24 September 2015

Potluck di Hari Raya Aidiladha

hi fellas. ok perut da memang kenyang sekenyangnya. gambar kat bawah gambar menu keluarga PG di pagi hari raya aidiladha hari ini. kebiasaannya daging, ayam. sayur dan juga ikan uji rashid. tau kan ikan uji rashid tu? tapi pagi ni lambat sikit ke pasar, so ikan tak de. PG ganti dengan beli sayap ayam. plannya memang nak ada bakar-bakar. so. bakar ayam je la. 

potluck? kakak PG (kak didie) selalunya memang rajin potluck bagai ni. even sebenarnya dekat rumah mama pun boleh je buat kan. hari raya macam ni pun rajin juga buat potluck. hehe. tu pun sebenarnya pesan kat kak didie, masak kat rumah sendiri nanti sampai rumah mama tinggal makan je. senang. hahaha. 

sampai rumah mama. part kak didie da selesai. part aku belum. kekeke. ala senang dan mudah je pun. perap sayap ayam then bakar. masak sayur kubis. air orange kakak ipar PG buat. air limau kak didie buat. limau nipis ambik dekat belakang rumah mama je. jimat sikit duit kan. 

oh by the way, potluck tu sebenarnya tak kiralah waktu dan ketika apa sekalipun, boleh je nak buat kan. tak payah tunggu ada perayaan kecik ke besar ke. best juga ;) jimat duit belah diri sendiri dan juga belah kakak. hehe. 


maaflah. air lupa nak snap :D
toodles!

0 Komen:

Post a Comment

terima kasih komen ❤
komen anda sangat PG hargai! ;)