Lebih daripada 40 kanak-kanak berumur antara 6 hingga 18 tahun dari rumah kebajikan Care For The Future, Kota Kinabalu, Care Haven, Papar dan Good Sheperd Kiulu menghadiri Perayaan Hari Krismas anjuran Hyatt Regency Kinabalu. Majlis tahunan untuk meraikan Krismas bersama kanak-kanak tersebut dihadiri oleh kakitangan dari pelbagai jabatan di Hyatt Regency Kinabalu, Sabah Tourism Board, rakan-rakan media dan juga Pengurus Besar Hotel berserta kakitangan eksekutif. Semua yang hadir terlibat sama dalam program yang penuh keceriaan.

Hyatt Regency Kinabalu Raikan Krismas Bersama Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik

Majlis yang bermula jam 10 pagi hingga 2 petang tersebut diadakan di Kimanis Ballroom, Hyatt Regency Kinabalu. Pelbagai acara menarik disediakan oleh kakitangan hotel, antaranya, Boling Kelapa, Dart, mewarna dan menghias 'Gingerbread Man'. Semua yang hadir dijemput menikmati makan tengahari ala-buffet yang bertemakan perayaan Krismas sambil dihiburkan oleh koir Sabah Tourism Board yang mendendangkan lagu-lagu Krismas.
Hyatt Regency Kinabalu Raikan Krismas Bersama Kanak-Kanak Kurang Bernasib BaikHyatt Regency Kinabalu Raikan Krismas Bersama Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik
Hyatt Regency Kinabalu Raikan Krismas Bersama Kanak-Kanak Kurang Bernasib BaikHyatt Regency Kinabalu Raikan Krismas Bersama Kanak-Kanak Kurang Bernasib BaikHyatt Regency Kinabalu Raikan Krismas Bersama Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik

Selama tiga tahun berturut-turut, pada setiap perayaan Krismas, akan menyenaraikan nama setiap kanak-kanak dari rumah kebajikan untuk para tetamu dan kakitangan hotel memilih dan menyumbangkan hadiah Krismas. Hadiah-hadiah tersebut disampaikan kepada kanak-kanak tersebut dalam acara hari ini.

Hyatt Regency Kinabalu Raikan Krismas Bersama Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik
Hyatt Regency Kinabalu Raikan Krismas Bersama Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik

"Kami sangat-sangat bersyukur dan berterima kasih kepada para tetamu dan kakitangan hotel yang telah memberikan sumbangan untuk menjayakan program hari ini, " kata Pembantu Pengurus MARCOM, Ervina Masduki.

Hyatt Regency Kinabalu Raikan Krismas Bersama Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik

Pengurus Besar Hyatt Regency Kinabalu, Thor Gervasi, berkata bahawa acara seumpama ini adalah sebahagian dari tanggungjawab Hyatt menerusi program 'Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)' untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik.

Hyatt Regency Kinabalu Raikan Krismas Bersama Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik
Hyatt Regency Kinabalu Raikan Krismas Bersama Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik
Hyatt Regency Kinabalu Raikan Krismas Bersama Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik

"Saya berharap inisiatif seperti dalam program hari ini akan berterusan pada tahun-tahun yang berikutnya. Kami sentiasa ingin menggembirakan dan meraikan kanak-kanak dalam program seperti pada hari ini. Saya gembira kerana saban tahun, setiap nama kanak-kanak yang tersenarai dipilih oleh para tetamu dan kakitangan hotel. Pemberian yang tidak seberapa tetapi ikhlas dan besar ertinya ini menunjukkan bahawa kita semua mengambil berat dan ingat pada mereka terutamanya pada setiap kali musim perayaan," kata Thor Gervasi.

GALLERY

Hyatt Regency Kinabalu Raikan Krismas Bersama Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik
Hyatt Regency Kinabalu Raikan Krismas Bersama Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik
Hyatt Regency Kinabalu Raikan Krismas Bersama Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik

Terima kasih Hyatt Regency Kinabalu untuk jemputan Sabahan Blogger bagi bersama-sama memeriahkan majlis pada hari ini. Terima kasih :)

YatieOwner
SHARE 0 comments

Add your comment

For coming and comment, thank u ♥ ;)

© Yatie Owner · THEME BY WATDESIGNEXPRESS