Assalamualaikum hallo fellas. Aku tak lah reti sangat memasak. Simple dan paling simple pun masak sayur tumis, goreng ikan, erk tak goreng telur, masak maggi. Sudah. Selesai. Asal saja perut terisi dari dia tergedik-gedik menari kat dalam tu.
Cara Paling Mudah Buat Nasi Lemak Simple.
Lagi satu, aku jenis takut dengan minyak masak meletup-letup dekat kuali tu. Sah-sahlah kan kalau dekat rumah mak aku yang masak. Boleh terbakar dapur mak kalau aku yang dah start masuk. Hahaha.
Tapi. Sekarang ini, memandangkan tak boleh nak balik kampung. Lebih-lebih lagi sebagai seorang penjawat awam yang berjiwa raga patriotik, menyahut seruan kerajaan Malaysia, duduk rumah sahaja dan tekak rasa nak makan nasi lemak, sekarang juga aku nak cari resepi cara buat nasi lemak simple.
Ok dah jumpa! Aku kongsi. Mari masuk dapur sekarang. Haha.
Kredit Gambar Google
Cara Buat Nasi Lemak Simple
1. Basuh dan Sukat Beras
Apa pun bila nak masak nasi, kenalah basuh bersih-bersih beras. Aku selalu basuh 7 kali beras sambil selawat ke atas Nabi dalam hati. Petua moga nasi tak cepat basi. Ya lah kot kan. Tak tahu. Haha.
2. Sukat Air
Sukatan air bergantung kepada beras seperti masak nasi biasa. Biasanya paras air dalam kurang 1 inci atau 1 paras garisan di jari. Alah senang mudah faham, macam kita biasa masak nasi je lah.
3. Masukkan Santan
Sekarang paling senang nak dapatkan santan dalam kotak tu je lah. Memandangkan tak boleh nak keluar ke pasar raya beli santan kelapa original tu lah kan.
4. Masukkan Halia
Paling senang. Masukkan macam biasa, seperti masak sup ikan. Hehe.
5. Masukkan Pandan
Masukkan pandan yang telah dipotong kecil-kecil. 5 batang padan sudah memadai, ikut suka kamu. Wangi padan pada nasi lemak memang menyelerakan.
6. Masukkan Perisa
Masukkan garam lah maksudnya.
7. Masukkan Sedikit Minyak Masak
Oh, ni kali pertama pula dengar masukkan sedikit minyak masak. Haha. Nampak sangat aku tak reti masak. Hehe. Fungsinya mengelakkan nasi menjadi lembik.
8. Masukkan dalam rice cooker
Ok, dah boleh letak dalam rice cooker dan tekan butang cook. Tapi jangan masukkan beras dahulu. Tunggu sehingga menggeledak air santan dan daun pandan tadi.
9. Masukkan Beras
Ok, dah boleh masukkan beras.
10. Kacau setiap 5 minit sehingga masak
Katanya kena kacau setiap 5 minit sehingga nasi masak sekata dengan santan. Ok senang je lah kan. Macam kita masak nasi biasa, kena perhatikan nasi tu masak. Begitu juga dengan nasi lemak ni tadi.
Alhamdulillah selesai buat nasi lemak simple. Namun, nasi lemak tanpa sambal tumis seperti buat kopi tanpa gula. Haha.
Ok, aku kongsi juga resepi sambal tumis simple yang kebetulan sekali dalam blog ni yang dikongsi. Senang nak follow the step.
Gambar dan Cara Mudah Buat Nasi Lemak Kredit and Thanks to: Siraplimau.com
Cara Buat Sambal Tumis Simple
1. Kisar
Paling mudah, kisar sahaja bawang merah 1 biji, bawang putih 3 ulas, halia seinci, belacan (agak-agak ikut kamu). Belacan selalunya aku main bakar sekejap jer dan ikan bilis (agak-agak ikut kamu nak) dan goreng dahulu
2. Tumis
Siap kisar, tumis bahan-bahan tadi dalam kuali yang masih ada bekas goreng bilik itu tadi. Kalau nak letak lagi ikan bilis, boleh sahaja. Aku lagi suka tambah ikan bilis tu.
3. Letak Perasa
Letak garam, agak-agak. Air asam jawa, pergh sedap. Boleh letak gula perang (agak-agak juga)
4. Tungguh mendidih
Akhirnya selesai. Tunggulah sambal tu mendidih dan sejukkan. Selesai, dah boleh makan. Kalau lapar, teringin sangat, tak payah nak tunggu sejuk. Terus makan. Haha.
Ok, itu sahajalah perkongsian daripada aku, langkah mudah buat nasi lemak simple yang senang difahami rasanya. Haha.
Love,
YatieOwner!
salah satu menu yg sis suka makan..
ReplyDeletekita juga :)
Deletemenu paling senang masak dan kerap masak kalau tak ada ide ank masak apa..
ReplyDeleteKan. Senang rupanya. Haha. Kena banyak belajar memasak jugalah lepas. :D
DeleteKG pun suka makan nasi lemak..hehhe
ReplyDeletesama! haha. Malaysian people favourite number one kan kak Kg :)
Deletesejak kene quarantine ni langsung x jumpe nasi lemak sobs
ReplyDeletesamalah ray ;(
DeleteCuti cuti ni masak apa pun pasti sedap! Terima kasih Allah
ReplyDeletebetul. bersyukur sangat. terima kasih Tuhan.
DeletePart sambal tu yg sy belum pandai bikin haha..
ReplyDeleteHaha. Ok! Masuk dapur sekarang. hahaha.
Deletetime rajin okla nak buat. kite sukaaa kalo sambal ikan blis tu rangup2 nyumms...
ReplyDeletenyum nyum. terus rasa nak buat bubur nasi, makan dengan ikan bilis ranggup2. haha.
DeleteKalo i buat nasi lemak lagi simple cukuplah santan n daun pandan n garam..hehe..teringin lak nasi lemak tetibe..
ReplyDeletena. masuk dapur lah sekarang kan. haha. bikin terliur bah tu wangi daun pandan kan. haha.
DeleteDah lama tak masak nasi lemak sendiri. Beza masak sendiri dgn yg kita masak. Memang makan bertambah-tambah.
ReplyDeleteKan kakbell, kadang kat kedai sikit je. Haha. Nak complain tak boleh. hehe :)
Deletetkpernah lagi masak sendiri nasi lemak , kalau tgk resepi tu mudah je..nk tau nasi lemak yg sedap paling utama kena tgk sambalnya..sambal sedap..sedap la nasilemak tu
ReplyDeletebetul juga kan mama. kadang tengok sambal, nasi putih biasa pun boleh jer soru. hehe.
DeleteKita pun dah lama tak masak nasi lemak cuma bezanya kita maauk beras sekali dgn santan tanpa tu ggu santan mendidih baru masuk beras.. Dua dua cara pun bole kan?
ReplyDeleteboleh je kot kak fas. ikut kreativiti sendiri kot kan. as long nasi rasa ada lemak santan. ok lah tu :)
DeleteCaranya hampir sama dengan yang biasa buat ini. Lagipun dah agak lama tak buat nasi lemak.
ReplyDeletekadang rasa teringin betul nak makan baru nak buat kan. haha.
DeleteMemang nak kena cuba ni, sejak PKP ni belum ada sekali pun Sis buat nasi lemak..semua masak menu berlauk aja. InsyaAllah lusa-lusa nanti nak buat gak nasi lemak..
ReplyDeletejom. bahan pun mudah je kan. :)
DeleteMenu yang belum dimasak lagi masa PKP ni. Nanti nak masak nasi lemak pulak. Nasi lemak ni bahan2 simple je.
ReplyDeletemenu nasi lemak dah 2 kali ulang sepanjang tempoh pkp ni, mudah boleh jadi sarapan, lunch dan dinner, ibu masak sekali je sebab work from home memang agak mencabar juga hahaha
ReplyDeleteSedapnya nasi lemak, indeed mmg senang je nak buat tinggal lagi banyak bahagiannya yg nak disiapkan tu kan hehe yelah telur wajib juga, timun, bilis, sambal tu adoi terbayang pulak sambal kerang ke sotong sedapnya! Nampak gaya mmg kena buat sendiri juga la ni musim2 mco ni haha
ReplyDeletewehhhh yatie, mommy craving nasi lemak dah nak masuk 2 minggu lebih ni. semenjak pkp ni, mak cik bedah depan lorong rumah sana dah tak buat nasi lemak... nangesss kejap
ReplyDeleteMemnag mudah saja nak buat nasi lemak kan. Nasi lemak ni memang favourite suami dengan anak anak. Masa bujang dulu duk fikir susahnya lahai nak buat nasi lemak. Bila dah kahwin ni eh rasa senang saja nak buat nasi lemak.
ReplyDeletecara aida, masukkan beras dah cuci bersih, air + santan, daun pandan, garam & bwg merah - semua dlm rice cooker.
ReplyDeletetekan butang on. tunggu masak jer :)
hi hi hi hi siap!
kerap buat nasi lemak ni. di kala takde idea nak masak pe, ni la dia menu rumah ni.
normally for dinner la.
dgn ayam goreng / telur goreng, timun & sambal.
alhamdulillah dapat resepi mudah camni. nanti bolehlah cuba. banyak resepi dah save ni
ReplyDeleteKalau masak nasi lemak ni bab nasi la ena selalu fail haha. Nanti cuba letak minyak masakla. Penah dengar jugak tapi tak cuba
ReplyDeletealahai dah lama rasanya tak makan nasi lemak. nak masak sendiri tak pandai. nnti boleh cuba lah resipi ni.
ReplyDelete