Jalan-Jalan ke Tenom, Sabah 1

in , by YatieOwner, Sunday, January 14, 2018
Assalamualaikum fello.

Jalan-jalan ke Tenom, Sabah kali ni dengan mama, kakak juga anak-anak buah i. Kali pertama pergi pun masa umur i 17 tahun. Itu pun pergi dengan rombongan asrama sekolah. Lama kot. Hahaha. I memang jarang travel jauh-jauh macam ni. Ok, let me share with u all perjalanan singkat i.

Jalan-Jalan ke Tenom, Sabah 1
Untuk view gambar yang lebih baik, sila zoom ;P
Abaikan akif dekat belakang :D
Kereta Api Tanjung Aru - Tenom

02 Disember 2017. Stesen Kereta Api Tanjung Aru - Tenom berada di Jalan Aeropod, Off Jalan Kepayan and their contact number 088-279300 untuk pertanyaan lebih lanjut. Untuk ke Tenom, i kena ambil kereta api seawal pagi iaitu jam 07.45 pagi.

Sebab kereta api dari Kota Kinabalu (KK) ni, dia akan berhenti di daerah Beaufort, dan nak ke Tenom pula, kita kena ambil kereta api lain pula. Kiranya pertukaran kereta api la kat situ.

Ok, perjalanan i hari tu delayed sejam juga. Amboi. Korang ingat kapal terbang je ke boleh delay. Hehe. Speechless pula. Ini disebabkan sehari sebelum itu, KK punyalah dituruni hujan dengan lebatnya, dan ada sedikit berlaku runtuhan di daerah Putatan. Tapi alhamdulillah. Kakitangan Jabatan Kereta Api laju je buat kerja baiki apa yang patut and tak sampai setengah jam, runtuhan dapat diatas.

Jalan-Jalan ke Tenom, Sabah 1
 Ntah gambar yang ke berapa nak selfie. haha.

08.15 pagi alhamdulillah bergerak. Nothing to much nak buat dekat dalam kereta api. Tengok view yang hijau sahaja all the way, and selfie!

Tambang perjalanan Keretapi Api Tanjung Aru ke Beaufort:
RM4.80 untuk dewasa dan
RM2.40 untuk kanak-kanak.

Jalan-Jalan ke Tenom, Sabah 1Jalan-Jalan ke Tenom, Sabah 1
 Kiri - Touch down Stesen Kereta Api Beaufort, Sabah!
Kanan - Akif dan Danial sibuk ntah apa benda. Abang long kawasan betul.

12.00 - 12.30 tengahari alhamdulillah touch down dekat Beaufort. Before i da kata kena tukar kereta api dekat sini kan. Selang sejam akan ada kereta api seterusnya. So, sempat jalan-jalan dekat pekan Beaufort. Dekat pekan Beaufort nothing much juga nak buat dan nak pusing pun jangan terlalu lama. Nanti ada yang terlepas kereta api. Kat pekan Beaufort, sempatlah shopping 2 3 helai baju dan makan tengahari.

Kereta Api Beaufort - Tenom

Jalan-Jalan ke Tenom, Sabah 1
 Belakang i Stesen Kereta Api Beaufort, Sabah
Jalan-Jalan ke Tenom, Sabah 1
View dalam stesen untuk beli tiket Kereta Api ke Tenom pula.
My sista baju pink. Sibuk ntah apa benda juga disitu. Hahaha

Tambang perjalanan Kereta Api dari Beaufort ke Tenom:
RM2.75 (Dewasa)
RM1.40 (Kanak-Kanak)

1.30 - 2.00 petang kereta api mulai bergerak. Cuaca da start nak hujan. For sure our plan memang akan bertukar last minute. Sebab juga masa sangat terhad. We dedice sampai dekat Tenom, terus nak ke Jabatan Pertanian Sabah which is tempat tu memang salah satu tempat kena wajib pergi if datang ke Tenom. Pelancong atau pun tidak. Tapi. Dalam perjalanan pula, Kereta Api buat hal. Memang that one such a pengalaman sungguhlah tukar train ditengah-tengah hutan belantara plus ditepian sungai.

Jalan-Jalan ke Tenom, Sabah 1 
 View dalam Kereta Api. legen. Hehe

Jalan-Jalan ke Tenom, Sabah 1Jalan-Jalan ke Tenom, Sabah 1
 As i say. ni pengalaman betul. tengah-tengah hutan bertukar Kereta Api. Semua yang nak tuju ke Tenom, kena turun without tangga. Kira kena terjun sendirilah. Tak taulah kalau ada ibu-ibu yang mengandung time tu. Tak perasan sangat. But my mum memang Ya Allah. Rasa macam nak turn back that time, then bagi i turun dulu sambut my mum. ;(

*Mama, lepas ni kalau nak pergi tenom lagi, kita naik pengangkutan lain lah ya. ;)

Orchid Hotel, Tenom

Jalan-Jalan ke Tenom, Sabah 1 
 Touch down Tenom!
Jalan-Jalan ke Tenom, Sabah 1
Bajet Hotel.

3.30 - 4.00 petang sampai Tenom! Alhamdulillah. Ok masa i just letak around that time. Tak ingat pula jam berapa sampai. Hahaha. Excited punya pasal, masa pun lupa. Plan totally berubah. Masa da tak cukup. Sampai Tenom terus pergi cari hotel. Thank god hotel yang i duduk ni ok. Kira berbaloi juga sebab tak jauh sangat dari mana-mana. Nak cari makan senang. Nak pegi ronda pasar malam pun dekat. Juga dekat dengan stesen Kereta Api dan Stesen Bas.
  
Jalan-Jalan ke Tenom, Sabah 1
Called Pasar Malam Tenom je la.
Jalan-Jalan ke Tenom, Sabah 1
The bundle

Cepatnya masa berlalu. Masuk bilik simpan barang, turun semula cari makan terus pusing bundle. Mama dan anak-anak buah sempat join sekejap dan we tinggalkan mereka dekat bilik hotel. Maaf ye mama. Mama tak larat sebenarnya. Dah malam. Dan masa pertukaran train berlaku tadi, mama tak ok with that. Nasiblah. Haha.

Jalan-Jalan ke Tenom, Sabah 1 
 Jumpa next entry.
Jumpa next entri - Entri berkaitan: Jalan-Jalan ke Tenom, Sabah II

Entri ini telah admin kemaskini semula ;)

YatieOwner.
SHARE 4 comments

Add your comment

  1. awww ! you pict make me listed tenom a place must go !!!!!! cantek u babe =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq babe. namun percaya. cantik itu lebih kepada kamera =D
      kompom u percaya. hahaha :)

      Delete

For coming and comment, thank u ♥ ;)

© Yatie Owner · THEME BY WATDESIGNEXPRESS