26 August 2014

Senarai Harga Perodua Axia

Senarai Harga Perodua Axia. Kengkawan kata harga bulanan Perodua Axia paling murah dalam RM250.00 ke RM300 something. Giler murah wei! Savy kitaorang tu pun RM300 sebulan something. Viva aku pakai sebelum ni pun dalam RM400 something. Kira Perodua Axia bulanan memang murahlah kan. Mari tengok senarai harga perodua axia.

SENARAI HARGA PERODUA AXIA


Kredit: Google
  1. Standard E (1.0 E manual) – RM24,900 (solid), RM25,300 (metallic)
  2. Standard G (1.0 G manual) – RM32,800 (solid), RM33,200 (metallic)
  3. Standard G (1.0 G automatic) – RM34,800 (solid), RM35,200 (metallic)
  4. Special Edition (1.0 SE manual) – RM37,900 (solid), RM38,300 (metallic)
  5. Special Edition (1.0 SE automatic) – RM 40,900 (solid), RM41,300 (metallic)
  6. Advance (1.0 AV automatic) – RM44,900 (solid), RM45,300 (metallic) - Sumber: kepalabergetar.blogspot.com

Entri Berkaitan:

Suami kata, deposit kena besar sikit kalau nak dapatkan bulan dalam dua ratus something tu. ;)

Toodles.

Siapa Kata Jadi Urus Setia Kursus itu Best?!

Propa sungguh tajuk kat situ kan. terang-terangan nak bagitau korang, jadi urus setia kursus ni ada best dan tak bestnya.

Best bila....

  1. Makan free kat tempat kursus
  2. Tak perlu buat lain-lain kerja (duduk sambil scroll facebook dari pagi hingga habis kursus) 
  3. Tak payah masuk office, nak kejar tumb merah ke ape
  4. Petang habis kursus, kursus awal habis 4.30 macam tu, terus balik rumah. yahooo!
  5. Boleh suka hati blogwalking dekat blog. lagilah best aku kata!!

Tak best bila...
  1. U duduk kat sini dari pagi hingga petang then u do nothing. aku bukan manusia yang suka duduk tanpa buat apa. aku cepat bosan!
  2. Kena duduk dengan penceramah kursus bila time breakfast, lunch dan minum petang. tak suker!
  3. Lagi tak best bila internet dekat dewan kursus 'shut down'. Sure tak boleh nak blogwalking la kan


Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan Semua!

dan banyak benda lagi aku nak sebut. tapi malas nak sebut. kang tak pasal-pasal bos aku terbaca aku tulis ni, silap haribulan, sebulan juga aku kena duduk jadi urus setia kursus :D

Toodles.

23 August 2014

Entri Blog di Muka Pertama Google

Berada di page pertama dalam carian google? Memang aku tabik spring la sapa ada kat situ. Bukan senang tau nak berada dikedudukan depan muka surat pertama macam tu.

iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger

Yup. Jika korang search keyword iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger diatas, akan nampak mereka-mereka yang ada difront page tersebut, maka bagi aku, mereka adalah sangat hebak! As aku katakan tadi, bukan senang untuk berada dihadapan muka surat pertama carian google! By the way, contest tiga (3) iPhone 5s untuk dimiliki still on going!

Cantiknya Kajol Keyword

Hehe. Aku bukan teror sangat bab-bab SEO ni, as aku tulis kemarin lepas Mudahnya Belajar SEO. Tidak! Bukan mudah ok. Banyak benda kena tahu! Banyak benda kena baca. Banyak benda kena research. Terutamanya keyword! Korang boleh google apa yang aku maksudkan dengan SEO dan apa hubung kaitnya dengan keyword tu tadi.

Sebut pasal keyword Cantiknya Kajol. Ok, ini sangat mengejutkan. Sebab, tadi pagi dapat mesej dari blogger Kamil Salleh, empunya blog sensasi2020.com. hehe. Korang boleh tengokla sendiri. Tapi! Bukan nak bermegah tau. But just nak share dengan korang is, keyword atau tajuk yang unik atau simple macam tu pun kadang boleh menjadi carian pembaca. Nasib sahaja jika dapat duduk dekat page pertama google. Apa pun, SEO bukan mainan PG :D



Terima kasih bagitau PG bang kamil! :)
Toodles.

21 August 2014

Mudahnya Belajar SEO

Apa itu SEO? Merujuk kata-kata sis Akmaomar.com melalui blog beliau, SEO adalah satu proses yang mana akan memberi kesan kepada penglihatan semula jadi atau pun hasil yang organik melalui enjin carian. Katanya lagi, seseorang penulis blog atau pemilik laman perniagaan sudah pasti atau tidak salah kalau PG kata, SEO adalah perkara utama untuk dipelajari selepas kita mempunyai blog.

Mudahnya Belajar SEO




HasrulHassan.com

Senang  dan mudah sahaja berkata-kata, bukan? Tapi. Untuk mempelajarinya, sebenarnya ianya mengambik masa. Sehari, dua hari. Tiga hari atau mungkin berbulan dan bertahun juga lamanya.

Blogger HasrulHassan juga pernah mengatakan, untuk belajar mengenai ilmu SEO ini, mengambil masa bertahun juga. Bertahun lama tuk PG tak pasti.

Jika korang berkesempatan untuk mengetahui lanjut tentangnya atau ingin tahu lanjut tentang SEO, Uncle HasrulHassan boleh menjadi rujukan yang terdekat. PG juga menjadi salah seorang silent readers Uncle HasrulHassan.

Ilmu SEO yang beliau ada, tidak mampu PG korek dalam-dalam. Ye la, blog PG ni pun masih baharu. Banyak benda lagi nak kena explore orang kata. SEO bagi mereka yang otai, memang kacang je la kan :D

Korang. Masih sempat jika henda join Contest iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger anjuran Denaihati.com. Bukan satu (1) bijik iPhone 5s beliau nak kasi, tapi tiga (3) bijik tau :D Jom. Klik Sini - Tiga iPhone 5s Untuk Dimiliki

Toodles.

05 August 2014

Siapa Fatin ilani Di Sebalik Gambar Berkebaya Labuh Berlatarkan Pemandangan Ibu Kota Kuala Lumpur dengan Mesej Keamanan GAZA!

hi korang's.

Fatin ilani. Siapa Fatin Ilani?. tetiba je nama beliau femes dekat google. PG ada buat sedikit carian, and what i found is, and korang boleh tengok je la dekat gambar-gambar kat bawah. Fatin ilani, seorang gadis muslimah yang bergambar berlatarbelakangkan pemandangan ibu Kota Kuala Lumpur, bergambar disebalik pencakar langit dengan memegang mesej keamanan di Gaza. as korang sendiri tahu, apakah yang sedang berlaku di Gaza sekarang ini bukan. Gambar-gambar Fatin ilani telah menjadi perhatian blog-blog tempatan dalam tempoh 24 jam yang lalu (sumber webberita.com).


Disebalik Cerita Fatin ilani

Fatin Ilani yang turut dutemubual berkata beliau bersetuju untuk menyertai aktiviti ini hanya kerana Keow Wee Loong yang juga merupakan jurugambar rasmi untuk ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah dan tidak akan sesekali bersetuju jika diajak orang lain.

“Saya pun tidak percaya yang saya mampu untuk memanjat sampai ke puncak,” ujarnya yang turut memberitahu ‘pendakian’ mengambil masa 45 minit dan dilakukan dalam persalinan kebaya penuh. Kredit Sepenuhnya: Webberita


Disebalik Cerita Gurugambar Keow Wee Loong

Terkejut. Menceritakan pengalaman beliau sendiri dalam mengambil gambar Fatin ilani tersebut, beliau sendiri agak terkejut dengan keputusan Fatin ilani untuk bergambar di sebuah bangunan yang mana tidak diberitahu dimanakah lokasi tersebut, dan berdasarkan pengalaman beliau sebelum ini, kebanyakan mereka yang mengikuti beliau sangat takutkan ketinggian, tapi berbeza dengan Fatin ilani.





tengok dari atas bangunan ofic tingkat 7 pun aku da gayat giler, apatah lagi bangunan yang bertingkat-tingkat macam ni. tidak!!!

Toodles!