24 June 2014

22 June 2014

Attending Mesyuarat Agung Tahunan Ke-39 KOPEKS!

Hi.

Update untuk hari ini, pagi tadi aku pegi attend Mesyuarat Agung Tahunan Ke-39 Kopeks! Tak sangka persatuan ni sebenarnya da lama wujud. Kiranya, aku masuk kerja, baru aku tahu persatuan ni wujud. Kalau tak buat pinjaman peribadi kat sana, memang sah-sahlah kot tak tahu sebenarnya. Hihi.


Gambar-gambar yang sempat aku ambik selepas buang Undi.

Selain mesyuarat, pemilihan anggota lembaga koperasi juga diadakan. Setiap anggota koperasi diwajibkan mengundi untuk 5 calon sekaligus bagi 1 kertas undi. Senang ceritalah kan ;) after daftar kat kaunter pendaftaran untuk mendapatkan tiket saluran mengundi, plus tiket makan, plus tiket tunai, aku cepat-cepat pi buang undi! Nampak tak sesak kat situ. Huhu. Nasiblah ada pakcik pengawal yang mengawal keadaan. Terima kasih pakcik!

Da mengundi, jom pi makan! Makan aku tak sempat nak ambik gambar. Sangat sesak! Nasiblah en. Suami sanggup nak mai menemani sama. Bayangkan nak buang undi pun sesak dan menyeksakan, kat dewan makan lagilah sungguh. Huhu.

Da makan! Jom pi cari orang yang nak tukar tiket tunai tadi ke duit tunai pula! Muahaha. Syukur alhamdulillah! Jangan tak tahu, aku pegi mengundi ni, dibayar okey! Rm150.00 tau. Ar, sapa nak kasi kan?? Hehe. Bolehlah buat topup kedit ke aper kan ;)

Ok! Tu je la story aku hari ni :D terpanjang pula. Hehe.

Toodles!

20 June 2014

Tutorial | Letak Button Dashboard di Blog

Hi.

Tutorial letak button dashboard ni memang satu benda yang selalu di google oleh para blogger yang suka sangat edit blog depa. benda ni senang sahaja sebenarnya, jika tahu apa yang kita cari. Dulu, aku pun terkial-kial cari benda ni. Ye lah, kali pertama kan. Bila cuba google dan google, bertanya dekat para blogger, benda menjadi senang dan mudah. Sebenarnya cara letak button ni memang mudah. Aku share info dari blogger femes lyssasecret untuk korang cuba benda ni sama ok. Serius, senang sahaja :)

  1. Log in > Dashboard > Design > Add Gadget > Html/JavaScript
  2. Paste kod di bawah ini , di ruangan Html tadi tu..
    <div style="display:scroll; position:fixed; top:5px; right:2px;"><a class="linkopacity" href="http://blogger.com/home" target="_blank" rel="nofollow" title="Dashboard !" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img border="0" src="http://assets.tumblr.com/images/iframe_dashboard_alpha.png?6" /></a></div>
Siap dan SAVE. Mudah je kan? :) selamat mencuba!

Toodles! Yatie