Cara Memohon dan Semakan Permohonan eKasih diDewan Bandaraya Kota Kinabalu

11 November 2015

morning fellas.

i nak share info tentang cara mohon eKasih dan semakan permohonan eKasih yang boleh dibubat di Dewan Bandaraya Kota Kinabalu. I banyak kali diasak dengan soalan berkaitan tentang ini. Semoga dengan perkongsian i ini, akan dapat membantu korang yang ingin tahu cara memohon dan menyemak eKasih korang selepas ini, terutamanya yang tinggal disekitara bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.

Cara Memohon dan Semakan Permohonan eKasih diDewan Bandaraya Kota Kinabalu

CARA MEMOHON/PENDAFTARAN EKASIH:

Betul. DBKK adalah tempat yang betul untuk membuat permohonan eKasih. TETAPI.

UNTUK MAKLUMAN SEMUA.

Borang pendaftaran telah diselaraskan dan telah dihantar ke Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) BERDEKATAN korang.
Macam mana nak tahu dimanakah UPPM yang sepatutnya korang pergi? tengok pada alamat yang tertera di KAD PENGENALAN korang. contoh mudah dibawah;-
contoh:

ALAMAT RUMAH YANG TERTERA DALAM KAD PENGENALAN KORANG;
Kampung Kalansanan, Inanam, Kota Kinabalu, Sabah.

Tempat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) YANG PATUT korang pergi adalah;-
UPPM N13 INANAM, SABAH.

isi selengkapnya borang permohonan pendaftaran eKasih di UPPM tersebut and u done.

CARA MEMBUAT SEMAKAN PERMOHONAN/PENDAFTARAN EKASIH:

Betul. Semakan permohonan eKasih boleh dibuat di DBKK.

Alamat;-
Jabatan Kesejahteraan Masyarakat,
Tingkat 7, Bangunan Centre Point,
No.1 Jalan Bandaran,
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu
88675 KOTA KINABALU, SABAH

Atau sekiranya ada pertanyaan lebih lanjut, boleh hHubungi;
088-244000 dan minta sambung ke Jabatan Kesejahteraan Masyarakat.

rujuk ayat no. 16 dan juga no. 17 sekiranya pertanyaan korang adalah berkaitan ya.

sumber: portal eKasih

16. Bagaimanakah saya boleh mengetahui yang saya telah didaftarkan dalam sistem eKasih?
Anda boleh menghubungi pihak Unit Penyelarasan Pelaksaan (ICU JPM) melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan/Pejabat Pembangunan Negeri (JPP/PPPN – Bahagian/Unit Kesejahteraan Rakyat) dan memberikan maklumat seperti Nama, No. Kad Pengenalan, No. telefon atau alamat e-mail/alamat surat menyurat yang boleh dihubungi.

17. Sekiranya nama saya telah didaftarkan dalam eKasih, bolehkah saya mendapat sebarang bantuan?
Kelulusan penyaluran bantuan adalah tertakluk kepada keputusan agensi pemberi bantuan berdasarkan syarat dan kriteria bantuan masing-masing. Data eKasih digunakan agensi pemberi bantuan untuk mengenal pasti mereka yang benar layak berasaskan kepada profil terkini peserta.
haha. itu dia. i da selesai kat sini. hopely artikel ini dapat membantu korang ya. inshaAllah ;)

toodles!

8 comments

  1. Lya nak try mohon utk mak lya..x pernh lgi aply

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok lya. jangan lupa pergi pejabat UPPM berdekatan mak lya ;)

      Delete
  2. assalammualaikum di manakah boleh saya apply e kasih sya tggl di area kuala lumpur

    ReplyDelete
    Replies
    1. wssalam sis.

      area kuala lumpur, PG kurang pasti. mungkin sis mariana boleh berhubung dengan dewan bandaraya kuala lumpur dan bertanya tentang ini.

      harap membantu sis mariana dengan ini ya :)

      Delete
  3. Mira nak try mohon ....x pernah lgi apply tolong org2 susah...

    ReplyDelete
  4. Mira nak try mohon ....x pernah lgi apply tolong org2 susah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi mira.

      mira boleh berhubung dengan mana-mana Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat yang berdekatan dengan mira :)

      harap membantu :)

      Delete
    2. Askm saya sdh hantar borang pi mps sandakan,tapi dlm sistem kami layak terima bantuan b40 jak...tapi kami miskin tegarmcm mana cara mau daftar utk e-kasih...dia bilang klu hantar borang prmohonan ditolak juga..mcm mana ubah tu ada cara kah..

      Delete

For coming and comment, thank u ♥ ;)

© Yatie Owner