Jom Menabung ;)

24 November 2015

syukur alhamdulillah. akhirnya gaji da masuk! giler menunggu sebulan lama. duit poket duit saving semua guna untuk rumah sewa hari tu. nasib ada saving sikit. kalau tak, tak tahulah macam mana nak menghadapi kehidupan mendatang dengan minyak kereta lagi turun naik turun naik. harga makanan yang tak boleh nak dikawal. segalanya memerlukan perbelanjaan yang lebih. belum lagi bab keperluan yang lain. huhu.

Jom Menabung ;)

semalam citer dengan officemate, how dia boleh survive hidup dengan kehidupan yang mencabar dengan gaji yang cukup-cukup makan je. jawapan dia senang je. berjimat dan menabung. pergh. jimat dan menabung bagi aku bukan benda yang senang. nak jimat tang mana dan nak menabung macam mana tu kalau hari-hari je keluar dari rumah memang segalanya memerlukan duit. tang mana tu saving sebenarnya? ar itu kena tanya diri sendirilah jawapnya.

Jom Menabung ;)
tu dia.

bab saving. aku pernah buat saving dengan main duit kutu atau hui. memandangkan aku orang pertama yang akan dapat. so duit tu memang aku boleh saving kaw-kaw punya. pernah sekali boleh sampai setahun duit tu baru nak habis pakai. erk? pula kan. haha. tang mana saving tu pun tak tau. hahaha. 

saving cara aku?

hujung bulan gaji terus beku kan RM100. selit kat mana-mana buku dalam laci office. begitlah setiap bulan. pernah juga dapat saving sampai RM500 ke atas. hehe. tak pe. sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan. 

da duduk menyewa ni, for sure aku kena lebih banyak saving sendiri. oh tak semua perkara aku kongsi dengan suami tau. even suami. ;) bab-bab saving ni kan para wanita lebih handal? setuju tak? hehe.

so

selamat menabung semua!

toodles.

3 comments

  1. Dulu masa kita kja mcm susah btl,nak mensaving ni tpi bila da x kja duk umah blh plak mensaving hihi..mungkin ni la d namakn rezeki kan

    ReplyDelete
  2. memang kena ada displin utk menabung ni..kalau menurut pakar, at least 10% dari gaji kita kena asingkan utk menabung. memang pelik bunyi nya tapi itulah cara buat banyak duit . displin kena ada dan jangan malas.

    ReplyDelete

For coming and comment, thank u ♥ ;)

© Yatie Owner