Assalamualaikum fellas,

Last week i berkesempatan untuk buat food review Buffet Makan Malam sekaligus review kemudahan yang disediakan dekat Avangio Hotel, Kota Kinabalu, Sabah. Lets kakak share.

Buffet Dinner at Restoran Mercato, Avangio Hotel Kota Kinabalu, Sabah

Restoran Mercato di Avangio Hotel Kota Kinabalu, Sabah menyediakan buffet makan malam pada harga berpatutan. RM45 untuk dewasa dan RM36 untuk Kanak-Kanak. Harga ditawarkan termasuk cukai 6% SST. Dengan harga buffet yang rendah, pengunjung boleh makan sepuas hati. Disediakan setiap hari Isnin hingga Sabtu bermula jam 6.30 petang hingga 10.00 malam.

Terletak di aras bawah, restoran dengan ciri moden dan elegan serta penggunaan warna-warna menarik, pasti menggamit pengunjung untuk menerokai setiap sudut yang ada. Ruang buffet yang ringkas tetapi padat dengan pilihan makanan diserikan lagi dengan motif atau corak yang memaparkan budaya tempatan.

*sekarang mereka sedang mengadakan promosi, beli 4 percuma 1!

Buffet Dinner at Restoran Mercato, Avangio Hotel Kota Kinabalu, SabahBuffet Dinner at Restoran Mercato, Avangio Hotel Kota Kinabalu, Sabah

Pelbagai jenis makanan dihidangkan dalam buffet bermula dari pembuka selera sehinggalah kepada manisan. Kakitangan restoran sentiasa memberikan perhatian terhadap kebersihan kawasan buffet dan kerap menambah hidangan yang telah berkurangan. Secara keseluruhannya, jenis dan jumlah makanan yang disediakan sangat berbaloi memandangkan harga buffet adalah cukup rendah. 

Menariknya, pelanggan boleh melihat ke dalam Dapur Terbuka yang hanya dipisahkan dari ruang buffet dengan tingkap kaca.

Buffet Dinner at Restoran Mercato, Avangio Hotel Kota Kinabalu, Sabah
Terdapat beberapa pilihan makanan utama yang dihidangkan dalam saiz kecil. Ia bukan sahaja menyerlahkan estetika serta tekstur makanan tersebut, malahan ia memberikan peluang kepada semua pelanggan untuk mendapatkan potongan sesuai yang belum diusik. 

Buffet Dinner at Restoran Mercato, Avangio Hotel Kota Kinabalu, SabahBuffet Dinner at Restoran Mercato, Avangio Hotel Kota Kinabalu, SabahBuffet Dinner at Restoran Mercato, Avangio Hotel Kota Kinabalu, Sabah

Jenis dan orientasi pilihan makanan utama adalah pelbagai misalnya Shepherd Pie (Barat) dan Mee Goreng Mamak (Malaysia). Pilihan makanan adalah berubah dari masa ke semasa. Pelanggan pastinya teruja untuk melihat pilihan makanan yang dihidangkan di setiap kaunter buffet kerana ternyata kesemuanya disediakan dengan penuh ketelitian oleh Chef restoran ini.
Buffet Dinner at Restoran Mercato, Avangio Hotel Kota Kinabalu, SabahBuffet Dinner at Restoran Mercato, Avangio Hotel Kota Kinabalu, SabahBuffet Dinner at Restoran Mercato, Avangio Hotel Kota Kinabalu, Sabah
Buffet Dinner at Restoran Mercato, Avangio Hotel Kota Kinabalu, SabahBuffet Dinner at Restoran Mercato, Avangio Hotel Kota Kinabalu, SabahBuffet Dinner at Restoran Mercato, Avangio Hotel Kota Kinabalu, Sabah
Buffet Dinner at Restoran Mercato, Avangio Hotel Kota Kinabalu, SabahBuffet Dinner at Restoran Mercato, Avangio Hotel Kota Kinabalu, SabahBuffet Dinner at Restoran Mercato, Avangio Hotel Kota Kinabalu, Sabah
Buffet Dinner at Restoran Mercato, Avangio Hotel Kota Kinabalu, SabahBuffet Dinner at Restoran Mercato, Avangio Hotel Kota Kinabalu, SabahBuffet Dinner at Restoran Mercato, Avangio Hotel Kota Kinabalu, Sabah
Terdapat juga sebuah gerai khusus (layan diri) yang menyediakan hidangan berasaskan mi. Pada ahari kunjungan kami, hidangan terpilih yang disediakan untuk para pelanggan adalah Mi Kari.

Buffet Dinner at Restoran Mercato, Avangio Hotel Kota Kinabalu, SabahBuffet Dinner at Restoran Mercato, Avangio Hotel Kota Kinabalu, Sabah
Kaunter buffet yang menyediakan pilihan manisan dan buah-buahan juga tidak kurang hebatnya. Pelbagai jenis kek serta pudding disediakan untuk para pelanggan.

Buffet Dinner at Restoran Mercato, Avangio Hotel Kota Kinabalu, SabahBuffet Dinner at Restoran Mercato, Avangio Hotel Kota Kinabalu, Sabah
Buffet Dinner at Restoran Mercato, Avangio Hotel Kota Kinabalu, SabahBuffet Dinner at Restoran Mercato, Avangio Hotel Kota Kinabalu, Sabah
Ruang makan khas juga disediakan bagi mereka yang mahukan privasi . Ruang atau bilik makan khas ini boleh memuatkan sehingga 10 orang dalam satu-satu masa. Penggunaan ruang khas ini adalah tertakluk kepada ketersediaan dan pelanggan perlu berbelanja serendah RM600 untuk menggunakannya secara ekslusif.

Buffet Dinner at Restoran Mercato, Avangio Hotel Kota Kinabalu, Sabah

Penggunaan warna serta motif yang pelbagai menyerlahkan ruang makan khas ini. Pelanggan korporat bolehlah menggunakan ruang ini untuk meraikan rakan sekerja atau rakan perniagaan. Bagi mereka yang ingin menyambut majlis ulang tahun kelahiran dan sebagainya, ruang ini juga dilihat sesuai kerana ia menjamin privasi tetapi dalam masa mempunyai akses kepada ruang buffet yang berdekatan.

Buffet Dinner at Restoran Mercato, Avangio Hotel Kota Kinabalu, Sabah

Ruang makan umum terdiri dari meja-meja terbuka yang boleh memuatkan 2 hingga 4 orang serta terdapat satu meja komunal yang boleh memuatkan pelanggan yang datang secara berkumpulan. Ruang makan umum ini agak santai dan pelanggan tidak akan berasa kekok.

Buffet Dinner at Restoran Mercato, Avangio Hotel Kota Kinabalu, Sabah

Selesai menjamu selera di Mercato, pelanggan bolehlah berhibur dengan berkaraoke di Spazio Lounge. Dengan hanya memesan sebarang jenis minuman dari Vetro Bar, pelanggan boleh berkaraoke dengan sepuasnya di sini. Terdapat pelbagai pilihan lagu tempatan dan antarabangsa yang disediakan untuk peminat tegar karaoke.

Buffet Dinner at Restoran Mercato, Avangio Hotel Kota Kinabalu, Sabah

Kepada mereka yang ingin bermalam di Avangio Hotel, terdapat 103 pilihan bilik dari kategori Deluxe hingga Privilege yang pastinya menarik kerana susun atur, dekorasi dan pilihan warna yang sesuai serta menyegarkan. Untuk pelanggan korporat pula, hotel ini menyediakan 3 bilik mesyuarat serta ballroom.

Menariknya, kolam renang terbuka di Avangio Hotel ini mempunyai pemandangan menarik terutamanya di waktu senja. Kolam renang kanak-kanak juga ada disediakan. Selain itu. gimnasium juga tersedia untuk kemudahan para pelanggan.

Buffet Dinner at Restoran Mercato, Avangio Hotel Kota Kinabalu, Sabah
Buffet Dinner at Restoran Mercato, Avangio Hotel Kota Kinabalu, Sabah
Buffet Dinner at Restoran Mercato, Avangio Hotel Kota Kinabalu, Sabah
Avangio Hotel
Jalan Metro 2, Metro Town,
Off Jalan Lintas
88300 Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia
Telefon: 088-536888
www.avangio.com

Original post Credit and Thanks to Joe from (https://curiostraveller.com)

Love,
YatieOwner
SHARE 2 comments

Add your comment

For coming and comment, thank u ♥ ;)

© Yatie Owner · THEME BY WATDESIGNEXPRESS