Tips Dapatkan CPUV BE dari Nuffnang

29 August 2015

morning. assalamualaikum fellow! amboi. gembira sungguh kan. ok hari ni hari bercuti sakan, mari kita buat cara-cara cuti. kan? ;D dan. nak share beberapa tips, bagi menjawap pertanyaan cik namy disitu. meh baca!

Tips Dapatkan CPUV BE dari Nuffnang
hi team nuffnang :) 

1. Tingkatkan trafik blog!

Nuffnang mencadangkan minimum 20 views setiap hari. Kita juga boleh mensasarkan untuk mencapai 100 views setiap hari jika trafik blog kita melebihi 20 views setiap hari. Nak dapatkan trafik ni, sangatlah senang! BLOGWALKING paling senang ;)

2. Susun atur blog agar dapat memberikan ruang untuk unit iklan Nuffnang!

Nuffnang mempunyai 3 jenis unit iklan tau. Kalau boleh letak ketiga-tiganya sekali dalam blog, iaitu leaderboard, skyscraper, dan large rectangular.

Nak tahu letak code dengan betul, boleh klik sini juga : Bintang Kuning Nuffnang Ku!

Kebanyakan pengiklan pula akan memilih unit iklanleaderboard dan skyscraper, oleh itu Nuffnang mencadangkan supaya kita, kena pastikan blog kita mempunyai ruang untuk unit tersebut. Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan saiz and penempatan unit iklan dalam blog kita, sila log masuk ke Nuffnang dan klik "Add ads".

3. Pastikan Nuffnang mengetahui apa jenis blog kita!

Soalan kajian! Bahagian ini adalah sangat wajib untuk newbie yang baharu mendaftar dengan Nuffnang, sangat penting untuk dijawap ok. Ini agar dan membolehkan Nuffnang mencari blog yang sesuai untuk kempen iklan yang sedang mereka jalankan. Dengan itu, bolehlah kita menjana pendapatan sampingan dengan mudah!

4. Memahami pembaca blog kita.

Dengan memahami pilihan pembaca blog kita, kita boleh mengetahui bagaimanakah pembaca blog kita akan bertindak terhadap iklan dan jenama yang ada pada unit iklan blog kita.

Iklan Nuffnang adalah disasar kepada kategori atau golongan yang berkenaan. Justeru itu, pilih kategori yang sesuai untuk blog kita, bukan sahaja akan membolehkan Nuffnang untuk memperuntukkan iklan yang sesuai kepada blog kita, malahan dapat menambah pendapatan blog kita.

5. Pengiklanan banner Nuffnang.

Nuffnang akan memapar iklan di unit iklan yang ada pada blog yang telah berdaftar dengan Nuffnang tau.

Unit-unit iklan tersebut pula membolehkan Nuffnang mengukur trafik blog kita, dan pada masa yang sama dapat mengiklankan di blog kita.

Dengan cara ini, kita akan mendapat pendapatan. Walaupun kita hanya dikehendaki meletak salah satu unit iklan di blog kita, tetapi lebih banyak unit iklan yang kita letak, semakin tinggi peluang blog kita akan dipilih untuk kempen iklan yang berkenaan, dan bolehlah kita memperolehi pendapatan sampingan! (entri asal: tips nuffnang)
untuk sis namy. semoga artikel ini menjawap persoalan namy ya. good luck dear!

Toodles,

4 comments

  1. Da jrg2 update nuffnang tpi syukurla msh dpt juga cpuv seketul dua..ok la tu kan hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. PG pun sama lya. jarang nak udpate. tapi nuffnang baik hati je kan bagi seketul dua ketul :D adui. rasa serba salah pula tak citer pasal depa dalam blog :D

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. semuanya sis dah ikut..tapi belum ada rezeki lagi kot..

    ReplyDelete

For coming and comment, thank u ya ♥ ;)

Thanks for Droping By! ;)

© Yatie Owner