MUST TRY: Brunei Satay House

| on
Monday, March 04, 2019
Assalalamualaikum fello. 

Last saturday kakak berkesempatan untuk buat food review dekat Brunei Satay House cawangan indah permai, diantara cawangan-cawangan mereka yang lain seperti Tuaran, Papar dan juga Beaufort. Menawarkan pelbagai hidangan masakan melayu brunei yang boleh dinikmati oleh semua orang.

BRUNEI SATAY HOUSE, INDAH PERMAI


Kakak berpeluang mencuba hidangan untuk makan tengahari seperti Nasi Kuning Ayam Madu, Nasi Butter Chicken BSH, Nasi Kambing Hitam Berapi, Nasi Ayam Penyet dan juga Sup Ikan Putih. Juga kakak berkesempatan mencuba sendiri makan Set Ambuyat mereka. Harga pun sangat berpatutan. 

Bukan kali pertama mencuba Ambuyat, dan kakak memang rekomenkan korang yang ingin mencuba masakan melayu brunei ini di BSH. Peminat Ambuyat, mesti terangkat punyalah ;D

 Set Ambuyat

 Nasi Kuning Ayam Madu
 
 Nasi Butter Chicken BSH

 
 Nasi Kambing Hitam Berapi
 
 Nasi Ayam Penyet

Sup Ikan Putih


Selain daripada hidangan untuk makan tengahari, makan malam juga disediakan. Malah, kakak sangat rekomenkan korang juga untuk mencuba Set Satay di Brunei Satay House, bertepatan dengan nama kedai BSH sendiri iaitu Brunei Satay House. 

Set Satay ni macam biasalah ada Nasi Impit, Kuah Kacang juga ada Kelupis dan Kochung. Set Fries pun ada. 

Set Satay Ayam dan Daging

 Kochung dan Kelupis, Kuah Kacang

Set Fries

Dah alang-alang mai singgah BSH kan, apa kata korang cuba juga aneka air minuman BSH seperti Abc Special, Bandung BSH, Blue Ocean, Milo Tabur Special, Thai Green Tea dan juga Choco BSH Smoothies. Rasa dulu baru komen. Boleh? ;)

 Pergh!

 Mini me dan juga Owner Brunei Satay House, Encik Ag Shahril Ag Ali.

Untuk Info Lanjut:
 
Telefon : 016 8435981
Facebook : https://m.facebook.com/bruneisatayhouse
Instagram : http://www.instagram.com/brunei_satayhouse
Website : http://www.bruneisatay.com/

 Terima kasih sudi menjemput saya 
dan rakan blogger Komuniti Sabahan Blogger yang lain ;)

YatieOwner
6 comments on "MUST TRY: Brunei Satay House"
  1. Oh nice! overall food nampak best tapi yg minuman2 dia mmg over the top sbb siap ada choc rice lagi. hehe mcm mau singgah sana beli kelupis ni.

    Myra | The Grey Lines Between

    ReplyDelete
  2. Salam kenal Yatie..

    Meriah sungguh makanan yang disediakan di Brunei Satay House. Bukan senang dapat rasa makanan asli dari Brunei..

    ReplyDelete
  3. sadappppp dan mau repeat lagi. tp belum ada masa mau pg sana, jauh bah. ndatau yg di papar ni sama ka nda menu drg

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada di kk jak babe, hari-hari pun boleh ambuyat ni :D

      Delete

terima kasih komen ❤

Custom Post Signature

Custom Post  Signature