Repost | TIPS MENINGKATKAN PENDAPATAN BLOG DENGAN NUFFNANG!

21 October 2014

hi korang. I respostkan semula tips nuffnang yang pernah i kongsikan sebelum ini. Gatal tangan punya pasal, tips ni terdelete pula. Nasib sempat diselamatkan sikit.  Harap-harap tips ini dapat membantu korang dan yang tertanya-tanya bagaimana untuk menjana pendapatan sampingan dengan hanya menggunakan blog. InshaAllah.

Repost | TIPS MENINGKATKAN PENDAPATAN BLOG DENGAN NUFFNANG!
 

Tips Meningkatkan Pendapatan Blog dengan Nuffnang!

WEDNESDAY, JUNE 25, 2014

Hi ♥

Kat sini i nak kongsikan sedikit Tips Meningkatkan Pendapatan Blog kita dari Nuffnang. Nanti bolehlah kita mencuba bersama ya :-)

Persoalannya:

1. Bagaimanakah caranya?
2. Apakah yang perlu kita lakukan?

Sebelum itu, PENTING untuk korang tahu, Nuffnang akan mengambil masa selama 21 hari untuk memastikan blog kita layak menerima iklan atau tidak, selepas kita selesai memasang unit iklan yang mereka berikan. Jadi, jangan risau tau jika selepas korang mendaftar blog korang di akaun Nuffnang, iklan pula tak keluar-keluar kat blog.

Itu cuma sementara tau. Selepas itu, blog kita akan diserahhakkan kempen, mean jika kita layak menerima sesuatu kempen, kita akan menerima email tentang info kempen tersebut daripada Ad Operations Nuffnang!, dan jika korang tidak berhasrat untuk turut serta untuk mengambil bahagian dalam kempen yang telah diberikan, korang boleh email ahli Ad Ops Nuffnang untuk menarik diri daripada kempen tersebut. Senang je kan ♥

Ok! Berbalik dengan Persoalan tadi, Berikut adalah tips daripada Nuffnang yang i boleh kongsikan bersama dengan korang!

1. Tingkatkan trafik blog!

Nuffnang mencadangkan minimum 20 views setiap hari. Kita juga boleh mensasarkan untuk mencapai 100 views setiap hari jika trafik blog kita melebihi 20 views setiap hari. Nak dapatkan trafik ni, sangatlah senang! BLOGWALKING paling senang ;)

2. Susun atur blog agar dapat memberikan ruang untuk unit iklan Nuffnang!

Nuffnang mempunyai 3 jenis unit iklan tau. Kalau boleh letak ketiga-tiganya sekali dalam blog, iaitu leaderboard, skyscraper, dan large rectangular.

Nak tahu letak code dengan betul, boleh klik sini juga : Bintang Kuning Nuffnang Ku!

Kebanyakan pengiklan pula akan memilih unit iklanleaderboard dan skyscraper, oleh itu Nuffnang mencadangkan supaya kita, kena pastikan blog kita mempunyai ruang untuk unit tersebut. Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan saiz and penempatan unit iklan dalam blog kita, sila log masuk ke Nuffnang dan klik "Add ads".

3. Pastikan Nuffnang mengetahui apa jenis blog kita!

Soalan kajian! Bahagian ini adalah sangat wajib untuk newbie yang baharu mendaftar dengan Nuffnang, sangat penting untuk dijawap ok. Ini agar dan membolehkan Nuffnang mencari blog yang sesuai untuk kempen iklan yang sedang mereka jalankan. Dengan itu, bolehlah kita menjana pendapatan sampingan dengan mudah!

4. Memahami pembaca blog kita.

Dengan memahami pilihan pembaca blog kita, kita boleh mengetahui bagaimanakah pembaca blog kita akan bertindak terhadap iklan dan jenama yang ada pada unit iklan blog kita.

Iklan Nuffnang adalah disasar kepada kategori atau golongan yang berkenaan. Justeru itu, pilih kategori yang sesuai untuk blog kita, bukan sahaja akan membolehkan Nuffnang untuk memperuntukkan iklan yang sesuai kepada blog kita, malahan dapat menambah pendapatan blog kita.

5. Pengiklanan banner Nuffnang.

Nuffnang akan memapar iklan di unit iklan yang ada pada blog yang telah berdaftar dengan Nuffnang tau.

Unit-unit iklan tersebut pula membolehkan Nuffnang mengukur trafik blog kita, dan pada masa yang sama dapat mengiklankan di blog kita.

Dengan cara ini, kita akan mendapat pendapatan. Walaupun kita hanya dikehendaki meletak salah satu unit iklan di blog kita, tetapi lebih banyak unit iklan yang kita letak, semakin tinggi peluang blog kita akan dipilih untuk kempen iklan yang berkenaan, dan bolehlah kita memperolehi pendapatan sampingan!

Macam mana? Mudah bukan? lepas ni yang newbie tu, kenalah rajin-rajin blogwalking untuk tingkatkan trafik blog korang tau. Tinggalkan je jejak korang kat kotak-kotak komen para blogger, dan juga tinggalkan jejak korang dekat shoutmix depa. Senang je kan ;)

Toodles!

2 comments

  1. Hmph! Patutlah lama nuffnang nak balas email! Ingatkan dah merajuk! :D

    ReplyDelete
  2. Hmph! Patutlah lama nuffnang nak balas email! Ingatkan dah merajuk! :D

    ReplyDelete

For coming and comment, thank u ya ♥ ;)

Thanks for Droping By! ;)

© Yatie Owner