Assalamualaikum fellas. Pasti ada yang sudah mengetahui bila tarikh pembayaran Bantuan Pembayaran BPN akan dibuat kan? Kiranya i orang paling lambat tahu lah kan. Ok, i kongsi kan lagi semula, berita baik untuk semua rakyat Malaysia, dimana tarikh pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Fasa 1 atau pertama secara berperingkat akan mula di bayar pada 06 April 2020 (Isnin).
Tarikh Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Fasa 1
Pembayaran BPN Fasa 1 (Pertama)
Tempoh Pembayaran Fasa 1, Pertama ini akan bermula 06 April 2020 sehingga 12 April 2020.
Ringkasan Pembayaran BPN pada April:
RM1000 untuk B40 (Isi Rumah RM4,000 ke Bawah)
RM500 untuk B40 (Bujang RM2,000 ke Bawah)
Pembayaran akan dibuat terus masuk ke akaun bank anda yang telah di daftarkan di bawah pangkalan data Bantuan Sara Hidup (BSH) dan data percukaian LHDNM
Rayuan Permohonan BPN:
Tarikh semakan permohonan baharu BPN dan juga rayuan dibuka pada 01 - 30 April 2020, ini bagi memastikan BPN sampai kepada mereka yang benar-benar layak.
Tarik pembayaran untuk Permohonan baharu BPN dan RAYUAN BPN yang di LULUSKAN akan dibuat pada bulan Mei 2020.
Penerima BPN Tidak Mempunyai AKAUN BANK
Bagi penerima BPN yang tidak mempunyai Akaun Bank, BPN akan dibuat secara TUNAI selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan.
Penerima BPN PENDALAMAN Tidak Mempunyai AKAUN BANK
Bagi penerima BPN yang tidak mempunyai Akaun Bank, BPN akan dibayar sekaligus dengan bayaran BSH 2020 Fasa 3.
Jadual Pembayaran BPN yang layak adalah seperti dalam lampiran di bawah
InshaAllah, ini adalah bantuan yang amat kita patut syukuri disaat-saat Negara kita yang hampir lumpuh dek kerana Covid19 yang belum ada tanda pengurangan pada kes kematian. I doakan semoga Negara kita akan mampu bertahan untuk melawan virus yang ada ini, dan i beg U Rakyat Malaysia, tolonglah dengar cakap DUDUK RUMAH.
Semoga bermanfaat.
Love,
YatieOwner!
trima kash kerajaann..
ReplyDeleteBersyukurlah sesiapa yang dapat bantuan Kerajaan ini, jika terlepas buat rayuan pasti ada habuan utk semua. Ini ada lah hikmah di sebalik kejadian.Tk lah pada Kerajaan tanpa mengira soal politik.
ReplyDeleteSeronoknya mereka yang dah dapat bantuan.
ReplyDeleteKita belum apply lagi. Hari-hari busy dengan jualan cod. Hehe
In shaa Allah nak isi juga. Mana tahu ada rezeki kan.
Terima kasih share info yg sangat lengkap. Baru faham & tahu bila tarikh pembayarannya.
ReplyDeleteinfo yang bermanfaat untuk semua. thanks share. yang dapat duit bpn jangan boros pulak haha
ReplyDeleteAlhamdulillah dapat BPN. Sebelum ni brim tak pernah dapat..lega sikit ada bantuan ni.
ReplyDeleteThank you sharing ni. Check Marina n husband punya tkde rekod. Walaupon Marina bayar cukai. So kena buat permohonan baru
ReplyDeletealhamdulilah..tq kerajaan baru
ReplyDeleterisau pulak dengar pengumuman bila dorang nak bagi saat banyak pulak kes scammer dia perbankan internet. seram~
ReplyDeletex dpt nak apply pun lg sobs
ReplyDeletelengkap dan padat penerangannya... bolehlah mereka yang layak, check dan buat permohonan sekiranya perlu... harapnya takde yang fall to scammers sebab sekarang ni pun rancak je depa SMS macam-macam info...
ReplyDeleteTahniah pada yang layak dan telah diluluskan. Harap2 dapatlah ketangan yg memerlukan, bukan scammer. Sis tak apply lagi pun, belum ada kesempatan
ReplyDeletebpn ni buat semua rakyat happy.
ReplyDeleteia menuju ke semua lapisan rakyat yg layak.
terkejut jugak semlm bila salah sorang ofismet aida layak.
kami2 ni tak layak. sipi2 je mcm layak tapi tak :(
ada sebab dia layak dpt bpn rupanya, yatie. rezeki Allah, kan... tak pernah salah alamat.
Alhamdulillah. Hari ni dah mula pembayaran BPN. Mesti ramai tak sabar nak belanja duit tu beli barangan dapur kan. Satu inisiatif yang bagus kerajaan lakukan untuk memastikan ekonomi negara terus berkembang
ReplyDeleteAlhamdulilah, pembayaran yang lebih awal kerajaan beri...mudah-mudahan mereka yang telah layak mendapatkannya, dapat menggunakannya sebaik mungkin di kala PKP ni..takut hrni sesak aje ATM tu kan...
ReplyDeleteAlhamdulillah Seronoknya alahai korang dapat bantuan..huhu kite mampu tengok je le :)
ReplyDeleteSemoga penerima2 dpt manfaatkan bantuan sebaiknya dan hemah berbelanja
ReplyDeletethanks share info ni.. baru terperinci sikit baca nak baca .. alhamdulillah kerajaan dapat berikan bantuan kepada kita .. sedikit sebanyak dpt membantu ringan kan beban..
ReplyDeleteWah.. Lega rasanya bila pada saat diperlukan kerajaan dapat bantu meringankankan beban rakyat yang memerlukan
ReplyDeleteWah.. Lega rasanya bila pada saat diperlukan kerajaan dapat bantu meringankankan beban rakyat yang memerlukan
ReplyDelete