Jutawan Dinar Iraq Tipu?!

in , by YatieOwner, Sunday, September 27, 2015
Jutawan Dinar Iraq tipu? Assalamualaikum hallo fellas. Terlebih dahulu, i pesan, jangan buat spesikulasi yang bukan-bukan sebelum habiskan bacaan dekat sini ya.

I tak kata apa-apa berkaitan tajuk i hari ini, dan i tak kata benda ini menipu. Apa yang tertera, semuanya i dapat sumber daripada Harian Metro sendiri.

Terpulang pada diri sendiri sekiranya nak percaya sama ada benda ini betul atau pun tidak. Sekiranya kamu sedang berada disini dan membaca mengenai ini sekarang, i percaya, kita sama. Berharap satu hari nanti, ada berita baik dan kita boleh tukar matawang dinar iraq ke ringgit Malaysia. Kan?

Masa menentukan segalanya. Right? - hehe. mestilah korang yakin kan, tu sebab cari artikel ni :)

JUTAWAN DINAR IRAQ 
Jutawan Mimpi. 50,000 Ribu Orang Rakyat Malaysia Labur Dinar Iraq Tertipu.


katanya disitu, harapan menggunung kira-kira 50,000 pelabur tempatan yang membeli dan menyimpan 'duit peram' dinar iraq membabitkan nilai hampir RM50 juta sejak 2004 lebur apabila PELABURAN mereka tidak memberi peluangan diharapkan'. Laporan Asmah Rusman dan Siraj Mohd Zaini.
Tukar Matawang Dinar Iraq

Risiko Menyimpan Dinar Iraq?

Bagi i, pelaburan mana yang tidak menjanjikan risiko? Begitu juga simpan dinar iraq ini. Sedia maklum negara mereka kini sedang berhadapan dengan macam-macam hal. Tapi, tidak mustahil bagi negara yang kaya dengan minyak ini akan menilaikan semula matawang mereka kan?

Pendapat Simpan Dinar Iraq?

Takut jatuh, elakkan diri. Tapi jika yakin satu hari nanti duit dinar iraq ini akan bernilai semula, simpan baik-baik, jalani hidup seperti biasa. Kita doa saja yang baik-baik. Mudah-mudahan negara Iraq ini kembali baik. InshAllah.

Tidak perlu letakkan kepercayaan 100% dan tidak perlu berharap menggunung setinggi langit. Jika ada rezeki, inshaAllah itu sudah tertulis untuk kita. Jika tiada, tidak ada apa yang perlu dikesali.

Lots of Love here!
YatieOwner
SHARE 0 comments

Add your comment

For coming and comment, thank u ♥ ;)

© Yatie Owner · THEME BY WATDESIGNEXPRESS