Assalamualaikum fellas. Sediamaklum berhubung dengan perintah kawalan pergerakan yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, berkuatkuasa pada 18 Mac 2020 baru-baru ini, Kerajaan Negeri Sabah juga akur dan menerima arahan yang telah dikeluarkan. 
 

Notis Dewan Bandaraya Kota Kinabalu Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan.

Pelanjutan Kawalan Pergerakan di lanjutkan sehingga 14 April 2020.

Bah kan DBKK juga terkesan dan saya yang menurut perintah, menerima dan mematuhi arahan yang telah diberikan. Oleh itu, hampir ke semua jabatan dibawah DBKK juga ditutup dengan serta merta bermula 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020.

Hanya jabatan, perkhidmatan teras sahaja yang terus beroperasi seperti Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Landskap, Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya, Jabatan Kejuruteraan dan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal.

Notis DBKK

Notis Arahan oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu


Beberapa notis had masa operasi, penutupan dan makluman juga telah dikeluarkan oleh DBKK.

1. Notis Had Masa Operasi Perniagaan Pasaraya/Kedai Runcit/Kedai Serbaneka/Bakeri.
Masa beroperasi: 07.00 pagi sehingga 05.00 petang kawasan Bandaraya Kota Kinabalu.

2. Notis Had Masa Operasi Restoran Kawasan Bandaraya Kota Kinabalu
Masa operasi: 06.00 pagi sehingga 05.00 petang.

3. Notis Had Masa Operasi Stesen Minyak Kawasan Bandaraya Kota Kinabalu
Masa Operasi: 06.00 pagi sehingga 02.00 petang sahaja.

4. Notis Had Masa Operasi Pasar Awam Kawasan Bandaraya Kota Kinabalu
Masa Operasi: Masa Operasi: 06.00 pagi sehingga 02.00 petang sahaja.

5. Notis Makluman Penutupan Sementara Operasi Terminal Bas KK Sentral dan Terminal Bas Inanam di Bandaraya Kota Kinabalu 
Bermula pada: 21 Mac 2020 sehingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan pada 31 Mac 2020.

6. Notis Penutupan Premis Perniagaan Sekitar Bandaraya Kota Kinabalu.
Tarik-tarikh berkaitan notis: 17 Mac 2020, 20 Mac 2020

7. Notis Dilarang Menjalankan Aktiviti Hiking Di Bukit Kopungit Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan

8. Penutupan Sementara Tapak Jaja Dalam Kawasan Bandaraya Kota Kinabalu

9. Notis Makluman Penutupan Sementara Taman-Taman Awam Dewan Bandaraya Kota Kinabalu. Melibatkan Taman Awam Teluk Likas, Taman Tun Fuad Stephens, Taman Ujana Rimba Tropika, Taman Awam Tanjung Aru (Pantai 1, 2 dan 3) dan Taman Tuga Peringatan Petagas.

10. Notis Makluman Penangguhan Penjualan Borang Bazaar Ramadhan 2020

Covid 19 - INFO DBKK:-


Kaunter-Kaunter Pembayaran DBKK


Kaunter-Kaunter Pembayaran DBKK juga ditutup serta merta sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan.

Sprayman DBKK


Mengikuti berita dari DBKK, dikenali sebagai Sprayman DBKK, DBKK bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia bergerak menjalankan kerja-kerja pembersihan dan nyah kuman/disinfeksi bagi mengekang penularan virus covid19 di pasar-pasar awam yang diwartakan di Bandaraya Kota Kinabalu pada setiap hari juga di tempat-tempat sekitar Bandaraya Kota Kinabalu. Good Job Sprayman DBKK!


Sprayman DBKK
Sprayman DBKK

Sumbangan DBKK Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan


Sumbangan Topeng Muka kepada Penjaja Pasar Telipok, Pasar Menggatal dan Pasar Inanam.

Pusat Kuarantin Bandaraya Kota Kinabalu


Satu mesyuarat yang telah diadakan pada 23 Mac 2020 kemarin, Persediaan Pusat Kuarantin Bandaraya Kota Kinabalu, bagi membincangkan pengurusan pengangkutan dan persediaan logistik berkaitan dengan Pusat Kuarantin Bandaraya KK. - Akan dikemaskini.

DBKK terus membantu rakyat Bandaraya Kota Kinabalu dan moga kita juga akan sentiasa beringat sesama sendiri untuk menjaga kesihatan, kebersihan, keselamatan semua ahli keluarga kita sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan ini. Ingat, Covid19 bukan mainan. 

Pemberian RM200 ONE OFF PENJAJA DBKK


Bayaran Tunai RM200.00 ONE OFF oleh Kerajaan Negeri Sabah kepada semua PENJAJA di bawah Kendalian Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK)

Terima kasih Kerajaan Negeri Sabah.
Updating 01 April 2020

Love,
YatieOwner!
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. I think a part of what happens is actually good. At least some would get plenty of rest instead of overworking. Just a part of it and not all.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. agree with u ray. ada pro and kontra juga bila ada arahan begini kan. mana yang ambik positive, its good. if not. depend.

      Delete

For coming and comment, thank u ♥ ;)

© Yatie Owner · THEME BY WATDESIGNEXPRESS