Tarikh Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Fasa 1

in , , by YatieOwner, Sunday, April 05, 2020
Assalamualaikum fellas. Pasti ada yang sudah mengetahui bila tarikh pembayaran Bantuan Pembayaran BPN akan dibuat kan? Kiranya i orang paling lambat tahu lah kan. Ok, i kongsi kan lagi semula, berita baik untuk semua rakyat Malaysia, dimana tarikh pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Fasa 1 atau pertama secara berperingkat akan mula di bayar pada 06 April 2020 (Isnin). 


Tarikh Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Fasa 1


Pembayaran BPN Fasa 1 (Pertama)


Tempoh Pembayaran Fasa 1, Pertama ini akan bermula 06 April 2020 sehingga 12 April 2020. 

Ringkasan Pembayaran BPN pada April:  


RM1000 untuk B40 (Isi Rumah RM4,000 ke Bawah)
RM500 untuk B40 (Bujang RM2,000 ke Bawah)

Pembayaran akan dibuat terus masuk ke akaun bank anda yang telah di daftarkan di bawah pangkalan data Bantuan Sara Hidup (BSH) dan data percukaian LHDNM

Rayuan Permohonan BPN:


Tarikh semakan permohonan baharu BPN dan juga rayuan dibuka pada 01 - 30 April 2020, ini bagi memastikan BPN sampai kepada mereka yang benar-benar layak. 

Tarik pembayaran untuk Permohonan baharu BPN dan RAYUAN BPN yang di LULUSKAN akan dibuat pada bulan Mei 2020.

Penerima BPN Tidak Mempunyai AKAUN BANK


Bagi penerima BPN yang tidak mempunyai Akaun Bank, BPN akan dibuat secara TUNAI selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan.

Penerima BPN PENDALAMAN Tidak Mempunyai AKAUN BANK


Bagi penerima BPN yang tidak mempunyai Akaun Bank, BPN akan dibayar sekaligus dengan bayaran BSH 2020 Fasa 3.

Tarikh Pembayaran BPN April

Tarikh Pembayaran BPN April

Jadual Pembayaran BPN yang layak adalah seperti dalam lampiran di bawah

Tarikh Pembayaran BPN April

Tarikh Pembayaran BPN April

InshaAllah, ini adalah bantuan yang amat kita patut syukuri disaat-saat Negara kita yang hampir lumpuh dek kerana Covid19 yang belum ada tanda pengurangan pada kes kematian. I doakan semoga Negara kita akan mampu bertahan untuk melawan virus yang ada ini, dan i beg U Rakyat Malaysia, tolonglah dengar cakap DUDUK RUMAH.

Semoga bermanfaat.

Love,
YatieOwner!
SHARE 20 comments

Add your comment

  1. Bersyukurlah sesiapa yang dapat bantuan Kerajaan ini, jika terlepas buat rayuan pasti ada habuan utk semua. Ini ada lah hikmah di sebalik kejadian.Tk lah pada Kerajaan tanpa mengira soal politik.

    ReplyDelete
  2. Seronoknya mereka yang dah dapat bantuan.
    Kita belum apply lagi. Hari-hari busy dengan jualan cod. Hehe
    In shaa Allah nak isi juga. Mana tahu ada rezeki kan.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih share info yg sangat lengkap. Baru faham & tahu bila tarikh pembayarannya.

    ReplyDelete
  4. info yang bermanfaat untuk semua. thanks share. yang dapat duit bpn jangan boros pulak haha

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah dapat BPN. Sebelum ni brim tak pernah dapat..lega sikit ada bantuan ni.

    ReplyDelete
  6. Thank you sharing ni. Check Marina n husband punya tkde rekod. Walaupon Marina bayar cukai. So kena buat permohonan baru

    ReplyDelete
  7. risau pulak dengar pengumuman bila dorang nak bagi saat banyak pulak kes scammer dia perbankan internet. seram~

    ReplyDelete
  8. x dpt nak apply pun lg sobs

    ReplyDelete
  9. lengkap dan padat penerangannya... bolehlah mereka yang layak, check dan buat permohonan sekiranya perlu... harapnya takde yang fall to scammers sebab sekarang ni pun rancak je depa SMS macam-macam info...

    ReplyDelete
  10. Tahniah pada yang layak dan telah diluluskan. Harap2 dapatlah ketangan yg memerlukan, bukan scammer. Sis tak apply lagi pun, belum ada kesempatan

    ReplyDelete
  11. bpn ni buat semua rakyat happy.
    ia menuju ke semua lapisan rakyat yg layak.
    terkejut jugak semlm bila salah sorang ofismet aida layak.
    kami2 ni tak layak. sipi2 je mcm layak tapi tak :(
    ada sebab dia layak dpt bpn rupanya, yatie. rezeki Allah, kan... tak pernah salah alamat.

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah. Hari ni dah mula pembayaran BPN. Mesti ramai tak sabar nak belanja duit tu beli barangan dapur kan. Satu inisiatif yang bagus kerajaan lakukan untuk memastikan ekonomi negara terus berkembang

    ReplyDelete
  13. Alhamdulilah, pembayaran yang lebih awal kerajaan beri...mudah-mudahan mereka yang telah layak mendapatkannya, dapat menggunakannya sebaik mungkin di kala PKP ni..takut hrni sesak aje ATM tu kan...

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah Seronoknya alahai korang dapat bantuan..huhu kite mampu tengok je le :)

    ReplyDelete
  15. Semoga penerima2 dpt manfaatkan bantuan sebaiknya dan hemah berbelanja

    ReplyDelete
  16. thanks share info ni.. baru terperinci sikit baca nak baca .. alhamdulillah kerajaan dapat berikan bantuan kepada kita .. sedikit sebanyak dpt membantu ringan kan beban..

    ReplyDelete
  17. Wah.. Lega rasanya bila pada saat diperlukan kerajaan dapat bantu meringankankan beban rakyat yang memerlukan

    ReplyDelete
  18. Wah.. Lega rasanya bila pada saat diperlukan kerajaan dapat bantu meringankankan beban rakyat yang memerlukan

    ReplyDelete

For coming and comment, thank u ♥ ;)

© Yatie Owner · THEME BY WATDESIGNEXPRESS