Delima Delete Entry Blog dan Blog Lama ;(
11 September 2017 • ADMIN
Assalamualaikum fellas. Delima. Sangat-sangat delima. Tapi untuk kebaikan. Akhirnya dan this time, i starting clearkan entry-entry lama i dan blog lama i yang lain. Wa, nampak bloggers sangat kan, and which is, if ada yang mencari entry-entry lama i sebagai rujukan atau apa sahaja, dan perasan ianya telah tiada, i minta maaf ya. For own good. Hopely, and ya. Untuk entry-entry lama yang rasa macam entry budak hingusan tu, i minta maaf ye. Hahaha. That was so DELIMA. Oh no! Hahaha.

So. Itu sahajalah for right now. Till then ;)
Xoxo.
Love korang!
Kondis Point Kiulu Sabah - Campsite and Picnic Centre
07 September 2017 • KAKI JALAN

Kondis Point Kiulu Sabah! Assalamualaikum fellas. I nak sharing
favourite place our family right now. Sebab da banyak kali pergi tapi
tak sharing sharing pun pasal ni. Kot-kot yang berminat nak pergi
hangout plan dengan keluarga kot kan. Bolehlah datang ke KampungKU sudah
berjaya. Lalala. Tiba-tiba i rasa nak nyanyi.
KONDIS POINT KIULU, TAMPARULI SABAH - Campsite and Picnic Centre
Full name i bagi. Boleh tengok mengenai Kondis Point dekat Laman Web Facebook mereka juga di SINI. Suasana yang nyaman dan segar mata memandang. Pelbagai aktiviti boleh diadakan disini selain korang rasa keluar je dari pintu kereta dan nak terjun terus masuk sungai. Hahaha. Air sungai jangan cakap. Sejuk boleh mengigil satu badan. Letak kaki dekat gigi sungai je pun da meresap sejuk kat satu badan. Apa lagi kalau da berendam dalam tu. Rasakan sendiri!
Jambatan ni baru siap buat tau. Last i pergi sebelum hari raya aidilfitri tak de lagi jambatan ni.
The View
The View
Ni namanya semangat nak mandi sampai hujan turun lebat pun gagah juga nak mandi.
Lepas family naik darat je, air sungai da mulai naik. Hujan turun dengan lebat sangat-sangat. Air da bertukar jadi warna coklat. Time ni kalau nak mandi sangat, please bercareful ya. Nampak je air tenang tapi dalam air, air deras sangat. Tak reti berenang macam i, memang lenguhlah kaki.
Ok, itu je la i nak update pasal Kondis Point Kiulu Sabah. Dan, those yang nak pergi dan ya kat sana boleh menginap tau. Ada rumah yang comel boleh disewa dengan harga yang berpatutan. But sorry, i lupa nak tengok senarai harga. Hahaha. Dan! Please please, do contact my brother from another mother father but whe share same blood from our nenek-nenek disini:
MR. LASMIN (The Hensem Boy!) HP: 013-876 3878 | 016-845 3887
Selamat Merancang Cutian Gais!
Xoxo.
Love Korang
Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
06 September 2017 • INFO
Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1 | Mohd Zaki Yamani Azman 28, atau lebih di kenali dengan pangilan Zaki Bijak. Berasal dari Jerantut Pahang, Zaki di diagnos menghidap kanser darah atau Hodgkin Lymphoma Tahap 3, ekoran bengkak di belakang leher pada Julai 2014. Namun beliau telah berhasrat ingin melengkapkan misi Hitch Hike ke seluruh kepulauan Borneo dengan hanya berbekalkan RM1 yang telah bermula pada 29 Ogos 2017 lalu.
Dengan membawa misi menjelajah #cancerbukantikeruntukmati dan erti kata lain cancer bukan bermakna kematian. Zaki mejelajah dengan hanya menumpang kenderaan orang awam dalam menyampaikan mesej tersebut. Negeri di bawah bayu, Sabah merupakan destinasi pertama beliau.
![]() |
Gambar Zaki Bijak Ketika ingin bertolak ke Sabah. |
Walaupun beliau menghidap kanser tahap ke 3 , namun beliau tak pernah berputus asa dan menganggap bahawa penyakit ini merupakan satu semangat untuk beliau terus berjuang dan mengembara bagi memberitahu kepada semua bahawa #cancerbukantikeruntukmati.
''Program ini diinspirasikan rakan saya dari Finland yang pernah menumpang di rumah saya semasa mengembara.
''Program ini diinspirasikan rakan saya dari Finland yang pernah menumpang di rumah saya semasa mengembara.
''Jadi, untuk program ini saya menyiapkan diri dengan maklumat berkaitan perjalanan, dokumen penting seperti lesen, mykad, wang RM1, sedikit pakaian dan peralatan khemah.
''Tetapi, saya sangat bersyukur hidup di bumi Malaysia yang tinggi budi pekerti.. Walaupun tidak saling mengenali, saya bukan sahaja dibenarkan menumpang kenderaan, malah diajak bermalam dan diberi makan di rumah mereka sebelum meneruskan perjalanan pada keesokan hari,'' Zaki Bijak (FB: zakimukminn)
Menerusi laman Facebook beliau Zaki Bijak kini beliau telah 50% mengeliligi Kepulauan Sabah. Dan bakal menamatkan kembara Borneo Sabah dan masuk kepulauan Sarawak Pula. Sepanjang perjalananan beliau juga, beliau banyak memuji masyarakat Sabah yang sangat prihati dan bantuan dari pelbagai bentuk beliau dapat. Allahamdulilah Orang Sabah Bagus Bah !!!!
Kalau korang nak ikuti kisah beliau yang penuh liku-liku, korang boleh la follow Facebook beliau, setiap detik perjalanan beliau akan kongsikan bersama anda. Yang pastinya kekuatan dan ketabahan beliau sungguh luar biasa bukan seperti pesakit Kanser.
Kalau-kalau nampak beliau jangan segan-segan hulukan bantuan tau.. Sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih baik dari menerima. Bukan wang ringgit yang di pinta namun nilai kemanusia itu lebih bermakna.
Jum kita support Zaki Bijak dalam misi ''CANCER FIGHTER'' Jelajah Borneo Dengan RM1 #cancerbukantikeruntukmati.
Segala pertanyaann atau bantuan yang ingin di salurkan ( mana tahu beliau singgah perkampungan kamu ) boleh la berhubung terus dengan beliau. PM je kat facebook Zaki Bijak.
Kredit : Sabahanblogger.com
Xoxo

Subscribe to:
Posts (Atom)