Assalamualaikum fellas! Restoran Tepi Laut di Shangri-La Rasa Ria Resort & Spa buat julung kalinya menawarkan hidangan buffet untuk buka puasa yang begitu memuaskan hati buat para pelanggan. Resort bertaraf 5 bintang yang terletak di Pantai Dalit Tuaran ini bakal memberikan pilihan yang lebih baik untuk mereka yang mencari hidangan buffet berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan. Hidangan buffet buka puasa tahun ini bertemakan ‘Selera Kampung’.
Restoran Tepi Laut Makan Street
Restoran Tepi Laut Makan Street ini terletak berhampiran dengan kolam
renang dan pantai lantas memberikan suasana damai semasa menikmati
juadah yabg disediakan dalam buffet buka puasa. Konsep restoran ini
mengimbau nostalgia gerai makan jalanan dan jajaran restoran dalam
bangunan rumah kedai. Khusus untuk buffet buka puasa, setiap gerai dalam
restoran ini menghidangkan sajian khusus dari serata Asia.
Gerai Curry House
Gerai ‘Curry House’ misalnya menghidangkan makanan berasaskan kari
misalnya Kari Ikan, Ayam Goreng Berempah, Rendang Kambing dan
sebagainya. Gerai-gerai lain yang ada di Restoran Tepi Laut ini adalah
‘Sabah Vegetables’, ‘Asian Grill’,’Roti House’ dan juga ‘Noodle &
Chinese BBQ’. Para pelanggan adalah bebas untuk memilih gerai dan jenis
hidangan yang mereka inginkan.
Kambing Bakar
Hidangan yang menjadi perhatian para pelanggan adalah Kambing Bakar yang
dihidangkan bersama dengan sos cendawan dan lada hitam. Aroma Kambing
Bakar yang dimasak sempurna sesungguhnya menggamit selera para pelanggan
apatah lagi di saat-saat menjelangnya waktu untuk berbuka puasa. Tidak
hairanlah jika terdapat barisan panjang untuk mendapatkan hidangan
istimeswa ini. Antara hidangan lain yang terdapat di gerai ini adalah
Ayam Pansoh, Ayam Percik serta Ikan Bakar.
Ikan Bakar
Kami difahamkan bahawa Ikan Bakar ini disediakan oleh Chef De Cuisine,
Roslan Adnan yang turut menghidangkan resepi rahsia keluarganya seperti
Sambal Kelapa dan sebagainya. Pegawai Eksekutif Komunikasi, Charlene Tan
menjelaskan bahawa setiap hidangan dalam buffet buka puasa ini
diberikan kawalan kualiti yang tinggi untuk menjamin kepuasan para
pelanggan. Menurut Charlene Tan, hidangan sate yang pelbagai juga
disediakan seperti Sate Ayam, Daging dan Kambing.
Hidangan manisan yang pelbagai
Hidangan manisan yang pelbagai seperti kuih-muih tradisional Melayu sehinggalah sajian pencuci mulut anarabangsa juga disediakan. Tidak ketinggalan adalah pilihan jenis aiskrim serta minuman yang pelbagai jenis. Hidangan buffet Buka Puasa ‘Selera Kampung’ ini ditawarkan pada harga yang berpatutan iaitu RM158 untuk dewasa dan RM50 untuk kanak-kanak (6-12 tahun). Sehingga 321 Mei 2018, pelanggan yang membeli 3 tiket akan mendapat 2 tiket percuma! Hubungi pihak resort untuk sebarang pertanyaan dan tempahan di talian 088-797855 (9 Pagi-7 Malam).
(Hidangan buffet buka puasa di Restoran Tepi Laut Makan Street Shangri-La Rasa Ria Resort Kota Kinabalu ini berlangsung dari 15 Mei 2018 sehingga 14 Jun 2018).
Oleh ahli Sabahan Bloggers: (Jun-Zie, Mia Kassim, Lan, Joehairie, Yatie dan Lezaara)
YatieOwner
Add your comment
For coming and comment, thank u ♥ ;)