25 November 2015

Tarikh Pembayaran RM500 Pemberian Khas Kakitangan Awam 2015

Tarikh Pembayaran RM500 Pemberian Khas Kakitangan Awam 2015. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2015 - Pemberian Khas Tahun 2015. boleh donlod kat situ. syukur alhamdulillah. bagi mereka yang tertanya-tanya bilakah tarikh pembayaran RM500 untuk kakitangan awam yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia kita tempoh hari, ini dia berita gembira. Pembayaran Pemberian Khas Kakitangan Awam 2015 akan dibuat pada 04 Januari 2016.

Tarikh Pembayaran RM500 Pemberian Khas Kakitangan Awam 2015

syukur alhamdulillah. memang tengah kaw-kaw menabung. tips menabung dengan lebih mudah juga adalah, jangan gatal terfikir nak beli apa kalau tak perlu. mudah kan? hehe. apa pun. horey! terima kasih daun keladi!

toodles.

24 November 2015

Old Town White Coffee ❤

Old Town White Coffee. pergh. PG jarang makan dekat Old Town White Coffee. tapi tak akan sesekali akan hilang deria rasa, rasa masakan yang ada dekat Old Town White Coffee. PG suka makan yang ada rasa kari tu. pergh. memang tak boleh nak cakap apa. memang mantap.

 

nyum nyum. nampak pun da terbeliru. apa lagi makan nanti :D

 

coffee old town white memang tak boleh nak diragui lagi kesedapan. kenikmatannya dan ke semuanya sekali la. hehe. 
 

 tengah-tengah gambar tu PG da rasa. memang sedap!

korang, apa lagi? jom cepat lepak kat Old Town White Coffee sat lagi :)
*pssst. tq nuffnang for this Old Town White Coffee ads dekat tabung nuffnang PG :)

toodles!

Jom Menabung ;)

syukur alhamdulillah. akhirnya gaji da masuk! giler menunggu sebulan lama. duit poket duit saving semua guna untuk rumah sewa hari tu. nasib ada saving sikit. kalau tak, tak tahulah macam mana nak menghadapi kehidupan mendatang dengan minyak kereta lagi turun naik turun naik. harga makanan yang tak boleh nak dikawal. segalanya memerlukan perbelanjaan yang lebih. belum lagi bab keperluan yang lain. huhu.

Jom Menabung ;)

semalam citer dengan officemate, how dia boleh survive hidup dengan kehidupan yang mencabar dengan gaji yang cukup-cukup makan je. jawapan dia senang je. berjimat dan menabung. pergh. jimat dan menabung bagi aku bukan benda yang senang. nak jimat tang mana dan nak menabung macam mana tu kalau hari-hari je keluar dari rumah memang segalanya memerlukan duit. tang mana tu saving sebenarnya? ar itu kena tanya diri sendirilah jawapnya.

Jom Menabung ;)

tu dia.

bab saving. aku pernah buat saving dengan main duit kutu atau hui. memandangkan aku orang pertama yang akan dapat. so duit tu memang aku boleh saving kaw-kaw punya. pernah sekali boleh sampai setahun duit tu baru nak habis pakai. erk? pula kan. haha. tang mana saving tu pun tak tau. hahaha. 

saving cara aku?

hujung bulan gaji terus beku kan RM100. selit kat mana-mana buku dalam laci office. begitlah setiap bulan. pernah juga dapat saving sampai RM500 ke atas. hehe. tak pe. sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan. 

da duduk menyewa ni, for sure aku kena lebih banyak saving sendiri. oh tak semua perkara aku kongsi dengan suami tau. even suami. ;) bab-bab saving ni kan para wanita lebih handal? setuju tak? hehe.

so

selamat menabung semua!

toodles.

17 November 2015

Idea Bekal Ke Pejabat ❤

morning fellas. since duduk sendiri ni, kerajinan untuk memasak dan bawa bekal ke pejabat, memang amat-amat mengembirakan diri sendiri. muahaha. selain tengah join biggest loser idea gila si mira office mate aku, membawa bekalan sendiri dari rumah sangat-sangat membantu aku untuk menang biggest loser tu nanti. amboi. yakin sangat kan. haha. 

ok fellow. ni PG nak kongsikan dengan korang semua yang kot-kot nak mencari idea nak masak apa dan bekal apakah yang lagi senang dan mudah nak bawa ke pejabat. selain senang nak masak segera plus sedap, ianya kenalah juga berkhasiat kan. hehe. itu dia. beberapa gambar yang PG dapat dari facebook. hopely membantu koranglah. PG jenis memang tak makan banyak pada waktu pagi. kadang boleh makan biskut cicah milo ke nescafe je. so tengahari memang ambik kena ambik nasi. tak pun asalkan perut berisi.

 

patut dapatkan buku ni segera ;)


ikan salmon mahal kan? tapi apa kata, dapatkan ikan salmon dan masak sedikit demi sedikit. tak kan hari-hari nak makan ikan salmon kot kan. segalanya boleh kalau kita tahu cara untuk berjimat :)



tak pernah terfikir jagung tu kat situ. ok. boleh cuba :)




good luck untuk idea bekal ke pejabat! dan good luck untuk diet PG :D

toodles!

12 November 2015

Jualan Dana Untuk Meow

morning fellas. kat sini PG nak uar-uarkan kepada rakan blogger PG, atau sesiapa sahaja yang membaca entri ini. dimana, satu Jualan Dana Untuk Meow tengah dijalankan oleh rakan blogger kita iaitu cik nurul. dimana juga, objektif utama Jualan Dana adalah demi membantu kucing-kucing yang ada dalam jagaan beliau dari segi pemakanan dan juga ubat-ubatan. semoga perkongsian PG ini dapat membantu cik nurul untuk lagi dan lagi mendapatkan bantuan dana untuk kucing-kucing dalam jagaan beliau. semoga membantu!


 

Aku akan teruskan lagi misi jualan khas #danauntukmeow.

Sebab apa?
Sebab aku memerlukannya. Bila perlu, aku akan cari inisiatif/usaha untuk kumpul duit dengan harapan secepatnya.

Caranya?
Aku akan jual apa yang perlu terutama barang peribadi aku tak kisah new/prelove. 

Jadi, mohon pada yang sudi sebarkan, sebarkan.
Hanya ALLAH sahaja dapat membalas jasa kalian.
Boleh tengok album di FB aku.

#danauntukmeow hasil jualan akan ku gunakan untuk kos pembedahan, keperluan & bantuan kepada kucing terbiar di luar sana.

Ada juga barang lama yang masih belum terjual.


Album jualan Dana Untuk Meow
[ link ]
 
semoga membantu cik nurul :)
Toodles!

11 November 2015

Cara Memohon dan Semakan Permohonan eKasih diDewan Bandaraya Kota Kinabalu

morning fellas. kat sini PG nak berkongsi maklumat tentang cara pohon eKasih dan semakan permohonan eKasih yang boleh dibuat di Dewan Bandaraya Kota Kinabalu. acapkali PG ditanya soalan berkaitan ini, samada ingin tahu cara mohon dan semak status permohonan eKasih mereka. semoga dengan perkongsian PG ini, dapat membantu pembaca dan juga orang ramai yang ingin tahu cara mohon dan semak eKasih mereka, terutamanya yang tinggal disekitar Kota Kinabalu, Sabah.


CARA MEMOHON/PENDAFTARAN EKASIH:

PG ada bertanya one of staff di Jabatan Kesejahteraan Masyarakat, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengenai cara untuk membuat permohonan eKasih. dan, jawapan yang PG terima adalah seperti ini:

Betul. DBKK adalah tempat yang betul untuk membuat permohonan eKasih. TETAPI.
UNTUK MAKLUMAN SEMUA!

Borang pendaftaran telah diselaraskan dan telah dihantar ke Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) BERDEKATAN anda.
macam mana nak tahu dimanakah UPPM yang sepatutnya korang pergi? tengok pada alamat yang tertera di KAD PENGENALAN korang. contoh mak PG. alamat beliau dalam kad pengenalan, INANAM, KOTA KINABALU SABAH. bermakna. UPPM di INANAM, adalah tempat untuk beliau membuat permohonan eKasih itu tadi.
contoh:

ALAMAT RUMAH : Kampung Kalansanan, Inanam, Kota Kinabalu, Sabah.

Tempat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) : UPPM N13 INANAM, SABAH.

isi selengkapnya borang permohonan pendaftaran eKasih and u done.

CARA MEMBUAT SEMAKAN PERMOHONAN/PENDAFTARAN EKASIH:

selepas selesai sahaja korang membuat permohonan eKasih itu tadi. PENTING untuk korang tahu adalah, borang permohonan akan dihantar ke Jabatan Kesejahteraan Masyarakat, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

disinilah semakan permohonan eKasih korang boleh dibuat. korang boleh juga hubungi 088-24400 dan minta sambung ke Jabatan tersebut untuk pertanyaan lanjut mengenai permohonan eKasih korang atau pun boleh datang ke Jabatan Kesejahteraan Masyarakat, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu sendiri, di Tingkat 7, Bangunan Centre Point, Kota Kinabalu, Sabah. naik lif parking atau pun satu lif naik ke boling tingkat 8 :D hahaha. senang cari lepas ni :D
rujuk ayat no. 16 dan juga no. 17 sekiranya pertanyaan korang adalah berkaitan ya.
 sumber: portal eKasih
16.   Bagaimanakah saya boleh mengetahui yang saya telah didaftarkan dalam sistem eKasih? 
Anda boleh menghubungi pihak Unit Penyelarasan Pelaksaan (ICU JPM) melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan/Pejabat Pembangunan Negeri (JPP/PPPN – Bahagian/Unit Kesejahteraan Rakyat) dan memberikan maklumat seperti Nama, No. Kad Pengenalan, No. telefon atau alamat e-mail/alamat surat menyurat yang boleh dihubungi.

17.   Sekiranya nama saya telah didaftarkan dalam eKasih, bolehkah saya mendapat sebarang bantuan ?
Kelulusan penyaluran bantuan adalah tertakluk kepada keputusan agensi pemberi bantuan berdasarkan syarat dan kriteria bantuan masing-masing. Data eKasih digunakan agensi pemberi bantuan untuk mengenal pasti mereka yang benar layak berasaskan kepada profil terkini peserta.

haha. itu dia. PG da selesai kat situ. hopely artikel ini dapat membantu korang ya. inshaAllah ;)

toodles!

09 November 2015

Bukan Sebab Isnin!

tak tau nak buat apa dekat office, bukan sebab hari ni memang isnin. isnin punya minggu-minggu lepas punya isnin pun sama juga aku macam ni. istilah monday blues kat aku, bukan je takat hari isnin punya blues. hari-hari lain punya blues pun memang ada. kalau boleh tiap hari lah layan blues. thank god aku memang jenis dapat arahan kerja je, terus siapkan cecepat. bukan sebab malas nak bagi tangguh-tangguh kerja. tapi sebab malas nak tengok apa yang ada didepan mata. huhu. so lepas tu boleh layan blues tengok drama korean dekat office kalau nak. hahaha. jangan kata aku tak de kerja pula. hehe.

 
tu dia.

tu baru keluar dari bilik pengarah. our pengarah will retire dalam bulan ni juga. then all the book come out dari bilik beliau dengan riang rianya. riang ria juga bagi aku kena kemas all the think. tak pe. da namanya librarians kan. ala kejap je ni. sat lagi clear. boleh berjimba-jimba dengan senang hati. lalala.

sebut pasal pengarah nak bersara. that mean. akan ada pengarah baru. of courselah kan. so. dalam few months ni juga sebenarnya, status siapakah yang bakal mengantikan pengarah sekarang, memang sangat-sangat menjadi tanda tanya. so many clu. tapi nak tahu yang sebenar-benarnya. yang sahih. kena tunggu pengarah bersara dahulu. hahaha. sangat-sangat misteri. nanti aku update sapa pengarah baru dekat office aku tau. kalau dapat pengarah macam KJ kan  best ;) perasan sungguhlah. :D

apa yang pasti. blues aku bukan pasal hari ni memang hari isnin ;)
toodles!

05 November 2015

Tips Melegakan Demam Selsema Tanpa Makan Ubat

leceh bila selsema je kena pergi hospital jumpa doktor. jumpa tak sampai 5 minit, tapi menunggu sampai 5 jam. PG paling tak berkenan dalam hidup bila kena berurusan dengan doktor. tak kisahlah doktor gomen ke swasta. lebih prefer kalau dilanda sakit, duduk diam dekat rumah, rest. tak pun kalau terpaksa sangat, farmasi berlambak. tapi tapi. sebenarnya memang tak berkenan pun nak telan ubat-ubat. hehe. dan juga jangan risau. kat sini PG nak kongsikan tips jika dilanda selsema, dan apakah rawatan yang boleh melegakan selsema dengan segera mungkin tanpa perlu makan ubat. sesuai pula dengan diri sendiri kan. hehe.

 
HALIA
Boleh membantu menghilangkan rasa sejuk dalaman badan ketika demam caranya adalah menambah halia dan limau untuk air panas dan minum dua kali sehari

IKAN
Selain kaya dengan protein, ikan seperti tuna, salmon, ikan kembung juga amat kaya dengan Omega-3 asid lemak, sebatian yang membantu dalam mengurangkan keradangan di dalam badan Kita akan lebih terdedah kepada selesema jika mempunyai keradangan kronik

SAYURAN HIJAU
Tidak dinafikan sayuran hijau sangat baik untuk kesihatan dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi dengan makan sayuran hijau ia akan membantu melawan sejuk dan selesema

BAWANG PUTIH
Sebagai antibiotik semulajadi, bawang putih membantu dalam melawan jangkitan. Selain itu, ia mempunyai beberapa ciri-ciri anti-virus dan juga menghasilkan antioksidan malah lebih baik kalau di makan mentah

KUNYIT
Boleh membantu dalam merawat jangkitan virus dan bakteria. Kunyit membuktikan ia benar-benar membantu jika menambah kunyit ke dalam makanan yang dimakan ataupun menambah kunyit untuk susu panas dan diminum ketika mengalami selesema

MADU
Boleh membantu dan melawan jangkitan bakteria. Malah, madu bermanfaat jika mengalami sakit tekak

AIR BERAS
Selain itu, untuk menghilangkan selesema adalah dengan cara ambil secawan air didihan beras dan minum ketika suam Ini adalah petua tradisional, jika Demam Dan Selesema itu berlarutan, dinasihatkan berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan sewajarnya

Pautan Sumber: mysumber.com
semoga bermanfaat ya ;)
toodles.