SHOPEE MALAYSIA: SHOPEE UMUM PAKEJ BANTUAN PENIAGA RM15 JUTA UNTUK 70,000 PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (PKS) MALAYSIA

14 April 2020

Shopee Umumkan Pakej Bantuan Peniaga RM15 Juta untuk 70,000 PKS Malaysia


KUALA LUMPUR, 13 April 2020 - Kira-kira 70,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini dijangka menerima manfaat daripada Pakej Bantuan Peniaga Shopee bernilai RM15 juta. Platform e-dagang tersebut hari ini mengumumkan pakej bantuannya untuk membantu PKS dan perniagaan yang terjejas dengan ketara oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

Pakej Bantuan Peniaga Shopee


Pakej ini membantu menangani masalah yang dihadapi oleh perniagaan berikutan pendekatan antara Shopee dan persatuan runcit, dewan perniagaan serta pemilik perniagaan. Dua cabaran yang telah dikenal pasti adalah: 

● PKS sedang mencari saluran jualan baharu seperti e-dagang, tetapi tidak biasa dengan cara melakukannya. PKS ini mahukan rakan kongsi yang dapat memberi mereka panduan langkah demi langkah yang jelas, untuk memastikan mereka berjaya dalam perjalanan penjualan atas talian mereka. 

● Sejumlah besar peniaga atas talian sedia ada sedang berdepan dengan peningkatan kos dan penurunan hasil yang signifikan akibat jumlah jualan yang rendah. 

Pakej Bantuan Peniaga Shopee


Pakej Bantuan Peniaga Shopee ini akan membantu PKS dan perniagaan tempatan dalam pelbagai sektor termasuk peruncitan, hasil segar, makanan & minuman dan banyak lagi dengan memacu pendigitalan perniagaan tradisional dan membawa perniagaan tersebut atas talian. Pakej ini juga bertujuan menyokong semua peniaganya dengan mewujudkan peluang jualan dan pertumbuhan, mengurangkan kos operasi dan memudahkan pembangunan mampan melalui pembiayaan, subsidi dan pendidikan. 

Permohonan Pakej Bantuan Peniaga Shopee


Pakej Bantuan Peniaga Shopee ini dibuka untuk permohonan bermula hari ini 13 April 2020, hingga 31 Mei 2020. Ia akan menampilkan manfaat berikut untuk peniaga tempatan: 

1. Subsidi Yuran Peniaga - 


  • Shopee akan memberi diskaun hingga 45% untuk yuran bagi peniaga dalam program RM19 Penghantaran Percuma dan Coins Cashback kami; 
  • Ini akan membantu mengurangkan perbelanjaan operasi dan meningkatkan pulangan kepada pemilik perniagaan. 

2. Sokongan Jualan Peniaga - 


  • Bagi membantu peniaga memacu jualan dalam tempoh Ramadan dan Hari Raya, Shopee memperuntukkan RM6 juta dalam bentuk baucar dan kredit pengiklanan berbayar percuma; 
  • Semua peniaga berpeluang mendapat manfaat daripada baucar kempen khas setiap minggu yang bernilai RM100,000; 
  • Semua peniaga juga akan menerima hingga RM400 setiap seorang dalam kredit pengiklanan berbayar percuma bagi meningkatkan pendedahan untuk produk dan kedai mereka.

3. Pakej Digitalisasi - 


  • Shopee juga berikrar untuk memberi sokongan tambahan khas untuk peniaga baharu untuk memulakan perjalanan penjualan atas talian mereka; 
  • Semua peniaga baharu akan menerima baucar Shopee bernilai RM400, RM200 dalam kredit pengiklanan berbayar percuma dan penyertaan percuma dalam program RM19 Penghantaran Percuma selama 2 minggu; 
  • Langkah-langkah ini adalah penting bagi memulakan perjalanan bagi peniaga baharu untuk bukan sahaja memudahkan peralihan mereka atas talian tetapi juga demi menghasilkan jumlah pesanan yang tinggi. 

4. Semua Manfaat Peniaga Sedia Ada - 


  • Setiap peniaga Shopee akan terus menikmati semua manfaat Shopee termasuk kadar yuran sifar bagi pendaftaran, komisen 0% untuk peniaga di pasaran dan yuran penyenaraian 0%; 
  • Shopee juga akan terus menanggung kos penghantaran dengan program penghantaran percuma yang diberi subsidi di seluruh platform. 

5. Pendidikan - 


  • Shopee juga akan mempertingkatkan kursus percuma Shopee University dalam tempoh ini dengan menambah bilangan kelas dan keluasan topik; 
  • Dijalankan atas talian dan dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Bahasa Cina, kelas istimewa ini disediakan untuk peniaga baharu bagi membimbing mereka dalam pelbagai perkara daripada pembukaan kedai kepada penjualan, pemasaran dan operasi; 
  • Selama ini, Shopee University telah berjaya melahirkan lebih daripada 10,000 usahawan dan perniagaan di seluruh negara dari peringkat awal, malah dari pekan luar bandar juga, untuk menjadi salah satu peniaga atas talian terbesar di negara ini. 

"Semua usaha kami, sama ada yang baru mahupun yang lama, memaparkan komitmen kami sejak hari pertama dalam memajukan usahawan tempatan dan ekonomi digital Malaysia. 

Tujuan Utama Pakej Bantuan Peniaga Shopee


Pakej Bantuan Peniaga Shopee bertujuan mewujudkan impak jangka panjang yang positif, walaupun selepas PKP. Kami memahami bahawa negara ini sedang melalui masa yang sukar sekarang dan kami berharap usaha ini dapat membantu PKS tempatan mengatasi kerugian dalam hasil luar talian, memperbaiki aliran tunai dan yang paling penting, mengekalkan perniagaan mereka. 

Utama sekali, harapan seikhlas hati kami adalah agar Pakej ini dapat memberi rakyat Malaysia jaminan bahawa kita mengharungi perkara ini bersama-sama, terutama mereka yang tidak lama lagi akan meraikan Hari Raya," kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee. 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Pakej Bantuan Peniaga Shopee, layari http://shopee.com.my/supportpackage

.

Mengenai Shopee 

Shopee ialah platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Shopee dilancarkan di 7 pasaran pada tahun 2015 untuk menghubungkan pengguna, penjual, dan perniagaan di rantau ini. 

Shopee menawarkan pengalaman yang mudah, selamat, dan menarik yang dinikmati oleh berjuta-juta pengguna setiap hari. Ia menawarkan pilihan produk yang luas, disokong oleh pembayaran dan logistik bersepadu, serta ciri-ciri hiburan popular yang disesuaikan untuk setiap pasaran. Shopee juga merupakan penyumbang utama kepada ekonomi digital di rantau ini dengan komitmen teguh untuk membantu jenama dan usahawan berjaya dalam e-dagang. 

Shopee adalah sebahagian daripada Sea Limited (NYSE:SE), sebuah syarikat internet pengguna global terkemuka. Selain daripada Shopee, perniagaan teras Sea termasuk bahagian hiburan digital, Garena, dan bahagian perkhidmatan kewangan digital, SeaMoney. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kualiti kehidupan pengguna dan perniagaan kecil menerusi penggunaan teknologi. 

For Shopee media enquiries: 
Write to pr.my@shopee.com or call 
Sharon Roberts at +6018 917 2764 / Jessie Lim at +6017 986 5705 

Semoga bermanfaat

Lots of Love here!
YatieOwner

20 comments

  1. Bagus pakej ni. Semoga terpelihara kebajikan seller online di Shopee.

    ReplyDelete
  2. perusahaan kecil dan sederhana really needs help for moment like this. Bravo to Shopee for supporting them in time!

    ReplyDelete
  3. inisiatif yang bagus oleh pihak shoppee.. pihak iks sangatlah memerlukan bantuan macam ni

    ReplyDelete
  4. ok la ni. seller boleh senyum lebar :)
    so far, during this pkp aida lom lagi soping this shopee.
    ada niat and actually ada je brg dlm soping cart.
    lom complete payment, yatie. hi hi hi hi... nanti la in these few days tgk balik.
    keperluan kah... kehendak?

    ReplyDelete
  5. Inisiatif terbaik untuk mereka yg memerlukan. Di masa sebegini memang patut byk inisiatif mcm ni membantu mereka yg perlukan bantuan.

    ReplyDelete
  6. Bagus inisiatif ni. Sebab boleh bantu para peniaga online. Barulah seronok mereka nak pos barang yang Ruby order. hehehe

    ReplyDelete
  7. Bagusnya Shopee buat inisiatif macam ni. Rasa ramai seller yang terkesan dari keadaan sekarang ni. Nak nak lagi yang company company kecil. At least cara ni dapat kurang kan sikit beban dieorang

    ReplyDelete
  8. Inisiatifnya sangat menarik. Tak lama dulu pernah jugaklah iklankan produk menggunakan platform Shoppe ini. Tapi dah lama tak pakai dah.

    ReplyDelete
  9. Bagus sgt shopee ni..haritu bantu utk frontliners. Sekarang bantu utk peniaga2 kecil pula. 👏👏

    ReplyDelete
  10. Terbaik Shopee membantu peniaga-peniaga yang tak ada sumber pendapatan musim PKP nih, Moga online shopping yang lain juga mencontohi shopee dan bergabung membantu peniaga.

    ReplyDelete
  11. Macam-macam bantuan diberi. Moga dapat membantu dan mengurangkan beban peniaga-peniaga kecil yang terjejas kala PKP ni.

    ReplyDelete
  12. Wah bgusnya la bantaun yang shopee buat kan. Dapatla bantu peniaga kecil ni untuk menjual barangan mereka..good job..sebab tu suka shopping kat shopee..hehe

    ReplyDelete
  13. This is great for business owners! Thank God for those who helped a lot during this crutial moment.

    ReplyDelete
  14. wahhhh its a good idea. at least dapat membantu mereka yang berada dalam sector PKS. Plus musim PKP ni, memang orang dok membeli online aje. mudah dan senang. order, dah sampai depan rumah. Hope ramai yang join program ni. Semoga urusan mereka dipermudahkan

    ReplyDelete
  15. Bagus insiatif Shopee ni. Terjaga juga kebajikan peniaga kecil dan sederhana. Dlm keadaan pkp mcm ni mmg peniaga kecil paling terkesan. Dengan adanya bantuan mcm ni blh la dorang survive dan keep beroperasi.

    ReplyDelete
  16. Bagusnya bila ada bantuan macam ni terutama buat peniaga kecil yg mmg terkesan

    ReplyDelete
  17. Bagus pakej bantuan macam ni, selain membantu peniaga-peniaga ianya menggalakan orang awam membeli secara online di mana ianya lebih selamat

    ReplyDelete
  18. Bagus betul Shopee ni. They are giving back to the community. Harap dapat membantu mereka yang sangat terkesan dengan MCO ni

    ReplyDelete
  19. We Fullassignment.com is among the best companies on the Programming Database and IT Assignments Help writing market. We offer top-notch essays, Online Programming Assignment Help research papers, thesis and other types of works that can be assigned to you at a high school or college. We also provide HTML Markup Language Help from our experts. for more information contact us +16692714848.

    ReplyDelete

For coming and comment, thank u ya ♥ ;)

Thanks for Droping By! ;)

© Yatie Owner