Ada 3 Hal | Terima Kasih Sahabat

12 April 2015

its nice to share. tadi dapat dari group wechat kengkawan office PG. then nak kongsikan dekat sini. buat sahabat bloggers PG, thanks untuk kamu juga ya :)

Ada 3 Hal | Terima Kasih Sahabat
Katanya:

Kadang - kadang sahabat yang suka belanja kita makan, bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persahabatan melebihi duit.

Kadang - kadang sahabat yang rajin bekerja, bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab.

Kadang - kadang sahabat yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan, bukan kerana mereka salah tapi sebab mereka menghargai orang di sekeliling mereka.

Kadang - kadang yang sukarela membantu kita, bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat kita sebagai seorang sahabat.

Kadang - kadang sahabat yang selalu SMS DAN WHATSAPP anda, bukan kerana mereka tak da benda lain nak buat tapi sebab mereka INGAT PADA ANDA.

Satu hari, kita semua akan terpisah, kita akan terkenangkan pelbagai perbualan dan impian yang kita ada.

Hari berganti hari, bulan, tahun, hingga hubungan ini menjadi asing...

Satu hari anak2 kita akan jumpa gambar kita dan bertanya,

"Siapa mereka semua tu?"

Dan kita tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana hati ini terusik dengan kata yang sayu, lalu berkata,

"DENGAN MEREKALAH SAYA ADA HARI YANG PALING INDAH DALAM HIDUP SAYA."

TERIMA KASIH SAHABAT

Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :

1. Waktu
2. Kata-kata
3 . Kesempatan

Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg :

1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam 

Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang :

1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran

Ada 3 Hal yg paling berharga :

1. Kasih Sayang
2. Cinta
3. Kebaikan

Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti :

1. Kekayaan
2. Kejayaan
3. Mimpi

Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorg :

1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras

Ada 3 Hal yg membuat kita sukses :

1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus

Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu :

1. Rezeki
2. Umur
3. Jodoh

TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yg PASTI :

1. Tua
2. Sakit
3. Kematian

Ya Tuhan, insan yg membaca ini adalah insan yg kuat, sabar, pengasih & penyayang - maka sayangilah dia serta kasihilah dia, bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan tubuh badannya, jika dia melangkah, selamatkanlah dia, permudahkan & lancarkan segala pekerjaannya.

kan? sama-samalah kita beringat. terima kasih sahabat yang kongsikan benda ni dekat wechat tadi.

toodles.

Post a Comment

For coming and comment, thank u ya ♥ ;)

Thanks for Droping By! ;)

© Yatie Owner