Assalamualaikum fellas. Ya Allah, hari ni stress betul. Terlampau banyak soalan, macam mana nak isi i-akaun kwsp yang tiada ID, USERNAME. Ya Allah, serius aku stress. Aku pun tak de jawapan kot, plus aku pun godek google kot. Haha.
Cara Daftar i-Akaun KWSP di Laman Web KWSP
Namun. Sebenarnya nak daftar i-akaun tu sangat mudah. Menyampah pula aku. Seharian stress pasal tu je ke. Ampun! Terus balik maghrib, isyak, minta ampun sebab stupid nya nak stress bagai.
Ok aku share macam mana nak daftar i-akaun kwsp tu bagi yang tiada id dan password nak masuk sebab nak bagi keluar duit RM500 tu. Kan? Senang cerita. Haha.
Cara Daftar i-Akaun KWSP (Ahli) Online
1. First, korang kena download borang. ONLINE. Klik SINI. Borang i-Akaun KWSP seperti dibawah. Ok, isi borang ni, korang hanya perlu isi nama seperti dalam kad pengenalan, nombor kad pengenalan, nombor telefon yang aktif sudah semestinya, dan email korang yang aktif. Jangan lupa tick ada bahagian yang perlu tick kat dalam borang tu. Sorry, tercrop pula.
Ok selesai itu sahaja bahagian borang. Go bahagian apa benda nak selitkan dalam borang tu.
2. Snap Kad Pengenalan Depan dan Belakang, buat macam aku seperti dibawah ni.
3. Selfie yang terbaik paling cantik macam artis dengan Kad Pengenalan korang. Agak-agak awak retis time ni pun boleh. Tak de masalah. Biar sedap sikit mata memandang pegawai KWSP tu. Kot-kotlah yang single tu bertemu jodoh kan. Haha.
Abaikan dahi berminyak berjerawat lagi itu. Itu tanda stress PKP. Hahaha.
4. Download Penyata Bank korang. Tak kisah berapa banyak duit ke tak dalam tu, download. Pegawai KWSP tu tak kisah pun duit korang ada berapa dalam tu. Jangan juga mintapuji macam artis. Haha.
5. Download Penyata Bil awak. Ni aku tak sure bil apa KWSP nak, tapi baca dekat borang tu, dia nak sekurang-kurangnya bukti pemilikan nombor telefon ahli (contoh: bil telefon, kontrak pendaftaran telefon, resit pembayaran deposit)
Ok, ada bil berkaitan, download. Tak da sapa kisah kita banyak hutang nak bayar ke apa.
6. Selesai download semua? Ok jangan lupa email dokumen korang semua ke iakaundaftar@epf.gov.my
Jangan lupa attach semua perkara 1 hingga 5 dalam email. SEND.
Ambik. Tirulah ayat aku tu. Yang penting maklumat korang sampai. Selamat petang ke malam ke subuh ke, cakap je. Hehe.
Ok. mudah je kan sebenarnya nak daftar i-akaun kwsp ni. Bah apa lagi, ramai-ramai daftar yang tiada akaun i-akaun kwsp tu lagi.
Done. Tunggu Balasan daripada KWSP, untuk ID dan PASSWORD.
OK SOALAN!
Ada soalan kenapa apabila kita sudah email ke dan KWSP balas email tu dengan bagitau Attachment berat, over 2M, 4M atau apa sahaja yang berkaitan.
Ok ni aku nak ingatkan, sebab aku dah memang hampir give up juga sebenarnya tadi kenapa kwsp cakap email tu over, berat, tak masuk ke tak terima permohonan pendaftaran aku ke?
RUPA-RUPANYA! Dokumen awak-awak semua itu tadi, SEND JANGAN TERLEBIH DARI 2MB. Ingat, 2MB.
Maksud? Kecilkan size format dokumen korang semua. Guna KB. Jadikan dokumen semua bersize KB, jangan sampai terlebih ke MB.Semoga bermanfaat
Love,
YatieOwner!
Alaaa.. napa baru baca nie.. hahahaha.. sy baru ja post kak di blog.. sy pun x pula cek lebih dr 2MB atau tidak huhu
ReplyDeletebaru update. haha. ah'ah, tadi try banyak kali, rupanya attachment tu semua kena total sekali tak lebih dari 2MB. stressnya! haha.
DeleteSib LeYa memang dah lama ada i-akaun kwsp.. jadi tak kalut sangat.
ReplyDeletethank god leya. macam kita ni pernah bah tu daftar tapi ntahlah, jarang masuk kan. then tup-tup kwsp kata tak pernah daftar. stress seketika. nak tak nak, kena daftar lah kan semula ;(
DeleteAlhamdulillah selesai send email daftar. sekarang tunggu kena respon.
This comment has been removed by the author.
DeleteTq for sharing.sekarang ni mmg tgh cari pn cara mudah nak daftar
ReplyDeleteRed Linda https://anakperak.com
most welcome linda :)
Deleteok boleh follow. haha.
Ada acc kwsp tapi duitnya je takde hahahaha sebab dulu kerja company buat je kwsp, baru tolak sebulan kemudian berhenti keje sampai laaa ni tak keje hahahaha
ReplyDeletehahaha. alamak. ok tak pa. kiranya sis lin blogger berjaya kerja dari rumah lah kan. ok apa sis lin. jom jana pendapatan dari blog sis lin ;)
Deleteaida ada akaun kwsp meskipun opt utk skim pencen.
ReplyDeletetapi tak buat i-akaun ni lagi. savings skit skit je utk diri sendiri.
tq for sharing ye.
byk free time ni, mana la tau boleh terus buat i-akaun ni, yatie :)
kan. buat saja. kelebihan juga disaat PKP ni kan. tak perlu lagi isi borang, berbaris panjang. hehe. senang juga kerja :D
DeletePernah buat bberapa kerja part time selepas spm dulu, yang dah tolak kwsp. Dok ingat nak pegi kwsp tapi tak boleh keluar sangat pulak. Bolehla follow steps ni buat online je untuk cek nanti.
ReplyDeleteyup. KWSP dah bagi kerja mudah kan. kenapa tak grab. hehe.
DeleteOkay, baru tahu mcm mana nak buat. Sebelum ni cari2 jugak tutorial lengkap.
ReplyDeletemoga membantu aerill :)
DeleteAkan share entri ni pada sesiapa yang nak buat permohonan tetapi tak reti nak buat so ikut je cara yang dinyatakan ini tau.. moga berjaya!
ReplyDeleteok boleh. haha. senang je kak fas ;)
Deleteramai yang masih belum ada i akaun. entry macam ni bagus boleh jadi rujukan. thanks sharing
ReplyDeletemost welcome. semoga membantu :)
DeleteAzwar tak buat lagi i-akaun ini, tak tahu pula ada. Gigih pergi walk in bank untuk print slip kwsp. Azwar bookmark dulu, nnanti free boleh buat. Thanks for sharing kak!
ReplyDeleteterbaik perkongsian ini, ramai yang tengah survey dan mengisi di ikwsp untuk keluarkan simpanan di kwsp mereka
ReplyDeleteBagus info ni untuk yang tak daftar online lg..iena da daftar online awal lagi sebab mmg selalu berurusan dengan kwsp. dah pernah keluar duit untuk beli rumah..ada akaun online senang nak moitor :)
ReplyDeleteFuhhh kemain detail lagi, mesti faham semua ni..x faham katok sikit...hehehe. Sis tak ada le kwsp..sayang ekk, suri rumah sepanjang zaman..huhuhu
ReplyDeleteDulu nad pernah kerja, nak tau juga duit kwsp ade ke tak..hahaa..tak ingatla..nak kene cek juga la kan..kot ada duit dalm tu..bgus share mcm ni..senang nakikut
ReplyDeleteDah lama buat i akaun masa orang kwsp datang ke pejabat buat promosi servis yang mereka ada. Tapi duit dalam kwsp tak ada la sebab dah bawa keluar semua. Cuma sekarang ni mula menyimpan di kwsp. Menyimpan sendiri lah lan iaitu i saraan tuh. Setiap bulan ikut suka nak simpan berapa banyak.
ReplyDeleteSaya sejak mereka ada online dan dan apps. Terus je daftar. Senang nak cek. Sebab nak berurusan di pejabat KWSP pun tiada masa. Dulu pergi buat PTPTN je pergi ke KWSP. Sekarang ni musim PKP, kesian pula tengok ramai tiada i-akaun.
ReplyDeleteHello, berspa lama eh pihak kwsp nak proses email permohonan kita? sis punya berapa lama eh sebelum permohonan diterima tu? harap tolong jawab ��
ReplyDelete