SHOPEE MALAYSIA: Kisah Veveonah Mosibin Yang Menarik Perhatian Shopee

16 July 2020

Kisah Veveonah Mosibin yang bermalaman di atas pokok demi mendapatkan akses internet yang lebih baik untuk menjawab peperiksaan atas talian, telah menarik perhatian Shopee. Platform e-dagang tersebut melalui Shopee Sabah telah menghantar sebuah pasukan ke Kg Sapatalang, Pitas, bagi mengunjungi pelajar berusia 18 tahun itu dan memberikannya sebuah Shopee Care Package.

KEMPEN SAPOT LOKAL BAH!


Veveonah Mosibin Shopee Sabah

Veveonah Mosibin (tengah) dan kedua orang tuanya kelihatan gembira apabila menerima sumbangan care pakage dari team Shopee di kampungnya Kampung Sapatalang Pitas, Sabah.

Veveonah Mosibin Shopee Sabah

Setelah mendengar kisahnya, Shopee menghubungi Veveonah untuk lebih memahami keperluannya. Platform e-dagang itu kemudian menyediakan sebuah kit yang terdiri daripada komputer riba, telefon pintar, beg galas, pembesar suara Bluetooth tanpa wayar, fon kepala, powerbank dan jam pintar bagi membantu Veveonah dalam pendidikannya. Peruncit Shopee Mall, N4 Camera Store, yang mengetahui tentang minat Veveonah dalam pembuatan video YouTube juga menghulurkan tajaan tripod dan lampu cincin untuk memberi sokongan kepada hobi beliau.

Ketika ditemui di kampungnya di Pitas, Veveonah meluahkan rasa gembira menerima Shopee Care Package itu.

Veveonah Mosibin Shopee Sabah
“Komputer riba ini amat berguna kerana komputer riba lama saya telah rosak. Dengan gajet baharu ini, saya boleh menggunakannya ketika belajar dan juga untuk merakam video dengan kualiti yang lebih baik. Selama ini, saya mengedit video menggunakan telefon bimbit yang mengambil masa yang lama untuk disiapkan,” kata Veveonah.
Meskipun cita-citanya adalah untuk menjadi seorang pensyarah, Veveonah berkongsi bahawa dirinya akan meneruskan usaha untuk menjadi seorang YouTuber dan content creator demi menyebarkan sikap positif kepada komuniti dan juga penonton. “Selain vlogging, saya juga berminat dalam penstriman langsunge-sukan. Dengan komputer riba yang diberi, saya kini boleh mendalami penstriman permainan seperti Counter-Strike, Dotadan Warcraft III.”

KEMPEN SHOPEE SAPOT LOKAL BAH! 16 HINGGA 18 JULAI 2020

 
Memahami bahawa cabaran yang dihadapi Veveonah mungkin dialami oleh ramai belia yang lain, Shopee juga telah mencipta kempen Shopee Sapot Lokal Bah! dari 16 hingga 18 Julai khas untuk semua warga Sabah. Kempen ini akan menampilkan produk daripada penjual Sabah dan juga S-Mart Sabah secara eksklusif dengan baucar menarik untuk barangan keperluan rumah, barangan fesyen, gajet dan banyak lagi bagi mempamerkan tawaran oleh Negeri di Bawah Bayu kepada rakyat Malaysia. Pengguna boleh mengetahui lebih lanjut mengenai kempen ini dengan melayari https://shopee.com.my/sapot-lokal .

Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau, Shopee berkata, “Kisah Veveonah, bersama dengan semangat dan kesungguhannya, memberi inspirasi kepada kita semua di sini di Shopee untuk tidak menggunakan sesuatu halangan sebagai alasan. Dia mengingatkan kita bahawa kita harus tetap bersifat tangkas dan menyesuaikan diri dengan apa jua keadaan pun. Perjalanan Veveonah adalah kisah menarik untuk dikongsi dengan generasi akan datang. Kami mengucapkan selamat maju jaya untuk perjalanan Veveonah.”

Lots of Love here!
YatieOwner

Post a Comment

Hallo kamu ;)

For coming and comment, thank u ya ♥ ;)

Thanks for Droping By! ;)

© Yatie Owner