Beli-Belah Dengan Selamat Dari Rumah dengan S-Mart Sabah

26 March 2020

SHOPPING DENGAN SHOPEE S-MART SABAH


KOTA KINABALU, 26 Mac 2020 - Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menghadkan pergerakan rakyat Malaysia demi menangani penularan COVID-19. Rakyat Sabah berasa semakin sukar untuk membeli barangan penting dalam tempoh ini, memandangkan akses adalah terhad.

Shopee menghulur sokongannya kepada rakyat Sabah menerusi S-Mart Sabah, sebuah kedai atas talian khusus bagi Sabah di platform itu, dengan memberikan mereka lebih kemudahan supaya mereka boleh membeli keperluan harian mereka dari rumah. 

Shopee S Mart Sabah

Platform e-dagang itu bekerjasama rapat dengan jenama seperti Nestle, Oral-B, Harpic, Follow Me dan Genki untuk meningkatkan bekalan dan membawa lebih banyak produk seperti mi segera, susu, bijirin, ubat gigi, syampu dan lampin supaya pembeli mempunyai akses kepada barangan tersebut sepanjang tempoh ini.

PENJIMATAN HINGGA 40% PEMBELIAN DENGAN SHOPEE


Di samping itu, melalui S-Mart Sabah, Shopee berharap dapat meringankan beban kewangan pembeli melalui diskaun dan tawaran, di mana pembeli akan dapat menikmati penjimatan hingga 40% setiap hari. 

PEMBELIAN BUNDLE JIMAT 5% DENGAN SHOPEE


Terdapat juga tawaran bundle untuk membantu pengguna membeli dengan lebih banyak pada harga yang berpatutan, seperti tambahan penjimatan 5% apabila mereka membeli bungkusan 4 (empat) pek Maggi, atau 3 (tiga) kotak bijirin Koko Krunch. Untuk mengurangkan kos penghantaran dalam tempoh ini, pada 27 Mac dan 4 April, Shopee akan menyediakan penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM8 dari 12 pagi hingga 2 pagi, dan RM16 untuk waktu lain sepanjang hari.

Shopee S Mart Sabah

S-MART SABAH PENGHANTARAN OLEH POS LAJU


Demi kepentingan keselamatan dan penghantaran yang lancar, platform membeli-belah atas talian itu bekerjasama rapat dengan rakan logistiknya, Pos Laju untuk mengambil langkah berjaga-jaga termasuk pembasmian kuman di gudang dan kenderaan serta pembersihan bungkusan pesanan, manakala pemeriksaan suhu dilakukan untuk pekerja, pemandu dan penghantar pesanan.

Shopee S Mart Sabah

Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee berkata, 'Keutamaan kami pada masa ini adalah untuk memastikan pengguna kami selamat dan mempunyai akses kepada barangan keperluan rumah dan barangan runcit yang mereka perlukan, dan boleh didapati pada harga yang berpatutan. Kekal selamat di rumah, dan serahkanlah kepada kami dan rakan kongsi kami di Pos Laju untuk menghantar produk anda dengan selamat kepada anda. Dengan ini, kami berharap Shopee dan rakyat Sabah dapat bersama-sama menangani COVID-19.

KEMPEN BELI BELAH DENGAN SELAMAT SHOPEE


Promosi di S-Mart Sabah adalah sebahagian daripada kempen khas Beli-belah Dengan Selamat Dari Rumah oleh Shopee dari sekarang sehingga 4 April agar pengguna dapat membeli keperluan mereka di satu tempat pada harga mampu milik. 

TAWARAN RM0.44 DAN DISKAUN HINGGA 80% SHOPEE


Selain itu, pada 27 Mac dan 4 April, platform itu menawarkan tawaran dari RM0.44 dan diskaun hingga 80% serta permainan Shopee yang menarik termasuk Shopee Flip & Match, Shopee Lucky Bag, Shopee Throw dan One or Not.

Untuk mula membeli-belah, layari S-Mart Sabah di https://shopee.com.my/s_martsabah.fbs

Stay Home.
YatieOwner

27 comments

  1. Pelbagai alternatif ada utk kita kekal duduk di rumah dan jaga social distance. Bagus shopee ni. Walaupun sebelum ni dah biasa shoppinh online. Makluman macam ni bagus utk penduduk luar bandar dan yang baru membeli barang dapur secara online. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kalau dah di beri alternatif sebegini tapi masih tidak menjaga social distance, tak tahu dah nak cakap macam mana. Pelanjutan 14 hari silap hari bulan di lanjut kan lagi ;(

      Shopping dengan Shopee please! Haha

      Delete
  2. Senang...buat masa sekarang ni beli je online, duduk rumah..mana jika perlua baru keluar rumah...tapi jangan pulak duk beli online benda lain hahaha bahayaa wooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. kan. baru terfikir nak beli itu ini lah kecuali barangan makanan. Allahuakbar. time-time ni lah nak shopping benda lain kan ;)

      Delete
  3. Nampak gayanya platform e-dagang prihatin dgn masalah rakyat yg tidak mampu selalu kuar rumah jadi eloklah beli online ya... banyak tawaran menarik.

    ReplyDelete
  4. banyaknya diskaun. Dapatlah berjimat di waktu pergerakan kawalan ni. Beli online rasa lagi selamat dari nak keluar rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Lebih selamat, dan boleh pilih mana keperluan yang betul-betul kita nak

      Delete
  5. Bagus juga ada perkhidmatan macam ni, memudahkan orang lagi lagi dalam tempoh PKP.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, juga kita menyokong social distance and no panic buying ;)

      Delete
  6. Perkhidmatan sebegini yang diperlukan oleh semua orang di merata tempat - good job Shopee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya! Thanks to Shopee sebab buat perkhidmatan macam ni. Yang risau nak keluar rumah atau mungkin pergerakan terhad, yes kemudahan perkhidmatan ini sangat membantu.

      Thank u Shopee!

      Delete
  7. nah, senang mau shopping shopping buat orang sabah ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kakpip. penghantaran pun percuma on the date. banyak diskaun, jimat lagi.

      Delete
  8. Shopee sekarang memang tengah rancak promo untuk 4.4 tu memang harga giler-giler murah hehehe ohh dah ada shopee sabah yer tak tahu lak kita hehehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. dah ada. baru juga lah kot. Alhamdulillah, semoga membantu seluruh rakyat Sabah. lebih-lebih di tempoh PKP ni ;)

      Delete
  9. Dalam tempoh PKP ni memang kita kene beli online je. Lebih selamat. iena pun prefer beli online. bnyk brg yg iena beli online cuma ade jugak brg yg x blh beli online tu iena akan keluar la tp mmg kene hati sgt bilakuar tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. kita pun prefer beli online. tapi itu lah if tiada di dalam online, kena juga keluar. yang penting jaga social distance kita ;)

      Delete
  10. time2 camni memang berguna perkhidmatan macam ni kan. stay at home

    ReplyDelete
  11. Bagus la shopee ni dah mudah lepas tu ada penjimatan sehingga 40% lak. Maklum la zaman2 PKP & gawat ni memang perkhidmatan camni sangat diperlukan

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat. memang thank god Shopee tolong. kita ni risau nak bergerak, so lets Shopee yang bantu ;)

      Delete
  12. yay sekarang ni mudah contactless.. tunggu barang je sampai ke depan rumah kan tak payah pening pening bersesak sesak lebih lebih lagi waktu covid 19 kan

    ReplyDelete
  13. Shopee memang banyak membantu di kala PKP melanda ni! Kita boleh #stayathome sambil mendapatkan barang keperluan dgn harga berpatutan & yg penting, trusted!

    ReplyDelete
  14. bestnya boleh jimat barang dapur shopping kat sini banyak gila diskaun

    ReplyDelete
  15. wahhh bagusnya ada S-Mart ni, boleh jimatkkan pembeli dari Sabah. selalu sangat barang ke sana dicaj berlebihan, dengar s-mart ni untuk lah orang sabah boleh shopping tanpa risau lagi

    ReplyDelete

For coming and comment, thank u ya ♥ ;)

Thanks for Droping By! ;)

© Yatie Owner