Blogger Buat Duit Online

30 December 2014

Blogger buat duit online, bukan lagi satu topik yang asing atau baharu bagi kerjaya seorang blogger. Jika korang adalah seorang kaki google, sudah pasti korang akan temui pelbagai informasi berkaitan blogger buat duit secara online dimana-mana sahaja!

Blogger Buat Duit Online
Picture Credit: Google

Seiring dengan kemajuan teknologi maklumat kini, ianya juga bukan lagi satu masalah bagi kita untuk cuba membuat duit secara online atau dalam talian kan. Samada kita berani mencuba atau tidak sahaja. Dewasa ini juga, kita boleh melihat, para peniaga online wujud bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Satu peribahasa yang bertepatan sekali. Tidak melepaskan peluang yang ada, blogger sendiri adalah salah seorang yang tidak terlepas dari merasai tempias kemajuan teknologi maklumat ini dengan membuat duit secara online.

Untuk makluman, buat duit online atau secara dalam talian ini, sebenarnya bukan mudah. Tetapi bukan juga susah untuk kita pelajari tentangnya. I percaya, jika kita berada di landasan yang betul, cara yang betul, inshaAllah, melalui medium blog, kita akan berjaya buat duit.

Blogger Buat Duit Oline

Apakah yang dimaksudkan dengan buat duit online?

Bagi i, buat duit online atau bisnes online (secara dalam talian) membawa maksud mudah, iaitu satu proses transaksi urus niaga jual beli yang dijalankan secara dalam talian (online), dan masih menggunakan konsep yang sama iaitu peniaga masih memerlukan produk untuk dijual dan memerlukan pelanggan untuk membeli.

Bagaimanakah cara untuk buat duit online? 

Satu persoalan yang bagus dan yang pasti, memang soalan ini selalu ditanya oleh mereka yang ingin membuat duit secara online kan? Sememangnya banyak cara untuk kita buat duit online ni. Pengalaman i, paling mudah dan utama adalah, pertama, kita kena ada produk, kedua sebuah blog dan ketiga iaitu ilmu. Dengan ilmu yang ada, bak kata blogger hebat Tuan Denaihati dalam artikel Asal Jangan MLM, zero menjadi hero! konsepnya tetap sama. Kena ada ilmu untuk mencapai kejayaan.
Oleh itu dekat sini, i kongsikan bersama adalah beberapa artikel yang ditulis sendiri oleh Tuan Denaihati juga, selaku penganjur utama Cabaran iPhone 5s, yang menjurus kepada buat duit dengan blog, sebagai panduan untuk blogger atau sesiapa sahaja yang berminat untuk mencuba sendiri, bagaimana buat duit secara online.
Antaranya adalah:
Buat duit dengan blog secara affiliate - 17 August 2009
Buat duit dengan blog hanya dari iklan 27 July 2013
Buat duit hari-hari dengan World of Hijab - 18 September 2014
Moga perkongsian artikel diatas dapat membantu sedikit sebanyak buat rakan blogger baharu atau lama yang mulai berminat untuk menjana pendapatan sampingan melalui blog ya. Blogger Buat Duit Online

Ok, berbalik dengan tajuk utama, disini i kongsikan bersama adalah, sedikit pengalaman peribadi, bagaimana dengan hanya menggunakan blog, i berjaya menjana pendapatan sampingan atau erti kata lain, buat duit online sebagai panduan atau rujukan atau mungkin boleh memberi satu suntikan semangat buat rakan blogger lain, untuk cuba menjana pendapatan sampingan secara online.
Antara adalah:

  • Meletakan iklan dari Syarikat Pengiklanan (Nuffnang dan ChurpChurp)
I telah meletakkan iklan Nuffnang dalam blog since mengetahui bahawa melalui blog, kita boleh menjana pendapatan sampingan. Betul, dan syukur alhamdulillah, melalui pengalaman beriklan dengan Nuffnang dan masih menggunakan Nuffnang sebagai medium untuk menjana pendapatan sampingan, i berjaya mendapat sedikit tidak banyak insentif dengan memperolehi pendapatan sebanyak RM400 ke RM500. syukur alhamdulillah. Mungkin bagi sesetengah blogger, Nuffnang bukan sebuah syarikat pengiklanan yang terbaik, tetapi bagi i, jika ianya memberikan insentif secara percuma, kenapa perlu menolak, kan. Syukur alhamdulillah, Churpchurp juga begitu.

Melalui pengiklanan Nuffnang juga, i mendapat insentif disitu apabila dijemput untuk menulis tentang Pelakon Wanita Popular Malaysia, Fasha Sandha (Link berkaitan i dah delete, memandangkan link terus sudah tidak ada dalam carian) selain mendapat peluang sama, iaitu menulis mengenai Pelancaran dan Percubaan Escape! Syukur alhamdulillah. Semua ini memberikan satu moment yang paling indah bila diberi peluang untuk tulis mengenainya. Bukan juga semata-mata kerana buat duit tau. ;)
  • Review Produk
Buat duit melalui review produk juga salah satu cara blogger buat duit online. I sendiri pernah diberi peluang membuat duit dengan menulis tentang produk Aura White Beauty Pure Glutathione Collagen atas jemputan blogger AkmaOmar, salah seorang penaja individu Tugasan Akhir Cabaran iPhone 5s disini, dan begitu juga baharu-baharu ini i mendapat jemputan dari pihak Zalora Malaysia dengan menulis tentang produk barangan mereka. Syukur alhamdulillah, melalui cara review produk i berjaya buat duit secara dalam talian. Jangan tidak percaya, ada sesetengah syarikat pengiklanan, peniaga, orang perseorangan malah ada juga dikalangan blogger yang menawarkan sejumlah bayaran yang agak besar juga semata-mata untuk "review produk" hasil keluaran mereka. Kelebihan yang ada ini, memberikan peluang untuk blogger lain buat duit melaluinya.
  • Mengikuti Segmen | Contest
Ini adalah cara paling mudah bagi blogger buat duit secara online. Pengalaman i melaluinya apabila menang hadiah wang tunai sebanyak RM400.00 dalam segmen Cabaran iPhone 5 anjuran denaihati dua tahun lalu, selain mendapat RM100 dalam segmen Malaysia disini Lahirnya Sebuah Cinta (Link asal i da delete) baharu-baharu ini. Syukur alhamdulillah. Memang buat duit jika kita pandai menggunakan medium blog, internet ini sebenarnya. ;)
Nampaknya, itu sahaja serba sedikit perkongsian dari pengalaman i sendiri mengenai blogger buat duit online, dan untuk makluman, topik hari ini adalah bersempena dengan Tugasan Akhir Cabaran iPhone 5s, anjuran denaihati, bagi memenuhi salah satu syarat akhir tugasan tersebut yang akan berakhir pada 30 November 2014 tidak lama lagi.

Berharap sangat, artikel ini akan menarik perhatian para penganjur, sekaligus melayakan i untuk memenangi salah satu unit iPhone 5s yang ditawarkan. InshaAllah.

Penaja Utama

http://amariman.com 
Penaja Individu

http://www.ombakcreatives.com
http://ejamothman.com
http://www.eridy.com
http://www.hilalazmi.com
http://www.eizil.com
http://www.asamboi.my
http://www.diarymama.com
http://pendekarberkuda.org
http://www.saji.my
http://abangensem.com
http://www.enveeus.com
http://www.pakarniaga.com
http://anarm.net
http://www.daddydee.net
http://www.sunshinekelly.com
http://sweetkurma.com
http://awn.my
http://mawarmerah2008.com
http://www.blogieta.com
http://www.broframestone.com
http://www.akmaomar.com
http://khairilmazri.com
http://wowberita.org/
Japan Budget Trip

    Sebelum i mengundurkan diri, kiranya disini, i ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Denaihati atas penganjuran hebat Contest Cabaran iPhone 5s dengan hadiah 5 Unit iPhone 5s sebagai hadiah utama, malah hadiah wang tunai juga turut disediakan!, juga tidak lupa, ucapan ribuan terima kasih ikhlas dari i kepada Para Penaja Utama dan Para Penaja Individu untuk Contest Cabaran iPhone 5s ini. Semoga kerjasama antara Denaihati dan Para Penaja tidak akan pernah berakhir. InshaAllah.
    Memetik kata-kata Tuan Denaihati...“Untuk buat duit online perlu ada KEBERANIAN untuk mencuba mencuba mencuba kerana KEGAGALAN berkali-kali adalah guru yang paling baik”. 
    Toodles.

    2 comments

    1. all the best kak... i like kata2 last tu...
      kena berani mencuba.. :D

      ReplyDelete
      Replies
      1. Thanks dear ;)
        Yup. Akak pun suka kata² last tu :D

        Delete

    For coming and comment, thank u ♥ ;)

    © Yatie Owner