Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat

in , by YatieOwner, Monday, March 23, 2020
Assalamualaikum hallo fellas. Sediamaklum, KINI Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat telahpun ditambahbaik. Alhamdulillah. Terima kasih buat Kerajaan Malaysia, kerana ambil tahu dan prihatin berhubung dengan pemberian khas cuti ini kepada seluruh Penjawat Awam di Malaysia.

Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat


Beberapa kategori telahpun ditambahbaik berhubung dengan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat. Meliputi;-
Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat

Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat ini - LAYAK


1. Suami, Isterii dan Anak juga Ibu Bapa Penjawat Awam Sendiri
2. Ibu, Bapa Mentua
3. Ibu, Bapa Angkat serta Anak Angkat juga Anak Pelihara

Urusan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat ini - TIDAK LAYAK


1. Nenek
2. Ibu Tiri

Selaras dengan hasrat untuk menjaga kebajikan pegawai Perkhidmatan Awam, Kerajaan telah menambah baik pelaksanaan kemudahan Cuti Tanpa Rekod tersebut dengan memperluas kemudahan ini kepada urusan kematian ibu dan bapa mentua, ibu dan bapa angkat yang sah di sisi undang-undang serta anak angkat (termasuk anak angkat dan anak pelihara) yang sah di sisi undang-undang.

Jumlah Urusan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat.


3 Hari

(a) Iaitu bermula pada tarikh kematian ahli keluarga terdekat atau pada hari berikutnya, jika ahli keluarga berkenaan meninggal dunia selepas waktu pejabat; dan

(b) Meliputi hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am. Bagi maksud Pekeliling, masa selepas waktu pejabat juga terpakai bagi hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am.

Pekeliling Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat


1. Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga TerdekatPekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2005 (JPA)

http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2015/pp042015.pdf

2. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2005 (JPANS)

http://www.sabah.gov.my/ecircular/incoming/jpan/docs/out/jpan000523.pdf


Soalan;

1. Nenek meninggal dunia, layak atau tidak menggunakan kemudahan cuti ini?

Jawapannya TIDAK.

2. Salam. Saya terlibat dgn sukan jabatan 28/10/19 -01/11/19(cuti jabatan) Dan pada tarikh 28/10/19 ibu meninggal pula. Saya terpaksa meneruskan komitmen jabatan sebab melibatkan pasukan(tak boleh diganti) dan lagi jarak terlalu jauh. Kemudian pada 4-6/ saya memohon budi bicara ketua jabatan untuk memohon CTR, Ketua benarkan berdasarkan kelayakan pekeliling, ingatkan cuti CTR lulus, tau2 CTG yg diberikan oleh ketua jabatan. Minta pencerahan kpd yg lebih arif ttg hal ini. Tq.

Moga bermanfaat.

Love,
YatieOwner!
SHARE 6 comments

Add your comment

  1. untuk cuti kematian nenek, atas ehsan boss jugak. Kalau boss ok, insyallah dapat, kalau dapat boss kureng ok, nangis la depan dia pun tetap tak dapat (sbb pernah merasa dgn boss gini)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. bos pun kena ambil peranan juga kan. tak kan lah bab-bab macam ni, kita nak buat main pula kan :). rasanya, perlu kot ditambah baik lagi pekeliling tu. hehe.

      Delete
  2. Kalau Mak tiri pula macam manager?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak layak.

      maaf farisyah, saya baru nak balas komen kamu. ;)

      Delete
  3. Terima kasih share mengenai cuti tanpa rekod ni. Sebagai orang awam pun, perlu juga ambil tahu.Untuk tambah ilmu orang kata. heeh.. done follow

    ReplyDelete

For coming and comment, thank u ♥ ;)

© Yatie Owner · THEME BY WATDESIGNEXPRESS