23 September 2014

Blog Melampau di Malaysia!

Panas. Memang panas. Hari ni sahaja ada 2 blog yang aku baca menulis tentang satu Blog Terlampau atau Melampau ni. Memang seorang blogger Malaysia dan sebenarnya beliau tidaklah melampaui batas seseorang sebenarnya. 

 Sumber: Profhariz.com

BLOG MELAMPAU DI MALAYSIA

Denaihati.com. Itulah dia BLOG MELAMPAU yang disebut-sebut. Bukan Blog asing lagi bagi aku. Dengan tagline "Hidupkan Untuk Memberi", DH (Denaihati.com) memang layak digelar blog melampau juga! Kenapa aku kata macam tu? Sebab DH memang satu blog yang berani dan memang melampaui mana-mana blog setakat pembacaan aku yang menganjurkan satu-satu segmen contest dengan menawarkan hadiah yang super grand! Lihat sahaja pada dua tahun yang lalu, DH menawarkan hadiah iphone 5 sebanyak 5 unit untuk cabaran mengejar impian memiliki iPhone 5 ketika itu. Kini, dengan penganjuran contest cabaran iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger, memang aku agak blog DH akan menjadi satu blog Terlajak Terlampau Laris. hehe. 

Tahniah Denaihati.com

Toodles.

19 September 2014

Tempahan Untuk Ibadah Korban dan Aqiqah

Tempahan Untuk Ibadah Korban dan Aqiqah

Assalamualaikum fellow. Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji tidak lama lagi akan disambut oleh seluruh umat islam didunia! Bagi mereka yang berkemampuan, ianya pasti hari yang dinanti-nantikan bagi menyahut juga seruan panggilan haji. Syukur alhamdulillah. Berjaya mengerjakan rukun islam yang satu ini.

TEMPAHAN IBADAH KORBAN DAN AQIQAH

Bila Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji tiba, pastinya, ada yang tidak melepaskan peluang untuk turut sama melakukan ibadah yang satu ini juga, iaitu ibadah korban. Disini, PG ingin uar-uarkan, jika ada yang ingin atau berminat untuk membuat tempahan for ibadah korban dan aqiqah, korang bolehlah berkunjung ke laman rasmi equrban.com, diuruskan oleh sebuah syarikat islam 100% bumiputera. Sebuah organisasi yang juga diuruskan oleh mereka yang berpengalaman luas mengadakan aktiviti amal di Kemboja (sumber: Akmaomar.com)

Syarikat EQURBAN RESOURCES SDN. BHD. (951131-U)
87A, Jalan 8/1, Seksyen 8,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor.
Laman Web: http://equrban.com

Ok, tempahan bolehlah dibuat sekarang dengan melayari laman rasmi equrban.com. Semoga ibadah yang kita lakukan mendapat keberkatan dan diterima olehNya. InshaAllah.

Toodles.

Menjana Pendapatan Sampingan dengan World of Hijab



Assalamualaikum. Salam jumaat fellow. PG ingin kongsikan disini, untuk mereka yang ingin atau sedang mencuba untuk menjana pendapatan sampingan dengan hanya berblog. Atau asalkan anda mempunyai akses internet, maka anda sudah boleh menjana pendapatan sampingan dengan mudah.

WORLD OF HIJAB

Memperkenalkan, World of Hijab. Sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan menjual hijab secara online. Telah beroperasi sejak Ogos 2014 selepas penubuhannya juga pada bulan dan tahun yang sama, dan melalui gabungan program affiliate dan unilevel marketing (sumber Denaihati.com) menjanjikan satu sumber untuk menambah pendaptan sampingan jika kita rajin untuk berusaha.

PENDAFTARAN WORLD OF HIJAB

Anda boleh mendaftar di laman rasmi World of Hijab. Untuk maklumat lanjut, jom layari World of Hijab sendiri, atau anda boleh sedikit penerangan mengenainya dekat blog Denaihati.com.

Toodles.

18 September 2014

Program Bicara Wasatiyyah Negeri Sabah


Morning fellow. Pagi ni PG attend Program Bicara Wasatiyyah Negeri Sabah dekat Dewan As-Saadah, Wisma Muis Sabah. Program bersama dengan Y. Bhg. Prof. Dr. Kh. Ali Mustafa Yaqup, Imam Besar Masjid Istiqlal Jakarta, Indonesia, dengan sedikit perkongsian bertajuk Ancaman Fahaman Puralisme Terhadap Kesejahteraan Masyarakat. 

Moga dengan perkongsian akan memberi sedikit tidak banyak ilmu untuk mereka-mereka yang ada didewan ini. InshaAllah. Juga mendengar ucapan aluan daripada YBhg Tan Sri Dr, Abdullah bin Md Zin, Penasihat Agama kepada YAB Perdana Menteri merangkap Pengerusi Institut Wasatiyyah Malaysia.

Sat lagi sambung perjuangan untuk cabaran tugasan kedua iphone 5s anjuran denaihati.com tu :D
Toodles. 

17 September 2014

Cabaran Top 70 Penulis Komen di Blog Denaihati [Hari ke-3] | Kerja Menimbun!


Fellow! Akhirnya ada entri juga untuk hari ni dekat blog aku ni. adeh, baru siap kemas segala laporan, nota kursus plus laporan pelajar praktikal. siapkan apa yang patut dahulu baru mengadap blog Denaihati. hehe. oh tidak. Perjuangan harus diteruskan. evendo banyak macam mana sekalipun kerja, kena pandai bahagikan masa ok. 

bila aku publish entri ni, aku da dekat rumah. so, kena take five dahulu. lepas tu bolehlah berjimba-jimba dekat blog DH. oh ada apa dekat blog DH? ok. satu persoalan yang baik. 

Cabaran Top 70 Penulis komen di Blog Denaihati

hehe. Ya, hari ni da masuk hari ketiga cabaran untuk tugasan kedua contest iPhone 5s anjuran denaihati.com. Tugasan kedua yang agak mencabar disitu sebenarnya. tapi, jika kita pandai membahagikan masa, pasti bolehlah!

so kita jumpa nanti ya :)

Toodles.

16 September 2014

Cabaran Top 70 Penulis Komen di Blog Denaihati.com [Hari ke-2] | Online dari Handphone


Cabaran hari kedua Top 70 Penulis Komen di blog Denaihati diteruskan hari ni. Masuk hari kedua, ada yang gigih meninggalkan komen di blog Denaihati. Lebih-lebih lagi Denaihati telah membuka senarai Top Komentar dari 5 ke 10. Aku yakin, persaingan akan makin hebat dari sehari ke sehari. Hehe. Harap-harap tak jammed la trafik blog Denaihati ;D 

Hari ni di cabaran kedua, Online dari handphone sahaja. Memandangkan aku da lama kebumikan laptop aku. Sobsob~. Korang?! Doakan aku layak menjadi salah seorang Top 70 Penulis Komen di blog Denaihati ya. 

Entri Berkaitan:

15 September 2014

Cabaran Top 70 Penulis Komen di Blog Denaihati.com [Hari Pertama] | Diri Sendiri

Cabaran Top 70 Penulis Komen di Blog Denaihati.com [Hari Pertama] | Diri Sendiri


hai fellow. hari ini aku da mula menjadikan diri aku sendiri sebagai cabaran utama untuk melaksanakan impian untuk menjadi top 70 penulis komen di blog denaihati.com. Ini semua dek kerana aku nak blog ini berada tempat di antara top 70 komen yang DH cari sebagai menyahut cabaran untuk tugasan ke dua iPhone 5s. inshaAllah, aku akan cuba buat yang terbaik. Bukan sahaja tengah mencabar diri sendiri sebabkan contest iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger itu, tapi juga tengah nak mencabar diri sendiri untuk sahut cabaran rakan blogger abg ben ashaari abg tegap dalam Cabaran 30 Hari beliau.

Cabaran 30 Hari Abg Ben Ashaari Abg Tegap

hari ni je aku da start cabaran pertama abg ben abg tegap tu. 5 fakta menarik tentang aku, korang boleh baca dekat sini. apa pun yang menarik tentang aku, aku tak sabar nak buat task seterusnya. ada satu task  yang memang dinantikan oleh para blogger, kalau tak silap aku, tajuk dia ' pesanan buat bekas kekasih' hehe. mantap juga task tu tau :D apa pun, tunggu esok dan esok punya task. da sampai task tu, korang bacalah sendiri apa aku nak tulis. ahahaha.

Cabaran 30 Hari menjadi TOP 70 PENULIS KOMEN di blog Denaihati.com

ok. ini yang aku kata, cabaran hebat untuk diri sendiri. hari ni je rasanya ada dalam 10 komen yang telah aku tinggalkan dalam blog DH. aku da target, dalam sehari inshaAllah aku mampu untuk tinggalkan 10 or ke 15 komen untuk pelbagai entri DH. inshAllah, doakan PG dapat buat dan buat lagi untuk seterusnya ya.

ok, sapa yang nak join PG buat cabaran ni, boleh sahaja. PG lagi suka, lagi ramai, lagi best! lagi pun cabaran ni suka suki. hehe. boleh hastag #Top70penuliskomenblogdH!

Toodles!

14 September 2014

Tugasan ke-2 Cabaran iPhone 5s Anjuran Denaihati


Tugasan ke-2 Cabaran iPhone 5s anjuran Denaihati.com akan bermula esok iaitu 15.09.2014 sehingga 15.10.2014 (1 bulan). Syukur alhamdulillah, blog PG turut tersenarai dalam tugasan kedua, yang mana tugasannya, PG perlu masuk dalam Top 70 Penulis Komen dalam blog denaihati, sebelum PG layak untuk masuk ke pusingan akhir atau tidak. Maknanya akan ada lagi la kot cabaran yang terakhir. Apa pun, doakan PG berjaya dalam cabaran kedua ni ya :)

Entri Berkaitan:

12 September 2014

Segmen Ben Ashaari | Aku, Seorang Blogger

Segmen Ben Ashaari | Aku, Seorang Blogger


Amboi, bukan main la abg ben abg tegap kita ni ye. Tak pe! PG menyahut cabaran tuan punya segmen. Cabaran 30 hari abg ben pun PG tak ikut lagi. hehe.

Peranan sebagai blogger ya? Ini sudah seperti menjawap soalan peperiksaan kata sis qaseh dalia. Bagi PG pula, ini sudah seperti menjawap soalan kenaikan pangkat ke gred N41. hehe.

Ok, sebagai seorang blogger, peranan kita kepada mereka yang ada disekeliling kita, terutama masyarakat dan negara itu sebenarnya besar maksudnya. Peranan kita sangat meluas. What i mean is, jika kita tersilap untuk memberikan sebarang maklumat, terutamanya jika ianya mencari utama para pembaca, maka mereka juga akan turut mendapat kesan yang buruk, dek kerana kita sebagai blogger ini, peranan kita yang sepatutnya menyampaikan maklumat yang benar dan sahih, tetapi kita pula menyebarkan benda yang tidak benar. Info yang salah. Contohnya seperti apa yang sedang berlaku dekat negara kita sekarang ini, MH370, MH17. For me, jika ada sebarang maklumat yang tidak benar, rasanya no need to share. Itu bukan sahaja akan memberikan satu berita yang tidak benar, malah akan ada lagi banyak hati yang terluka. Yes, memang betul hak bersuara itu adalah hak kita, tapi bagi PG, even apa pun kita buat, kena ada batasnya.

InshaAllah, jika diberikan peluang untuk menjana pendapatan sampingan sehingga ribuan ringgit, istilah untuk berhenti kerja itu sebenarnya ada. Tetapi selepas menyelesaikan segala hutang piutang la kan. hehe. Menjadi blogger sepenuh masa? Sudah tentu! Bisnis? PG memang crazy bab shopping online. Maybe one day, PG akan punya satu jenama sendiri untuk buka bisnis secara dalam talian, maybe. InshaAllah. Doakan tau! ;)

Harapan ya? harapan PG is, semoga dunia blogger akan terus maju dan kreatif! Melihat kepada pertumbuhan negara yang baik, i'm pretty sure, juga akan lahirnya bakal-bakal generasi yang bijak pandai dalam dunia blogger. Mana tahu, anak abg ben sendiri akan menjadi seorang blogger terkenal dan hebat like papanya, kan?. :D
Korang! Segmen hari ni, will berlanjutan until jam 6 hari ni tau.
Toodles!

10 September 2014

BR1M 4.0 2015 RM300 TAMBAHAN KHAS GST 2015


Syukur alhamdulillah. Berita yang mengembirakan untuk rakyat Malaysia tidak lama lagi. Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) KHAS GST 2015 akan dibuka seawal pada tahun 2015. Tinggal beberapa bulan je lagi kan. Syukur alhamdulillah. Semoga dengan pemberian yang bakal diterima, dapat kita manfaatkan sebaik-baiknya.

Borang permohonan online BR1M 2015 : Akan dikemaskini. 

Info untuk dikongsikan bersama:
  • Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) Khas GST 2015 merupakan bayaran sebanyak RM300 kepada jumlah yang sedia ada bagi meringankan beban golongan bagi mereka yang berpendapatan rendah berikutan dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bakal bermula pada April 2015.
  • Ringkasan pembayaran : RM650 + RM300 = RM950 BERSIH yang bakal diterima oleh mereka yang layak dengan isi rumah RM3000 dan ke bawah)
  • Begitu juga dengan jumlah RM450 dan RM300 sedia ada, jumlah bersih sebelum ini akan ditambah kepada RM300 menjadi RM750 dan RM600. 
Syukur alhamdulillah. Tak plan nak buat apa lagi duit tu? Ar, better simpan dalam bank je tau ;)

Toodles.

09 September 2014

in Da Office

in Da Office

morning fellow ;)

hari ni awal masuk ofic. memandangkan kemarin aku bercuti. jadi hari ni, ambik kesempatan masuk ofic awal. hurm. seperti biasa, meja kerja ok. tak sesak seperti minggu lepas. lepas ni nak fikir nak start buat apa awal pagi. acteli, da malas nak saratkan otak dan minda dengan kerja yang tak pernah nak abis. nak buat easy come sahaja. bukan apa. satu sifat yang aku memang tak boleh nak ketepikan is, aku suka sangat nak siapkan kerja secepat mungkin. kadang agak membebankan juga kalau nak cepat-cepat je bagi habis kerja kan. erk? bagus apa? tak la orang kata nanti, gomen ni tak de kerja pula. hehe.

what i mean is, kadang bila ada satu kerja bos pesan buat, ada lagi officer lain yang pesan sama nak minta tolong buat ini buat itu. so, kena pandailah tengok dan nak buat macam mana. mana yang due date panjang sikit, kalau boleh ke tepi kan sat. mana yang urgent, kita buat dulu. hehe. erk. apa yang aku melalut awal pagi ni. tak pe! aku selalu kata 'serahkan pada yang pakar' ahaha. so. Good morning korang! ;)

later kita sambung k ;)

Toodles.

02 September 2014

Pusat Pembelajaran Alam Sekitar DBKK

Morning fellow. hari ni PG da masuk office semula. wa. rasa macam setahun bercuti. rindu dekat pejabat. rindu dekat kengkawan. rindu dekat pc tradisional PG ni juga. hehe. nanti free, PG update where i'm going k. tak pegi mana pun. ada sekitar kota kinabalu sahaja.

Pusat Pembelajaran Alam Sekitar DBKK

oh by the way. berbalik dengan tajuk dekat atas. Yes. Sebenarnya PG pun baharu tahu pusat pembelajaran alam sekitar ini telah dibuka, yang akan dilaksanakan oleh pihak DBKK. PG copy kata-kata perkongsian daripada Puan Salmah Batin, daripada Jabatan Penyelidikan dan Koordinasi, DBKK tentang pusat ini.

"Bagi merancakkan aktiviti lestari alam sekitar yang dilaksanakan oleh DBKK, kini satu pusat pembelajaran alam sekitar telah dibuka bagi memberi peluang kepada orang awam, pelajar sekolah/ IPT  dan penduduk sekitar taman perumahan mempelajari dan memberi pengalaman baharu bagaimana untuk menguna semula sisa bahan dapur dan isirumah menjadikan produk baharu yang mesra alam dan boleh membantu kegunaan harian di rumah seperti menghasilkan sabun daripada minyak masak terpakai yang biasanya minyak ini akan terus dibuang di sinki dapur yang mana ianya akan memudaratkan 'mainhole' di kawasan perumahan itu sendiri sekaligus akan memberi kesan sistem sewerage tidak dapat berfungsi dengan baik. .Kepada yang berminat bolehlah mewar-warkan kepada rakan tetangga dan saudara mara untuk mengunjungi pusat pembelajaran tersebut yang terletak di Taman Perumahan Mei Lok dan mempelajari pelbagai lagi kaedah untuk mengitar semula sisa bahan isirumah. Peta ke pusat saya lampirkan sebagai panduan"

Peta ke Pusat Pembelajaran Alam Sekitar DBKK


PG tak berkesempatan lagi ke sana. InshaAllah will pegi nanti ;) dan berita baik untuk penduduk sekitar atau mereka yang berminat, DBKK berhasrat untuk mengajar masyarakat bandaraya untuk membuat mud ball, air emas, eco candle, eco soap & kompos sebagai menyokong pemuliharaan alam sekitar, terbuka kepada semua warga bandaraya yang berminat! PG kongsikan bersama maklumat kat sini ya.

Setiap HARI RABU.
Masa : 09.00 pagi hingga 12 tengahari
Tempat : Pusat Pembelajaran Alam Sekitar DKK (DBKK Environment Learning Centre Taman Mei Lok Kota Kinabalu)

So. Jom? Jumpa kat sana, maybe? :)

Toodles.

01 September 2014

Cabaran 30 Hari | Hari Pertama | 5 Fakta Menarik Mrsyatie

Morning fellow. Ar sudah. PG pun terjangkit sama da ni. Menyahut sahutan, cabaran dari rakan blogger abg ben abg tegap femos amos itu. Sebelum itu! apakah dia Cabaran 30 hari ini? ok, korang boleh google sendiri tau. kalau free, nanti PG share. its lot of bloggers out there, tulis tentang benda ni. serius, fun giler masa baca depa punya story :) tidak lambat tidak juga rasa nak lempang sesiapa sebab lambat menyahut cabaran, PG nak juga join! :D jom baca 5 fakta tentang PG!

5 Fakta Menarik tentang Mrsyatie

1. Tak suka cuaca panas
2. Suka tidur ketika hujan turun
3. Bila part makan mesti ada sup kosong
4. Rasa nak marah bila orang pinjam barang kita tapi tak reti nak bagi balik semula
5. Sukar untuk menepis untuk tidak fikir tentang masalah orang lain.

ok. apa macam? senang sahaja task pertama di hari pertama PG join kan. esok kita tengok apa task untuk hari kedua pula.

Toodles!