S-Mart Sabah bakal memberi lebih kepelbagaian dan kemudahan kepada rakyat Sabah. Shopee, platform e-dagang nombor satu Malaysia, memperluas kehadirannya di Malaysia Timur dengan pelancaran kedai atas talian khusus bagi Sabah yang dinamakan S-Mart Sabah. Langkah ini dijangka akan memberi lebih kemudahan kepada pasaran tempatan dan membantu mengurangkan kos sara hidup bagi keperluan harian rakyat Sabah.