Assalamualaikum fello!

Entri pertama Jalan-Jalan Ke Tenom, Sabah I, adalah berkaitan.

03 Disember 2017 - Bangun pagi, subahanaAllah sejuk giler kot Tenom. Tak tahu lah berapa darjah celsius, dengan bilik hotel punya tahap sejuk, dengan hujan kat waktu subuh tadi. Kaki boleh kejang. Tips duduk hotel, pakai stokin! hehe.

Awal pagi bangun bersiap terus pegi breakfast. Bab makanan halal, jangan risau. Dekat hotel i duduk ni, ada je kedai makan melayu. U all kena pusing je cari.
Lepas makan terus cari pengangkutan nak ke Jabatan Pertanian. For backpakers sehari macam i yang tak habis fikir nak ke sana menggunakan apa, ada van sapu boleh sewa.
Jabatan Pertanian Negeri Sabah

Jalan-Jalan Ke Tenom, Sabah II | Jabatan Pertanian Negeri Sabah | Kopi Tenom | Sewa Van Murah dan Bas Tung Ma Nui Luk

Sampai. Naik van sapu pegi Jabatan Pertanian, bayaran dalam RM20.00 untuk 5 orang. Oklah for me, my mum, sista dan anak buah 2 orang kecik tu. Ok ronda Jabatan Pertanian apa yang ada. Masa i pegi ada pertandingan memancing diadakan. Sepanjang kolam besar dan panjang yang ada kat situ, penuh dengan para peserta memancing ikan. Ikan boleh tahan juga. Besar-besar. Sorry tak sempat nak snap.

Jalan-Jalan Ke Tenom, Sabah II | Jabatan Pertanian Negeri Sabah | Kopi Tenom | Sewa Van Murah dan Bas Tung Ma Nui Luk
Jalan-Jalan Ke Tenom, Sabah II | Jabatan Pertanian Negeri Sabah | Kopi Tenom | Sewa Van Murah dan Bas Tung Ma Nui Luk

Oh. Jika nak ronda satu kawasan Jabatan Pertanian dan lepas tu nak pusing-pusing tengok bunga dan apa benda lagi ada kat dalam Jabatan Pertanian tersebut, i sarankan naik kereta api kecik tu. Jangan risau, sebab the driver akan turunkan korang dan bagi peluang korang snap gambar, selfie ke apa sahaja. Pinjam sekali driver tu kalau tak de sapa nak tolong ambik gambar korang. Hahaha. Biar gambar berbicara.

Jalan-Jalan Ke Tenom, Sabah II | Jabatan Pertanian Negeri Sabah | Kopi Tenom | Sewa Van Murah dan Bas Tung Ma Nui Luk
Kereta Api kecik

Habis pusing. Tamat percutian thaqif dekat Jabatan Pertanian Negeri Sabah. Sekaligus menamatkan cita-cita beliau naik kereta api besar dan kecik untuk kesekian kali. Next time boleh pergi lagi ye. Huhu.

Jalan-Jalan Ke Tenom, Sabah II | Jabatan Pertanian Negeri Sabah | Kopi Tenom | Sewa Van Murah dan Bas Tung Ma Nui Luk

Kopi Tenom!

Ok. Tidak sah jika datang ke Tenom tapi tidak singgah mana-mana cawangan yang ada jual Kopi Tenom. Kopi asli dari ladang. Hot from oven katanya.

I siap beli dua pek. Then share the pek to my sista. Sudah alang-alang membeli, jangan lupa untuk mencuba the kopi. Super B walla! Minum je boleh beku otak seketika. Ok tipu. Haha. Wishlist, jangan lupa singgah dekat sini. Boleh je nak selfie seketul. Ala-ala coffee prince gitu kan. Biar gambar berbicara.

Jalan-Jalan Ke Tenom, Sabah II | Jabatan Pertanian Negeri Sabah | Kopi Tenom | Sewa Van Murah dan Bas Tung Ma Nui Luk
Jalan-Jalan Ke Tenom, Sabah II | Jabatan Pertanian Negeri Sabah | Kopi Tenom | Sewa Van Murah dan Bas Tung Ma Nui Luk
Jalan-Jalan Ke Tenom, Sabah II | Jabatan Pertanian Negeri Sabah | Kopi Tenom | Sewa Van Murah dan Bas Tung Ma Nui Luk
Jalan-Jalan Ke Tenom, Sabah II | Jabatan Pertanian Negeri Sabah | Kopi Tenom | Sewa Van Murah dan Bas Tung Ma Nui LukJalan-Jalan Ke Tenom, Sabah II | Jabatan Pertanian Negeri Sabah | Kopi Tenom | Sewa Van Murah dan Bas Tung Ma Nui Luk

The Coffee Prince sangat

Van Sewa
Oh. Ni penting nak share dengan korang semua. Masa i nak balik daripada Jabatan Pertanian tu, kiranya backpakers sangat tadi kan, syukur alhamdulillah dipermudahkan urusan, ada van sewa masuk dekat dalam Jabatan Pertanian tu. Called Uncle Lee. Bayaran untuk kami berlima RM15.00. Murah dari yang awal tu tadilah kan. Nampak sangat tak plan. Hehe.

So, sembang-sembang dengan uncle lee. Uncle lee ni rupanya juga seorang pemandu pelancong dan memberi perkhidmatan ambil, hantar, bawa jenjalan semua. Kiranya full pakej lah uncle lee ni. So, anyone yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan uncle lee, bolehlah hubungi beliau di number ini 019-872 7191 atau 016-552 7063.

Muzium Antanom

Jalan-Jalan Ke Tenom, Sabah II | Jabatan Pertanian Negeri Sabah | Kopi Tenom | Sewa Van Murah dan Bas Tung Ma Nui Luk

Persinggah terakhir sebelum balik, singgah dekat Muzium Antanom. Muzium yang menyimpan sejarah pahlawan Murut yang terkenal dan perkasa dari Borneo Utra (kini Sabah), yang menurut sejarah lisan tempatan didakwa memiliki kuasa sakit (Kredit: https://ms.wikipedia.org/wiki/Antanom)

Jalan-Jalan Ke Tenom, Sabah II | Jabatan Pertanian Negeri Sabah | Kopi Tenom | Sewa Van Murah dan Bas Tung Ma Nui Luk

Jalan-Jalan Ke Tenom, Sabah II | Jabatan Pertanian Negeri Sabah | Kopi Tenom | Sewa Van Murah dan Bas Tung Ma Nui Luk
Patung Ontoros Antanom di Tenom.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Antanum atau Antanom (nama penuh Ontoros Antanom) (1885-1915) adalah pahlawan Murut yang terkenal dan perkasa dari Borneo Utara (kini Sabah), Malaysia yang menurut sejarah lisan tempatan didakwa memiliki kuasa sakti. Oleh itu dia telah menerima sokongan dari ketua dan penduduk dari kampung sekitar Keningau, Tenom, Pensiangan dan Rundum dan mendorong kepada kebangkitan Rundum menentang Syarikat Borneo Utara British tetapi telah terbunuh semasa pertempuran dengan tentera syarikat di Sungai Selangit berhampiran Pensiangan.[1]

Bas Tung Ma

Jalan-Jalan Ke Tenom, Sabah II | Jabatan Pertanian Negeri Sabah | Kopi Tenom | Sewa Van Murah dan Bas Tung Ma Nui Luk

Selesai percutian sehari semalam i dan keluarga. Balik Kota Kinabalu i tak naik kereta api. We decide menggunakan pengangkutan Bas Tung Ma. Which is, masa tak cukup sebenarnya. Dan sekiranya ada yang nak balik KK menggunakan bas, bas terakhir untuk perjalanan ke KK adalah pada pukul 04.00 petang. Seingat i, yes pukul 04.00 petang. Jadi, mana yang nak ronda ke apa ke dekat pekan tenom tu, try to make it done before 04.00 pm. Oh lagi satu. Please, beli tiket bas tu awal-awal tau. Sebelah pagi pun boleh je korang beli tiket tu awal-awal. Kang ada yang tak de tiket bas nak balik Kk. Menangislah tepi bas stop. Haha.

Jalan-Jalan Ke Tenom, Sabah II | Jabatan Pertanian Negeri Sabah | Kopi Tenom | Sewa Van Murah dan Bas Tung Ma Nui Luk

Ok, i da selesai kat sini. I bagi kesimpulan seringkas mana mungkin, kalau nak naik kereta api tanjung aru tu, just mention kereta api nak pergi tenom atau which area korang nak. Kereta api Sabah juga terletak satu jalan nak pegi airport Kota Kinabalu. Touch down Kota Kinabalu nak pergi pusat bandar pun boleh je nampak stesen kereta api tersebut.

Jangan lupa wajib singgah Taman Pertanian Sabah dan kedai kopi tenom yang i sebut. Kedai kopi tenom ada 2 sebenarnya. Tapi i tak pegi yang satu lagi. Mungkin lain kali :)

Jangan risau nak duduk hotel mana. Sebab hotel banyak sekitar pekan. Tinggal nak pilih yang berapa bintang dan tak de bintang sahaja. Hehe. Makan pun jangan risau. Senang nak dapat. Pasar malam pun ada jual pelbagai lauk pauk.

Bas pun jangan risau. As long korang beli tiket awal dan jangan terlepas waktu bas berlepas.

Ok itu sahaja dan selamat bercuti semua!

YatieOwner
SHARE 0 comments

Add your comment

For coming and comment, thank u ♥ ;)

© Yatie Owner · THEME BY WATDESIGNEXPRESS