Pusat Pembelajaran Alam Sekitar DBKK

02 September 2014

Morning fellow. Hari ni i da masuk office semula. Rasa macam setahun bercuti. Rindu dekat pejabat. Rindu dekat kengkawan. Rindu dekat pc tradisional i ni juga. Free nanti i update i pegi mana ok. Tapi tak pegi mana pun, ada sekitar Kota Kinabalu sabah juga.

Pusat Pembelajaran Alam Sekitar DBKK

Berbalik dengan tajuk dekat atas. Nak share dimana, Pusat Pembelajaran Alam Sekitar ini telahpun dibuka dan diletakkan dibawah jagaan pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK). I copy and paste kata-kata perkongsian daripada Puan Salmah Batin, salah seorang pegawai daripada Jabatan Penyelidikan dan Koordinasi, DBKK tentang pusat ini.
"Bagi merancakkan aktiviti lestari alam sekitar yang dilaksanakan oleh DBKK, kini satu pusat pembelajaran alam sekitar telah dibuka bagi memberi peluang kepada orang awam, pelajar sekolah/ IPT  dan penduduk sekitar taman perumahan mempelajari dan memberi pengalaman baharu bagaimana untuk menguna semula sisa bahan dapur dan isirumah menjadikan produk baharu yang mesra alam dan boleh membantu kegunaan harian di rumah seperti menghasilkan sabun daripada minyak masak terpakai yang biasanya minyak ini akan terus dibuang di sinki dapur yang mana ianya akan memudaratkan 'mainhole' di kawasan perumahan itu sendiri sekaligus akan memberi kesan sistem sewerage tidak dapat berfungsi dengan baik. .Kepada yang berminat bolehlah mewar-warkan kepada rakan tetangga dan saudara mara untuk mengunjungi pusat pembelajaran tersebut yang terletak di Taman Perumahan Mei Lok dan mempelajari pelbagai lagi kaedah untuk mengitar semula sisa bahan isirumah. Peta ke pusat saya lampirkan sebagai panduan"
Pusat Pembelajaran Alam Sekitar DBKK
Peta ke Pusat Pembelajaran Alam Sekitar DBKK

Pusat Pembelajaran Alam Sekitar DBKK

I tak berkesempatan lagi ke sana. InshaAllah will pegi nanti dan berita baik untuk penduduk sekitar atau mereka yang berminat, DBKK berhasrat untuk mengajar masyarakat bandaraya untuk membuat mud ball, air emas, eco candle, eco soap & kompos sebagai menyokong pemuliharaan alam sekitar, terbuka kepada semua warga bandaraya yang berminat. I kongsikan bersama maklumat kat sini ya.
Setiap Hari Rabu
Masa : 09.00 pagi hingga 12 tengahari
Tempat : Pusat Pembelajaran Alam Sekitar DKK (DBKK Environment Learning Centre Taman Mei Lok Kota Kinabalu)
Toodles!

Post a Comment

For coming and comment, thank u ya ♥ ;)

Thanks for Droping By! ;)

© Yatie Owner