Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin Pembaca Blog YatieOwner! :D

| on
Sunday, June 24, 2018
Assalamualaikum fellas.

Amboi. Tajuk bukan main. Dengan lamanya tidak mengupdatekan pasal diri sendiri. Maaf. Ye i tahu i diva. Hahaha. Ok, sorry for tak berapa nak tulis pasal i lately. Masuk blog pun tengok makan-makan je kan. Makan-makan pun i tetap juga slim melim. Ada any tips nak cepat gumuks tak? ;D

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin Pembaca Blog YatieOwner! :D
Selamat Hari Raya Aidilfitri ;)

Before. I nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kat seluruh Umat Islam di dunia yang meraikannya. Alhamdulillah.

Ok! Whats new!! Alhamdulillah. Kehidupan seperti biasa. Cuma right now, dari kehidupan single be like sebab before this i dan suami duduk berjauhan diatas sebab-sebab tertentu. Hahaha. Amboi skema macam buat surat rasmi pula disitu. Ok abaikan. Now dah duduk berdua kembali. Alhamdulillah Ya Allah. I tadah kedua-dua belah tangan mohon padaNya moga kali ini diberikan kehidupan yang berbahagia hendakNya! I tak minta banyak. Ya Allah, permudahkanlah urusan kami. Aamin!

I kalau tak tulis pasal life i, i talk pasal kerja a lot. So kerja pun ok. Nampak tak i lama tak update blog pasal i sibuk dengan kerja. Skema sangat. Kerja tak lari mana pun. Banyaknya minta puji saja dekat office. Tayang muka, mengadap skrin monitor, taip-taip dah settel. Part mana yang busy sampai tak update blog kan? Hahaha.

Bisnes Online? Still running tapi tak berapa nak aktif. I buat direct saja. Tu pun mama paksa buat. Kalau tak, memang duduk diam-diamlah i. Balik kerja buka laptop layan korea. Habis macam mana nak majukan diri dengan bisnes? Blog pun tak terupdate, apa lagi bisnes online kan? Hahaha. Oh ni sekali nak update, sapa-sapa nak order Sweet Foundation by Lesanda Cosmetic, bolehlah PM i tepi sikit. Area Kota Kinabalu, Sabah i boleh turun cod ya :D

Rasanya itu sahaja kot i nak update. InshaAllah, doakan i rajin update blog ;D

Xoxo
YatieOwner!

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim Asnaf As-Sakinah dan Tahfiz Al-Quran Masjid Pekan Menggatal di Hyatt Regency Kinabalu

| on
Wednesday, June 13, 2018
Assalamualaikum fellow. Last week on 7 of Jun, i berkesempatan menghadiri Majlis Berbuka Puasa dengan lebih 40 orang Anak-Anak Yatim Asnah As-Sakinah dan juga para Tahfiz Al-Quran Masjid Pekan Menggatal yang telah diadakan di Tanjung Ria Kitchen, Hyatt Regency Kinabalu.

 
Memeriahkan lagi suasana berbuka puasa, turut hadir para karyawan Hotel Hyatt sendiri, juga rakan-rakan blogger i yang turut sama diundang pada hari tersebut.


Rakan-Rakan Sabahan Blogger i :)

Bukan setakat Majlis Berbuka Puasa sahaja, malah, pemberian duit raya dan juga manisan kepada Anak-Anak Yatim dan Tahfiz Al-Quran juga diadakan. Syukur alhamdulillah. Orang kata, kita berkongsi dengan mereka yang memerlukan. Alhamdulillah.


Buffet Ramadan Tanjung Ria Kitchen, Hyatt Regency Kinabalu

Its never to late, ni i nak kongsi, harga untuk makanan buffer ramadan dekat sini, RM160nett untuk seorang dan juga separuh harga untuk kanak-kanak. Lebih 100 hidangan ditawarkan, dan the best is Bubur Durian, yang hanya ada pada bulan ramadan sahaja tau. Selain itu Oxtail Assam Pedas best in town for sure kena try juga kambing panggang! Kena cuba.


Untuk maklumat lanjut boleh layari Hyatt Regency Kinabalu di;

Instagram: hyattregencykinabalu
Facebook: hyattregencykinabalu

Atau boleh terus berkunjung ke Hyatt Regency Kinabalu di;

Jalan Datuk Salleh Sulong
88991 KOTA KINABALU, SABAH


Selamat Berbuka Puasa and Selamat Hari Raya Aidilfitri Fellow!

YatieOwner

Sungkai at Pancake House International with Family Feast Set

| on
Sunday, June 10, 2018
Assalamualaikum fellow. Salam ramadan! Beberapa hari lagi nak raya wei. Hahaha. By the way, dalam beberapa hari ni, ada yang plan nak cuba berbuka puasa dekat luar tak? Terutamanya yang dekat dengan Kota Kinabalu, Sabah! Ni, i nak share satu tempat menarik untuk berbuka puasa. Sesuai untuk yang single, couple, plus berkeluarga. Menu pun serius sedap. I da pergi, for sure nak jemput korang mai singgah! i Share info.

Pancake House International, Karamunsing Kota Kinabalu, Sabah

Sungkai at Pancake House International with Family Feast Set
Mini Kurma Pancake! Pancake ini akan dhidangkan dalam set Family Feast.
Signature utama Pancake House International.

Betul. Menghidangkan hidangan utama mereka iaitu Pancake. Namun, baiknya adalah, disepanjang bulan ramadan ini, Pancake House turut memperkenalkan set menu "Set Family Feast" mereka yang bernilai RM100 disepanjang bulan ramadan dan menariknya adalah, set menu boleh dinikmati sehingga bulan Julai. Kiranya tak sempat nak pergi pada bulan ramadan ini, bolehlah pergi selepas ni ya. Set Family Feast sedia terhidang untuk dinikmati.

SET FAMILY FEAST

Sungkai at Pancake House International with Family Feast Set
Set menu ini ada 4 jenis nasi dihidangkan, iaitu Nasi Putih, Nasi Kuning, Nasi Bawang Putih dan juga Nasi Serai Pandan, dan set ini untuk 4 orang makan.
 Sungkai at Pancake House International with Family Feast Set
Kari Kambing
Sungkai at Pancake House International with Family Feast Set
Rendang Ayam
Sungkai at Pancake House International with Family Feast Set
Terung Sumbat
Sungkai at Pancake House International with Family Feast Set
Daing Na Bangus. Untuk pengetahuan semua, hidangan ini adalah sejenis ikan yang dipanggil Milkfish, diimport dari Negara Filipina. Cara masak, digoreng tanpa tulang dan dihidangkan dengan jeruk timun dan juga tomato. Serius sedap.
Sungkai at Pancake House International with Family Feast Set
Makan tak kelip mata. Sedap!

Untuk maklumat lanjut mengenai Family Feast Set dan juga menu-menu lain yang terdapat dekat Pancake House International ini, bolehlah layari instagram dan juga facebook mereka seperti yang berikut:

Instagram : Pancakehousekk

atau boleh terus ke Pancake House Restaurant di
Lot G4-G4(A), Ground Floor
Karamunsing Kompleks
88300 KOTA KINABALU, SABAH

Contact : 088-319 618

Selamat Berbuka Puasa Semua!

YatieOwner

Custom Post Signature

Custom Post  Signature