Best Nine 2018 YatieOwner

in , by YatieOwner, Sunday, January 06, 2019
Assalamualaikum fello,

Tak terlambat kot nak share best nine 2018 i kan. Terjebak juga nak ikut best nine ni. Hehe. Last year ada juga terjebak sama, tapi tak ingat ada share dalam belog ke idok. Hahaha. So apa yang best nine sangat i di tahun 2018 yang punya like yang banyak? jom i share.

Best Nine 2018 YatieOwner

1. Gambar Kerani Penyemak Daftar Pemilih - Oh itu gambar semasa i bertugas untuk SPR la of course kat situ. Terang lagi bersuluh. First time jadi KPDP masa tu. Before i ambik jawatan Kerani Pengundian. InshaAllah tunggu Pilihan Raya for next lagi, tengoklah i nak ambik jawatan apa pula. ;D

2. Gambar Ke-2, berdiri megahlah sangat di tiang bambu dengan Berkibar megahnya Bendera Malaysia. Itu masa i dan family bercuti dekat Polumpung, Kota Belud, Sabah. Ngam-ngam Hari Kemerdekaan tak silap i. The view Ya Allah sumpah syantik. Tak boleh nak cakap. Please anyone yang nak bercuti ke Kota Kinabalu, Sabah, do please singgah here. But the place yang i pegi ni, i cannot remember apa nama. Tapi dia se street je dengan Polumpung ni. Rondalah sekejap kalau korang duduk stay dekat polumpung yer.

3. Gambar Ke-3, on Qaseh nikah. Qaseh one of my officemate. Tinggi lampai orangnya. Nasib dia duduk kat situ. Kalau tak, nampaklah sangat kepindikkan i. Hahaha. Qaseh pemain bola jaring. To know her, silalah masuk iG i dan cari gambar yang sama :D

4. Gambar Ke-4, dengan suka hatinya pose sebab the wall behind me warna dia cantik. By the way, if korang follow iG kakak (why i suka sekarang pakai nama kakak ni. hahaha) bolehlah kan? muahaha. u gais can see, i ada few gambar disebalik dinding itu. Oh tempat? haha. Bilik Pengarah! Masa pengarah tak de lah baru boleh tangkap seketul dua ketul gambar. Kang tak pasal-pasal ada yang kena memo kang. Hehe.

5. Gambar Ke-5. Tak lain tak bukan with @farishaziz - https://www.instagram.com/farishaziz/ at Nando’s Celebrates 20 Years of PERi-PERi Perfection! Happy giler kot time tu. Lot of games, foods, drinks of course. Oh ni kerja part time blogger kakak. Ada jemputan for Sabahan Blogger, kakak pegi, kalau tak de, kakak buat kerja macam biasa. No big deal. Kakak just wanna have fun. Haha.

6. Gambar Ke-6. Maaf ler, conteng sikit muka suami kat situ. Sebab beliau bukan retis macam kakak (hahaha). Ok itu gambar lama but kakak is using it back for kakak punya anniversary lah sangat yang Ke-9 tahun. So what i wish for? Moga kita lebih berjaya menghadapi liku liku kehidupan sebagai seorang suami isteri dengan lebih tenang dan redho. Peace no war bebeh! hahaha.

7. Gambar Ke-7. Gambar makan without ambik gambar seketul dua, bukan makan jawapnya. Siapa setuju? Haha. #seoulgardenimagokk - https://www.instagram.com/explore/tags/seoulgardenimagokk/ Lunch wit happy sister.

8. Gambar Ke-8 - Gambar dekat office for jamuan makan bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri. Makan-makan lagi. Kakak suka. Deco belakang kakak itu, moga dimaafkan. Oh kakak bukan kerja dekat pusat asuhan kanak-kanak tau. Deco tidak ada kena mengena. Itu sekadar hasil budak-budak baru nak up dekat office kakak yang buat. Hahaha.

9. Gambar Ke-9 dan last adalah gambar semasa kakak, mama, abang dan kakak ipar ke Tambunan, Sabah. Demi viewing point #sinurambitambunan - https://www.instagram.com/explore/tags/sinurambitambunan/ disitu, kakak is sanggup ulang-alik naik tempat tu. Selamat Datang Ke Sinurambi Tambunan (Tambunan Viewing Point), #tambunan - https://www.instagram.com/explore/tags/tambunan/ Sabah. Hastag da ada kakak share, nak tengok, boleh klik kat situ.

Yeah! Berjaya habiskan best nine 2018 kakak. So apa yang menarik di tahun 2019 pula yang akan mendapat banyak klik? Hahaha. Silalah follow iG kakak dan like ;D

Love,
YatieOwner
SHARE 0 comments

Add your comment

For coming and comment, thank u ♥ ;)

© Yatie Owner · THEME BY WATDESIGNEXPRESS