Menangi Pelbagai Hadiah Menarik dan Promosi dari YOODO Sepanjang Bulan Disember

12 December 2020

Assalamualaikum fellas! Last week berkesempatan to join Yoodo x Sabahan Bloggers meeting. Its my pleasure to meet and greet, to know lebih lanjut mengenai Yoodo from Chow Tuck Mun, Head of Yoodo, since i ada baca sedikit sebanyak tentang Yoodo dekat youtube juga sebenarnya. Ok let me sharing sedikit mengenai Yoodo dan ya, this month sahaja, Yoodo ada buat DUA kempen.
 
Apa itu Yoodo?
Thanks for the goodies, Yoodo.
 
Yoodo adalah perkhidmatan plan data internet mudah alih ubah suai sepenuhnya dan 100% digital pertama di Malaysia! serius kot. Selain itu, sepanjang disember ini sahaja, Yoodo telah melancarkan beberapa siri promosi dan peraduan bagi meraikan penghujung tahun 2020.

Apa itu Yoodo?

KEMPEN YOODO


Ok about the kempen, which is ada dua kempen berasingan sepanjang bulan disember ini. Satu untuk pengguna baharu dan satu lagi untuk pengguna Yoodo sedia ada, both berpeluang untuk mendapat ganjaran dan hadiah yang menarik.

“2020 merupakan tahun yang sukar bagi kebanyakan masyarakat, tetapi Yoodo ingin menawarkan sebanyak mungkin hadiah kepada pengguna kami,” kata Chow Tuck Mun, Ketua Yoodo. “Untuk mengakhiri tahun ini, kami ingin menyebarkan keceriaan dan menzahirkan rasa syukur - kepada petugas-petugas barisan hadapan dan pengguna setia kami.”


Apa itu Yoodo?

HO! HO! HOLIDAY GIVEAWAY


Yoodo memulakan musim perayaan dengan kempen Ho! Ho! Holiday Giveaway yang akan memberikan ganjaran kepada pengguna Yoodo sedia ada dengan pelbagai hadiah sepanjang bulan ini. Hadiah-hadiah tersebut terdiri daripada Apple iPhone 12 Pro, Samsung Galaxy S20 Plus, Apple AirPods Pro, dan in-game Diamonds permainan Mobile Legends: Bang Bang. Hebat bukan?

Bagi korang yang ingin mendapatkan hadiah-hadiah ini, korang hanya yang perlu menepati syarat yang telah ditetapkan mengikut kategori, seperti berbelanja sebanyak RM50 dan ke atas dalam satu transaksi atau membeli 7GB data Booster. Pemenang bertuah akan dipilih untuk menerima hadiah-hadiah istimewa ini. Kempen ini akan berakhir pada 31 Disember 2020.

Nota: Untuk maklumat lanjut mengenai hadiah dan cara untuk memenanginya, sila rujuk kepada jadual di bahagian lampiran

Apa itu Yoodo?

RAIKAN WIRA-WIRA KITA


Selain daripada itu, antara 07 hingga 31 Disember ini, Yoodo juga ingin memberi penghargaan kepada petugas-petugas barisan hadapan melalui inisiatif Raikan Wira-wira Kita.

Inisiatif ini khas untuk 500 petugas barisan hadapan pertama yang melanggan Yoodo, dan mereka akan menikmati kredit Boost sebanyak RM30 dengan percuma yang boleh digunakan untuk membayar pelan Yoodo mereka.

Melalui kempen Raikan Wira-wira Kita, Yoodo akan memastikan petugas-petugas barisan hadapan kita sentiasa dapat berhubung dengan orang tersayang – terutamanya mereka yang masih bertugas dan jauh daripada rumah.

Jelas Tuck Mun, Yoodo benar-benar berterima kasih atas usaha gigih petugas-petugas barisan hadapan sama ada mereka pakar perubatan, polis atau penghantar makanan, yang berani menanggung risiko virus tersebut untuk melindungi masyarakat dan memastikan kehidupan harian tidak terganggu. “Inisiatif Raikan Wira-Wira Kita adalah penghargaan ikhlas kami kepada mereka ke atas segala yang telah mereka lakukan sejak bermulanya pandemik ini,” katanya.

YOODO - DOUBLE SPECIAL


Ganjaran-ganjaran istimewa ini menambahkan lagi kemeriahan bulan Disember selepas pengumuman promosi terbaharu Yoodo - Double Special. Untuk masa yang terhad, pengguna-pengguna boleh menikmati kuota data berkelajuan tinggi dua kali ganda tanpa kos tambahan.

Dengan promosi baharu ini, pengguna boleh mendapat gabungan (termasuk tambahan data aplikasi) 50GB data pada harga RM35, 70GB pada harga RM55, di bawah pelan yang disyorkan. Seperti biasa, mereka juga boleh mengubahsuai dan memilih kombinasi pelan mereka tersendiri untuk memenuhi keperluan peribadi masing-masing.

Pengguna Yoodo hanya perlu memilih dari senarai pelan data yang sudah digandakan di aplikasi apabila mereka mendaftar dan menyesuaikan pelan mereka.

Untuk maklumat lanjut mengenai Ho! Ho! Holiday Giveaway, Inisiatif Raikan Wira-Wira Kita dan promosi Double Special, anda boleh layari www.yoodo.com.my

MENGENAI YOODO


Yoodo merupakan perkhidmatan mudah alih digital bebas yang dimiliki dan dikendalikan oleh Celcom Axiata Berhad. Dilancarkan pada Januari 2018, menawarkan perkhidmatan mudah alih yang pertama di negara ini, dan boleh disesuaikan dengan ketelusan, fleksibiliti dan kemudahan pelanggan yang lengkap.

Untuk maklumat lanjut mengenai Yoodo, layari yoodo.com.my atau yoodoMY di laman sosial Facebook, Instagram, YouTube dan Twitter atau dapatkan maklumat terkini esukan dengan mengikuti @yoodoesports di Facebook.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
 

Dave Prem

dave@truth.my

+6010-366 1216

Charu

charu@truth.my

+6017-299 8615

Anita Hadi

PR@yoodo.com.my

+6019-249 4254


LAMPIRAN

Senarai hadiah Ho! Ho! Holiday Giveaway:

 

Hadiah

Kuantiti

Bagaimana untuk menang

Apple iPhone 12 Pro

2

Belanja RM80 dan ke atas dalam satu transaksi

Samsung Galaxy S20 Pro

2

Belanja RM50 dan ke atas dalam satu transaksi

Apple AirPods Pro

3

Langgan mana-mana pelan tanpa had

1,500 MLBB Diamonds

3

Langgan data asas 5GB + MLBB tambahan

Kredit Boost RM100

3

Pembelian data booster 7GB

Power Bank Pineng

3

Langgan 2 kali Power Pass 3 jam 

 
Lots of Love Here!
YatieOwner

4 comments

For coming and comment, thank u ♥ ;)

Thanks for Droping By! ;)

© Yatie Owner