cari kerja ni

    ReplyDelete
  3. Satu perkongsian yg baik untuk mereka yg nak mohon kerja di Sabah tapi skg dah PKP...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kak fas. but still inshaAllah boleh membantu mereka yang ingin cuba mohon kerja di Dbkk ;)

      Delete
  4. Wow!!!!!!! Information yg menarik. Saya x dek terpikir lak nak kejer kat Sabah. Macam mana pun terima kasih krn share ya.

    ReplyDelete
  5. Semoga info ni dapat reach those yang mencari kerja dan pengalaman. Kalau bukan sekarang, manatau nanti kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup betul. as long ada info yang betul. semoga bermanfaat ;)

      Delete
  6. Tq for sharing...amat berguna pada anak2 yg tengah cari kerja, bole dapat info kt sini

    ReplyDelete
  7. Semoga dipermudahkan buat adik-adik yang mencari pekerjaan di sana.

    ReplyDelete
  8. semoga menjadi panduan buat orang muda yang sedang blur nak mintak kerja macam mana. entri yang sangat membantu

    ReplyDelete
  9. Entri mcm ni memang akan ada org cari. Sebelum tanya org boleh tanya pakcik gugel dulu kan. Good info utk cara mohon kerja di DBKK.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sis bella ;)
      betul. boleh google dulu sebelum mohon ;)

      Delete
  10. thanks for sharing. ramai yang sangat memerlukan kerja ketika ini

    ReplyDelete
  11. Panduan yang bagus untuk warga sabah ni. Mudah-mudahan sesiapa yang tengah mencari kerja tu akan ada rezeki kat DBKK

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaAllah. saya hanya mampu berkongsi info ;)

      Delete
  12. Bagus info dan panduan ni, sure ramai yang cari info sebegini, memudahkan anak2 muda mencari kerja.

    ReplyDelete
  13. kena share.
    ramai sana yg memerlukan keje :)
    good luck to those people.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, good luck. saya hanya mampu sharing the info :)

      Delete
  14. Panduan yg menarik utk yg mencari kerja kosong.. boleh la AM share dgn adik yg akan selesai praktikal nanti..

    ReplyDelete
  15. Thanks for the info, will share this to my frens who are looking for job

    ReplyDelete
  16. Info bagus ni, memana sekarang kalau nak cari kerja atau mohon mesti nak kena tau dan fahamkan dulu...thanks Tie for the info..

    ReplyDelete
  17. utk yg sedang mencari perkerjaan, perlu tahu cara2 untuk memohon...selalunya iklan2 di website akan dimaklumkan kn?

    ReplyDelete
  18. Info buat mereka yang nak mencari kerja khususnya di sini. Kalau iklan kerajaan ni selalunya akan dimasukkan di dalam suratkhabar juga.

    ReplyDelete
  19. Siapa yg mencari.keje area sana bolehlah rujuk di sini. Mmg mudah dan praktikal

    ReplyDelete
  20. good infor for anyone di sabah or looking a job at Sabah. thanks ya

    ReplyDelete
  21. Bagus bg info utk kemudahan irg2 sabah yg masih mencari keja, moga cara ni dpt membantu mereka

    ReplyDelete
  22. Thank you for sharing! Although I am from KL.
    Good luck to those who are looking for job :)

    ReplyDelete
  23. wah, yatie di sabah ye.
    aida tak pernah lagi ke sabah. teringin.
    in shaa Allah plan 2021 lah. moga covid ni berlalu pergi cepat2.
    elok la di di kongsi merata, yatie. now is musim nak keje tetap dan company yg reliable.
    ekonomi is not so good kan.

    ReplyDelete
  24. Permohonan masih gunakan borang lagi tu yang bagus sebab kalau kena isi online tu payah sikit sebab tak semua orang ada internet di rumah. Tapi itulah kan kurangnya kalau isi manual ni nak tunggu jawapan tu lama sikit sebab jawapan diberitahu melalui pos kan

    ReplyDelete
  25. Senang sekrg nak cari kerja. semua dihujung jari. Siap ade informasi mcm ni lagi.. Boleh share ni kot kawn sabah nak cari

    ReplyDelete
  26. Perkongsian gini insyaAllah akan membantu ramai, especially ramai yang baru habis pengajian kan. Takde la tercari-cari macam mana nak cari kerja kan. Tq besar pahala bantu orang kan

    ReplyDelete
  27. Alhamdulillah semoga ada peluang kerja bagi yang memerlukan diluar sana. Bagus juga ada step by step untuk memohon macam ni. Lagi mudah orang faham kan

    ReplyDelete

For coming and comment, thank u ya ♥ ;)

Thanks for Droping By! ;)

© Yatie Owner