Hidangan Buffet Buka Puasa bertemakan ‘Selera Kampung’ di Restoran Tepi Laut Makan Street, Shangri-La Rasa Ria Resort & Spa Kota Kinabalu

| on
Monday, May 28, 2018
Assalamualaikum fellas! Restoran Tepi Laut di Shangri-La Rasa Ria Resort & Spa buat julung kalinya menawarkan hidangan buffet untuk buka puasa yang begitu memuaskan hati buat para pelanggan. Resort bertaraf 5 bintang yang terletak di Pantai Dalit Tuaran ini bakal memberikan pilihan yang lebih baik untuk mereka yang mencari hidangan buffet berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan. Hidangan buffet buka puasa tahun ini bertemakan ‘Selera Kampung’.

Hidangan Buffet Buka Puasa bertemakan ‘Selera Kampung’ di Restoran Tepi Laut Makan Street, Shangri-La Rasa Ria Resort & Spa Kota Kinabalu
 Restoran Tepi Laut Makan Street

Restoran Tepi Laut Makan Street ini terletak berhampiran dengan kolam renang dan pantai lantas memberikan suasana damai semasa menikmati juadah yabg disediakan dalam buffet buka puasa. Konsep restoran ini mengimbau nostalgia gerai makan jalanan dan jajaran restoran dalam bangunan rumah kedai. Khusus untuk buffet buka puasa, setiap gerai dalam restoran ini menghidangkan sajian khusus dari serata Asia.
Hidangan Buffet Buka Puasa bertemakan ‘Selera Kampung’ di Restoran Tepi Laut Makan Street, Shangri-La Rasa Ria Resort & Spa Kota Kinabalu
 Gerai Curry House

Gerai ‘Curry House’ misalnya menghidangkan makanan berasaskan kari misalnya Kari Ikan, Ayam Goreng Berempah, Rendang Kambing dan sebagainya. Gerai-gerai lain yang ada di Restoran Tepi Laut ini adalah ‘Sabah Vegetables’, ‘Asian Grill’,’Roti House’ dan juga ‘Noodle & Chinese BBQ’. Para pelanggan adalah bebas untuk memilih gerai dan jenis hidangan yang mereka inginkan.

Hidangan Buffet Buka Puasa bertemakan ‘Selera Kampung’ di Restoran Tepi Laut Makan Street, Shangri-La Rasa Ria Resort & Spa Kota Kinabalu
 Kambing Bakar

Hidangan yang menjadi perhatian para pelanggan adalah Kambing Bakar yang dihidangkan bersama dengan sos cendawan dan lada hitam. Aroma Kambing Bakar yang dimasak sempurna sesungguhnya menggamit selera para pelanggan apatah lagi di saat-saat menjelangnya waktu untuk berbuka puasa. Tidak hairanlah jika terdapat barisan panjang untuk mendapatkan hidangan istimeswa ini. Antara hidangan lain yang terdapat di gerai ini adalah Ayam Pansoh, Ayam Percik serta Ikan Bakar.
Hidangan Buffet Buka Puasa bertemakan ‘Selera Kampung’ di Restoran Tepi Laut Makan Street, Shangri-La Rasa Ria Resort & Spa Kota Kinabalu
 Ikan Bakar

Kami difahamkan bahawa Ikan Bakar ini disediakan oleh Chef De Cuisine, Roslan Adnan yang turut menghidangkan resepi rahsia keluarganya seperti Sambal Kelapa dan sebagainya. Pegawai Eksekutif Komunikasi, Charlene Tan menjelaskan bahawa setiap hidangan dalam buffet buka puasa ini diberikan kawalan kualiti yang tinggi untuk menjamin kepuasan para pelanggan. Menurut Charlene Tan, hidangan sate yang pelbagai juga disediakan seperti Sate Ayam, Daging dan Kambing.

Hidangan Buffet Buka Puasa bertemakan ‘Selera Kampung’ di Restoran Tepi Laut Makan Street, Shangri-La Rasa Ria Resort & Spa Kota Kinabalu
Hidangan manisan yang pelbagai

Hidangan manisan yang pelbagai seperti kuih-muih tradisional Melayu sehinggalah sajian pencuci mulut anarabangsa juga disediakan. Tidak ketinggalan adalah pilihan jenis aiskrim serta minuman yang pelbagai jenis. Hidangan buffet Buka Puasa ‘Selera Kampung’ ini ditawarkan pada harga yang berpatutan iaitu RM158 untuk dewasa dan RM50 untuk kanak-kanak (6-12 tahun). Sehingga 321 Mei 2018, pelanggan yang membeli 3 tiket akan mendapat 2 tiket percuma! Hubungi pihak resort untuk sebarang pertanyaan dan tempahan di talian 088-797855 (9 Pagi-7 Malam).

(Hidangan buffet buka puasa di Restoran Tepi Laut Makan Street Shangri-La Rasa Ria Resort Kota Kinabalu ini berlangsung dari 15 Mei 2018 sehingga 14 Jun 2018).

Oleh ahli Sabahan Bloggers: (Jun-Zie, Mia Kassim, Lan, Joehairie, Yatie dan Lezaara)
YatieOwner
3 comments on "Hidangan Buffet Buka Puasa bertemakan ‘Selera Kampung’ di Restoran Tepi Laut Makan Street, Shangri-La Rasa Ria Resort & Spa Kota Kinabalu"
  1. Those who are searching over internet IT assignment help can contact with us now. We are the best assignment writing service provider in melbourne, Australia. Our Academic assignment writers available 24*7 hours for the students, if you really want to need IT assignment help, java assignment help, programming assignment help, r programming assignment help, Computer science assignment help online at cheapest price and get high distinction grades.

    ReplyDelete
  2. I find this blog quite informative because of the fact I too agree with the information that students feel quite burdened with complex programming techniques which many students fears of. My Assignment Services drives their hesitation away by effectively delivering high quality Java Programming assignment help to students. We assist you by delivering high quality academic solutions by the means of our experts who carefully draft 100% original assignments on the time. We also deliver Java assignment help to students by consistently following the requirements and marking rubric. We have more than 2000 professional experts to assist you in all types of academic related worries. Our HTML assignment help experts ensure you get past through these complex assignments by providing 24x7 assistance. You just need to follow the link to our online order form where you give your requirements and our Java Programming assignment help experts will get in touch with you and start preparing the desired assignments. If you come across any doubts, My Assignment Services will always be there for you.

    ReplyDelete

terima kasih komen ❤

Custom Post Signature

Custom Post  Signature