Punca Gempa Bumi | Gegaran Yang Melanda Sabah Pagi Ini

in , by YatieOwner, Friday, June 05, 2015
hi fellos. pagi ni keadaan dikota kinabalu sabah agak kucar kacir dengan berita Sabah Dilanda Gempa Bumi. macam tu la kot. PG yakin, bukan sahaja dikota kinabalu kawasan tempat bekerja, malah sekitar bandaraya, sepanggar tempat tinggal kakak PG, inanam tempat PG tinggal, papar tempat kengkawan officemate PG, penampang dan banyak tempat lagi dan terutama sekali gegaran yang amat kuat sekali terasa adalah di kundasang, ranau sabah. jika korang rajin tengok berita atau facebook, pretty sure akan ramai yang berkongsi, gunung kinabalu adalah yang paling teruk terjejas. check point untuk turun sama sekali runtuh. para pendaki kabarnya tidak dapat turun. memerlukan bantuan heli untuk menurunkan mereka dari atas puncak. Ya Allah. itu amat menakutkan. nyawa dihujung tanduk. Ya Allah. takutnya.

Punca Sabah dilanda Gempa Bumi Pagi Ini

Punca sebenarnya PG masih agak kabur-kabur. tak tahulah apa punca sebenarnya. tak nak sebarkan apa-apa isu but ramai kengkawan PG say it if korang ada baca berita 'Pelancong Asing Berbogel di Puncak Gunung Kinabalu', kononnya berkaitan. PG rasa korang pun tahu kan, pantang larang nenek-nenek kita dahulu kala. Mungkin ada kaitannya dengan apa yang berlaku di Puncak Gunung Kinabalu. WaAllahualam. Kita tak tahu. Apa pun, doakan para pendaki dekat gunung kinabalu sekarang berada dalam keadaan selamat.


KOTA KINABALU: Taman-Taman Sabah mengesahkan 10 pelancong asing, termasuk empat wanita berbogel di South Peak, Gunung Kinabalu yang gambarnya tersebar pada 30 Mei lalu. Pengarahnya, Dr Jamili Nais, berkata malim gunung yang mengiringi pelancong terbabit sudah membuat laporan dan menulis surat kepada Taman-Taman Sabah berhubung kejadian berkenaan. Beliau berkata, pada tarikh berkenaan, beberapa malim gunung mengiringi seramai 27 pelancong dari Eropah mendaki Gunung Kinabalu dengan 10 orang daripadanya berbogel di kawasan South Peak.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/58682

apa pun, jika Dia telah berkehendak sebagaimana yang Dia mahu,
siapa kita untuk menidakkannya kan?

toodles.
SHARE 4 comments

Add your comment

  1. itu adalah satu peringatan daripada Allah untuk kita. jangan terlalu lalai mengingati Allah. walau bagaimanapun, mari la kita sama sama berdoa agar penduduk di sana selamat sejahtera

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu awak. Banyak tanda peringatan sebenarnya kalau kita ambik positif, ambik point kan. Doakan keselamatan mereka ya. even tidak kenal. mereka tetap saudara sesama manusia kita. Pray for Sabahan.

      Delete
  2. Singgah jenjalan pagi. Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang kita harapkan. Terima kasih singgah blog PG ya ;)

      Delete

For coming and comment, thank u ♥ ;)

© Yatie Owner · THEME BY WATDESIGNEXPRESS