Jelajah SASSH: Hari Aids Sedunia 2019

in , , by YatieOwner, Thursday, November 14, 2019
Assalamualaikum fellas! Program Jelajah SASSH semperna Hari Aids Sedunia 2019 akan dianjurkan oleh Sabah Aids Support Services and Humanitarian (SASSH) serta mendapat kerjasama penuh daripada The Body Shop Malaysia, mendapat tajaan lokasi daripada 1 Borneo Hypermall, Suria Sabah Shopping Mall, Imago Shopping Centre, Centre Point Sabah dan City Mall Sabah. Manakala Jurugambar rasmi dari Aznan Johari.

Jelajah SASSH: Hari Aids Sedunia 2019



Program Jelajah SASSH semperna Hari Aids Sedunia 2019 akan dianjurkan oleh Sabah Aids Support Services and Humanitarian (SASSH) serta mendapat kerjasama penuh daripada The Body Shop Malaysia, mendapat tajaan lokasi daripada 1 Borneo Hypermall, Suria Sabah Shopping Mall, Imago Shopping Centre, Centre Point Sabah dan City Mall Sabah. Manakala Jurugambar rasmi dari Aznan Johari.

The Body Shop Malaysia sangat komited dan bersungguh-sungguh membantu untuk menjayakan program Jelalah SASSH : Hari Aids Sedunia 2019 ini dengan mendapatkan lokasi jelajah dan memberi khidmat nasihat untuk menjayakan program kali ini. The Body Shop Malaysia akan meberikan tenaga kerja untuk mempromosikan barangan jualan amal sepanjang jelalah. “Kami berkempen dengan penuh semangat berkaitan dengan isu-isu yang dekat dengan hati kami kerana aktivesme ada dalam darah kami ” kata Gary Siaw, Pengurus The Body Shop Sabah.

Program jelajah ini dilakukan sebagai medium kepada masyarakat Sabah khususnya di Kota Kinabalu untuk di perkenalkan NGO SASSH dan juga mendapatkan informasi mengenai HIV dan STD. Program ini juga bertujuan untuk mengutip sumbangan orang ramai untuk menjayakan program SASSH di masa akan datang.

Bukan itu sahaja, acara kemuncak Mini Konsert Amal : Hari Aids Sedunia 2019 akan di adakan pada bulan Disember 2019.“Saya berharap program ini mampu memberikan nilai tambah dan membantu pihak KKM meyampaikan maklumat tentang HIV dan STD kepada masyarakat setempat.” Kata Muhammad Yazid Bin MatDaud, Pengerusi SASSH.

Siri Jelajah SASSH: Hari Aids Sedunia 2019 akan ke:

1 Borneo Hypermall : 8hb – 10hb November 2019
Suria Sabah Shopping Mall : 15hb – 17hb November 2019
Imago Shopping Centre : 22hb – 24hb November 2019
Centre Point Sabah : 29hb – 30hb November & 1hb Disember 2019
City Mall Sabah : 6hb – 8hb Disember 2019

JELAJAH SASSH : HARI AIDS SEDUNIA 2019

Acara Kemuncak:

Mini Konsert Amal : Hari Aids Sedunia 2019

14 Disember 2019 Palm Square, Centre Point Sabah

Anda semua di jemput singgah untuk memdapat info mengenai HIV/AIDS dan memeriahkan lagi Jelajah SASSH dan Konsert Amal itu nanti.

untuk maklumat lanjut boleh ke:


Thanks for the invitation!

Love,
YatieOwner!
SHARE 2 comments

Add your comment

For coming and comment, thank u ♥ ;)

© Yatie Owner · THEME BY WATDESIGNEXPRESS