Tips Melegakan Demam Selsema Tanpa Makan Ubat

05 November 2015

leceh bila selsema je kena pergi hospital jumpa doktor. jumpa tak sampai 5 minit, tapi menunggu sampai 5 jam. PG paling tak berkenan dalam hidup bila kena berurusan dengan doktor. tak kisahlah doktor gomen ke swasta. lebih prefer kalau dilanda sakit, duduk diam dekat rumah, rest. tak pun kalau terpaksa sangat, farmasi berlambak. tapi tapi. sebenarnya memang tak berkenan pun nak telan ubat-ubat. hehe. dan juga jangan risau. kat sini PG nak kongsikan tips jika dilanda selsema, dan apakah rawatan yang boleh melegakan selsema dengan segera mungkin tanpa perlu makan ubat. sesuai pula dengan diri sendiri kan. hehe.

 
Tips Melegakan Demam Selsema Tanpa Makan Ubat
 Pakcik google pinjam gambar!

HALIA
Boleh membantu menghilangkan rasa sejuk dalaman badan ketika demam caranya adalah menambah halia dan limau untuk air panas dan minum dua kali sehari

IKAN
Selain kaya dengan protein, ikan seperti tuna, salmon, ikan kembung juga amat kaya dengan Omega-3 asid lemak, sebatian yang membantu dalam mengurangkan keradangan di dalam badan Kita akan lebih terdedah kepada selesema jika mempunyai keradangan kronik

SAYURAN HIJAU
Tidak dinafikan sayuran hijau sangat baik untuk kesihatan dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi dengan makan sayuran hijau ia akan membantu melawan sejuk dan selesema

BAWANG PUTIH
Sebagai antibiotik semulajadi, bawang putih membantu dalam melawan jangkitan. Selain itu, ia mempunyai beberapa ciri-ciri anti-virus dan juga menghasilkan antioksidan malah lebih baik kalau di makan mentah

KUNYIT
Boleh membantu dalam merawat jangkitan virus dan bakteria. Kunyit membuktikan ia benar-benar membantu jika menambah kunyit ke dalam makanan yang dimakan ataupun menambah kunyit untuk susu panas dan diminum ketika mengalami selesema

MADU
Boleh membantu dan melawan jangkitan bakteria. Malah, madu bermanfaat jika mengalami sakit tekak

AIR BERAS
Selain itu, untuk menghilangkan selesema adalah dengan cara ambil secawan air didihan beras dan minum ketika suam Ini adalah petua tradisional, jika Demam Dan Selesema itu berlarutan, dinasihatkan berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan sewajarnya

Pautan Sumber: mysumber.com (Link asal i da delete memandangkan link asal telah tiada dalam carian)
semoga bermanfaat ya ;)
toodles.

5 comments

For coming and comment, thank u ♥ ;)

© Yatie Owner