Tips Kecantikan Menggunakan Buah Pisang

30 April 2015

Tips cantik menggunakan buah pisang? hehe. aku baru tahu. jom baca. inshaAllah, cuti 4 hari ni, bolehlah mencuba. save bajet untuk lebih cantik dan menawan :) :D PG la tu! hehe.

Tips Kecantikan Menggunakan Buah Pisang

  1. Ambil pisang separuh masak, lenyek, dan sapukan pada muka dan leher anda. Biarkan ia selama 20-25 minit sebelum membasuhnya dengan air suam. Ia berfungsi sebagai pelembap semulajadi untuk kulit kering. Jika anda mempunyai kulit yang sangat kering atau kusam, anda boleh tambahkan sedikit madu. Pisang juga membantu untuk membuang jeragat hitam pada wajah.
  2. Lenyekkan pisang masak, tambahkan dua sudu teh jus lemon, gaul rata, dan kemudian sapukan pada muka dan leher anda. Biarkan ia selama 20 minit. Kemudian, basuh dengan air suam. Mask muka ini membantu dalam pengurangan bintik dan noda pada wajah sekaligus memberikan kesan wajah yang lebih berseri.
  3. Tambahkan sedikit gula kepada pisang masak yang telah dilenyekkan, kemudian sapukan pada muka anda, dan urut dalam gerakan membulat. Kemudian, basuh wajah anda. Ia berfungsi sebagai krim penyental semulajadi. Pisang bertindak sebagai pelembap, manakala gula pula membantu menyingkirkan sel-sel mati.
  4. Lenyekkan avocado dan pisang, sapukan pada kulit anda. Biarkan selama 20 minit, kemudian basuh. Pek ini berfungsi sebagai krim anti-penuaan yang cukup berkesan.
  5. Ucapkan selamat tinggal untuk mata yang bengkak! Lenyekkan setengah pisang dan letakkan di sekitar mata yang bengkak. Biarkan ia selama 10-15 minit, kemudian basuh dengan air sejuk. Bengkak pada mata akan hilang serta-merta.
Selamat mencuba tau ;)
kredit: wanista - http://www.wanista.com/tip-kecantikan-mudah-menggunakan-pisang/
toodles. 

2 comments

  1. selalu guna kulit pisang gosok siku.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke? alamak. PG tak pernah dengar pula nina :D

      Delete

For coming and comment, thank u ya ♥ ;)

Thanks for Droping By! ;)

© Yatie Owner