Penulisan Mampu Beri Hasil Lumayan

27 August 2015

tapi for me bukan senang dan mudah nak menulis satu-satu artikel yang baik. perlu ada idea dan jika bernasib baik, pada waktu yang TEPAT, IDEA akan hadir dengan MENCURAH-CURAH.

Penulisan Mampu Beri Hasil Lumayan

penulisan mampu beri hasil lumayan. artikel dari sumber berita harian bertarikh 12 ogos 2015 menarik minat i nak kongsikan dekat korang sama. blogger juga dikira sebagai seorang penulis, bukan? jadi tidak salah jika i kata, apa yang kita tulis dekat blog juga mampu memberikan hasil lumayan. 

tidak hairan jika ada yang sanggup berhenti kerja semata-mata mahu menulis. i setuju. bidang penulisan ni meluas. bukan sahaja penulisan dengan menulis novel. tengok sahaja blogger HASRULHASSAN (http://www.hasrulhassan.com/). TOP BLOG MALAYSIA. seorang suami dan blogger sepenuh masa yang meraih pendapatan lumayan melalui penulisan menggunakan medium blogspot. memang respectlah dekat uncle HH 

siapa sangka dan mana tahu, i juga akan sanggup berhenti kerja semata-mata mahu fokus dengan menulis, kan? :)

dekat artikel juga ada dikongsikan sedikit tip secara umum bagaimana untuk seseorang itu ingin memulakan penulisan. i kongsikan bersama ya. InshaAllah. moga dijadikan panduan bersama :)
Perkara yang pertama, idea akan datang bila-bila masa dan di mana jua. Jadi, kita mesti pandai menguruskan idea itu. Tidak perlu menyimpan idea mengikut susunan. Yang penting simpan idea tersebut secara lakaran di sana sini mengikut keselesaan anda.
Secara am, apabila seseorang itu menyimpan hasrat untuk menulis sesuatu, idea itu akan datang sama ada semasa bekerja, memandu, berehat, bersembang bersama rakan atau mebeli-belah. Tugas anda adalah mencatat apa juga idea.
Perkara yang kedua, tidak perlu memikirkan apakah yang hendak ditulis untuk mukadimah atau 'intro' yakni permulaan cerita, andainya anda ada idea untuk bab pertama atau bab akhir, tulis sahaja.
idea yang datang tidak mengikut susunan seperti mana yang kita inginkan. tidak perlu khuatir kerana suatu masa kita akan susun semula idea itu mengikut turutan.
ada sesetengah penulis terpaksa berhenti di tengah jalan atau tidak mahu meneruskan penulisan disebabkan tidak mendapat idea hendak memulakan penulisan. Jadi dalam hal ini, menulis tidak perlu mengikuti proses yang yang rigid kerana pada peringkat awal sudah memadai seseorang itu sekadar melakar idea.
done. itu dia dua tips tapi punya maksud yang mendalam yang i rasa, kita patut ambik tahu. apa pun. semoga bermanfaat dan its good untuk dijadikan panduan basic bagi mereka yang ingin baru berjinak-jinak nak menulis atau mungkin sebenarnya pada mereka yang tidak tahu mereka sebenarnya ada bakat untuk menulis, tetapi tidak tahu untuk bermula dari mana ❤
 
semoga berguna untuk korang ye :)
Toodles.

5 comments

  1. Hi PG pagi ni aliah sedekah iklan promotes content untuk PG :-)
    Have a nice day PG !

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq aliah :D
      nanti PG datang melawat aliah ye ;)

      Delete
  2. biasanya idea datang bila scroll gambar2 dalam phone. hahaha .

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. PG kalau nak dapatkan idea kena masuk instagram :D

      Delete
  3. Harap dapat jadi macam abg ben dan bro HH suatu hari nanti =)

    ReplyDelete

For coming and comment, thank u ♥ ;)

© Yatie Owner