Kelilingi Dunia dengan SOULed OUT Kota Kinabalu!

| on
Thursday, November 08, 2018
SOULed OUT Kota Kinabalu membawa pelanggannya menyertai perjalanan kuliner di seluruh dunia dengan menu baharu yang memperkenalkan pelbagai perasa antarabangsa kepada destinasi santai di pinggir air yang popular.

Kelilingi Dunia dengan SOULed OUT Kota Kinabalu!
Pink Panther
Kelilingi Dunia dengan SOULed OUT Kota Kinabalu!
Beef Ragout

Dengan sejarah menjangkaui lebih daripada dua dekad dalam industri makanan Malaysia, kumpulan restoran SOULed OUT sememangnya terkenal dengan SO Lip-Smacking Food yang menginspirasikan pelanggan setia untuk mengesyorkannya kepada rakan dan keluarga. Sebagai salah satu daripada lima pemegang francais SOULed di seluruh Malaysia, SOULed OUT Kota Kinabalu mengalu-alukan lebih daripada 30 penambahan baharu dalam menu mereka sebagai sebahagian daripada usaha berterusannya bagi menaikkan proposisi makanan yang menceriakan yang membentuk asas jenama tersebut.

Kelilingi Dunia dengan SOULed OUT Kota Kinabalu!
Classic Steamed Mussels
Kelilingi Dunia dengan SOULed OUT Kota Kinabalu!
Bhuna Chawal
"Penambahan menu ini berkait dengan pemasukan dan merangkul pelbagai masakan dari seluruh dunia. Kami ingin memenuhi pelbagai profil rasa yang lebih luas, jadi biarpun apa jua yang anda ingini, anda pasti menemuinya di SOULed OUT Kota Kinabalu. Kami sangat teruja dengan menu baharu dan berbangga dengan perkongsian jangka panjang yang saling menguntungkan ini dengan pemilik francais Anthony dan Janet." kata Cassie Wong, Ketua Pemasaran bagi Kumpulan SOULed OUT.

Kelilingi Dunia dengan SOULed OUT Kota Kinabalu!
Sawadee Salad
Daripada sajian klasik vegetarian asli yang sahih seperti 'Kakiage' dan 'Kari Terung', hingga ke interpretasi moden ke atas makanan yang menceriakan merangkumi 'Mi Hokkien', 'Pasta Beef Ragout' dan 'Pai Biri-biri', sajian baharu membawa pelbagai hidangan paling ikonik dari seluruh dunia ke SOULed OUT.

Kelilingi Dunia dengan SOULed OUT Kota Kinabalu!
Kake Udon

Berkenaan Minuman Thirst-Quenching SO pula, lapan minuman koktel dan minuman tanpa alkohol yang unik lagi menarik seperti 'Jackfruit Mojito' dan 'Coco Pandan Smoothie' akan memenuhi citarasa serta mencetus senyuman di kalangan para penggemar minuman. Bagi mereka yang menggemari sajian manis, menu baharu memperkenalkan enam pencuci mulut dengan nama-nama terinspirasi pop-budaya seperti 'The Yoda' dan 'Pink Panther' yang pasti menjadi hit di kalangan anak-anak dan orang dewasa.

Kelilingi Dunia dengan SOULed OUT Kota Kinabalu!
Jackfruit Mojito

Rombakan ini di SOULed OUT Kota Kinabalu menandakan penggunaan menu baharu di semua restoran SOULed OUT. Pihak yang berminat boleh menghubungi 088 275 922/016 829 9268 untuk tempahan di SOULed OUT Kota Kinabalu.

LATAR BELAKANG SOULed OUT

SOULed OUT bermula pada tahun 1996 sebagai sebuah kafe kejiranan kecil di Mont Kiara dan berpindah ke premis terkininya di Desa Sri Hartamas pada bulan Disember 1999. Ia dinamakan sebegitu kerana setiap kakitangan menyerahkan seluruh jiwa dan raga dalam memberikan yang terbaik kepada semua pelanggan. Ia adalah sebahagian daripada Kumpulan Masyarakat SOUL yang terdiri daripada restoran ikonik lain seperti WIP, Tujo Bar-sserie & Grill dan Hubba Hubba. Selepas lebih dari dua dekad dan melayani lebih daripada 5 juta pelanggan, SOULed OUT telah matang menjadi restoran yang penuh keyakinan serta menceriakan. Gabungan eklektik makanan dan minuman Asia, Barat dan India Utara menjadikannya tempat untuk teman-teman serta keluarga memupuk semangat persahabatan dan keakraban. SOULed OUT Ampang terletak di tengah-tengah bandaraya, bagi menampung pengunjung di kawasan itu, seperti juga tiga cawangan lain di Bangsar Selatan, Kota Kinabalu dan Taman Tun Dr Ismail. Di mana sahaja, pertemuan dengan SOULed OUT adalah seumpama 'pelukan yang mesra'. Penghargaan SOULed OUT termasuk 'Outlet of the Year', 'Best Resto-Bar 2013-2014' di Anugerah Platinum Hospitality Asia (HAPA) yang berprestij, Naib Juara untuk Iron Bartender Challenge dan Tempat Ketiga untuk Kerja Berpasukan Terbaik di HoReCa School of Excellence 2013.

SOULed OUT Kota Kinabalu
G-101, Imago Shopping Mall, KK Times Square Phase 2,
Off Jalan Coastal Highway, 88100 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
t : 016 829 9268
f : 088 275 922
e : chomp@souledout.com.my
w : souledout.com.my

Facebook:@souledoutkk
Instagram: @mysouledout

Waktu Beroperasi : Tengahari hingga tutup

Diterbitkan oleh SOUL Society melalui Continuum PR Sdn Bhd.

Goh I Ching (iching@continuumpr.com / 014.218.1906)
Jillian Toyad (jillian.toyad@continuumpr.com / 012.389.8108) 
YatieOwner

Custom Post Signature

Custom Post  Signature